Egg Drop Soup a.k.a Sup Telur Pecah

Pas puas memancing DISINI dak kenit demam pulak
Pukul 5.30 pagi badan kemain panas
Terus tampal kool fever
Bangun tido check suhu 38.1'c masuk lak ubat montot
Bila demam macam2 la kan
Request lak nak bubur cam citer Dibo The Dragon
Memandangkan najlaa suka makan sup
Cuba la buatkan sup ala-ala cam kat Shanghai Garden
 Alhamdulillah 2 mangkuk najlaa hirup
Pas bangun tido ni td sambung lagi 3 mangkuk
Sedap la kot...aku masak ni pun mmg dia je yg habiskan satu sauce pan
Aku jamah sesudu dua je dr mangkuk dia

Resepi Egg Drop Soup
Daging cincang
750 ml air
Kiub ayam-kalau xmo pun xpe..aku boh separuh jek
Lobak merah potong dadu
Batang seleri hiris
1/2 biji tomato potong dadu
2 biji telur putih
Secubit garam
Sedikit lada sulah
Tepung jagung- bancuh dgn sedikit air

Cara-cara
1. Didihkan air kemudian masukkan daging cincang
2. Kemudian masukkan lobak, seleri, tomato
3. Perasakan dengan garam dan lada sulah
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga agak pekat 
5. Diikuti dengan telur...kacau telur dengan chopstick lebih kurang 3 kali cukup la
    Tutup periuk dalam 2 minit. Siap!! sedap makan panas2

8 Gtau jek:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer..nak wat tuk qila sok la.qila melepek demam hr ni.moga najla cpt sht

Lelord said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) alahai qila balik dari dubai demam ek. cuba la miza sedap..najlaa td siap tya napa xde mushroom huhuhu

sue zainun said...

moga cepat sembuh najlaa..:)

Anum said...

sedapnya
moga cepat sembuh

Nad @ MamaZakwan said...

sedap tgk najlaa mkn..
nk watkan utk zakwan gak la pasni
zakwan pun tgh demam...

norhidana said...

ala2 sian budak kenit....

kalu blh mkn sampai 2-3mngkuk sup dh nk sihat la tu...simple tp nmpak sedap sup nyer

wan nurul hezrina said...

nak wat jugaklah sbb budak mmg suka telur.kalau buat sup lagi berkhasiat dr goreng kan kan?

nanieybarnieylurviey said...

nk try la nnti.. nmpk sedap.. :) folo sini... :)

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in