Bubur Lambuk Ke Bubur Lombok

Assalamualaikum semua
Jumaat yang indah
Tak lama je lagi nak Aidiladha..apa perancangan korang
Kami kat Handasaa pakat pot luck
Macam-macam menu ni
Nanti leh update hehhehe

Semalam kat umah ni makan bubur lambuk
Hehehhe makanan semalam lagi kan...
Najlaa la request nak bubur nasi katanya
Bila tanya darling dia on aje
Tetiba nak bubur lambuk
Takpe la taram je...guna daging cincang
Ikut resepi xde kentang ngan kacang tanah
Tapi aku bubuh pasal selalu kalau bulan pose kan
Bubur lambuk yg masjid bagi tu macam2 ada 

Camni la rupanya bubur lambuk aku...seb bek x jadi bubur lombok
Walapun rupa x cun tp bubur ni sedap tau
Tabur bawang goreng je
Pastu curah sket sambal kicap baki goreng pisang

Bahan-bahan
  • 1 cawan beras (aku buat x sampai 1 cawan pun)
  • 3 cawan air
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2-3 sudu besar rempah kurma
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih ikut selera masing-masing (dihiris nipis) (aku guna daging cincang)
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • daun ketumbar (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • segenggam kacang tanah (tambah sendiri)
  • kentang potong dadu(tambah sendiri)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.



9 Gtau jek:

norhidana said...

wahhh mmg mengiurkan ni kak...dana dh lama nk bt bubur lmbuk tp tgk bnyk resepi mcm2 dlm nyer...tkt nk bt..
tgk akak nyer resepi simple je...nk try la nnti bile2..

ZAIDAHTUL AKMAL said...

mcm nak g drive thru mcD carik bubur la pulak....huhu

hanny said...

ooo..baru saya tahu bubur lambuk nih kena letak serbuk kurma ya....

Anum said...

terbaik sis
selamat menyambut hari raya aidiladha
semoga perjalanan anda selamat

Unknown said...

perghh...menawan kalbu! aku blm penah buat bubur lambuk sndri...nnti sesekali nak buat gak lah....

Azian Elias said...

aiiikkk!! Bubur Lombok? hee. mmg sedap bubur lambuk.

Salina@IbuAqil said...

uishhhhh!! bak mai sikit.. :D Selamat Hari Raya AidilAdha dari EmIenAqil!! ;D

amiey lee said...

sedappp nak jugaaaaaa

salama idil adha ye lela-lelord

Sihat, Cantik, Bergaya said...

wahh....nampak menarik je tu...adeii...lapa lak...huhu

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in