Tip Elak Bau Badan

Walau ia terlindung namun bawah ketiak antara bahagian tubuh yang memerlukan perhatian. Pengeluaran peluh yang banyak di bahagian ini memerlukan ia dijaga bagi mengelakkan timbulnya masalah bau badan yang kurang enak. Berikut adalah beberapa langkah pencegahan timbulnya masalah bau badan :

1. Benzoyl Peroxide Dan Penyegar
Menurut Ava Shamban, seorang dermatologis dari Los Angeles, benzoyl peroxide membantu dalam membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya bau yang kurang enak. Caranya, basuh bahagian bawah lengan dengan pembersih wajah yang mengandungi benzoyl peoxide. Selain itu, lap bahagian ketiak dan sekitarnya dengan kapas muka yang telah dicelupkan ke dalam cairan penyegar.


2. Teh Hitam
Bahan yang terdapat di dalam teh hitam mampu mengurangkan pengeluaran peluh daripada bahagian bawah lengan. Caranya, rebus sedikit teh hitam dan tuangkan di atas sehelai kain. Biarkan hingga sejuk, lalu lapkan ke bahagian ketiak selama lebih kurang lima minit. Lakukan rawatan tersebut setiap malam selama dua minggu.


3. Rajin Mandi
Cara paling semula jadi untuk menghindari bau badan yang kurang enak adalah dengan rajin mandi, sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan anda tidak lupa menggosok dan mencuci bersih bahagian ketiak dengan sabun antiseptik. Setelah itu, keringkan dengan tuala bersih sebelum menyapu deodoran.


4. Menjaga Pola Makan
Hindari makanan yang dapat merangsang pengeluaran peluh berlebihan sehingga menyebabkan timbulnya masalah bau badan. Antara makanan tersebut seperti bawang merah, bawang putih dan sebagainya. Selain itu, banyakkan meminum air putih, buah, serta sayuran.


5. Hindari Stres
Kelenjar aprocine bekerja lebih aktif ketika seseorang menderita stres. Oleh itu, jauhi stres.

Cara Atasi Ketiak Hitam
Bau yang kurang enak boleh diatasi dengan menggunakan produk pewangi ketiak seperti deodoran. Tetapi sesetengah produk ini boleh menyebabkan warna ketiak menjadi kusam atau hitam. Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah ketiak hitam yang tentunya menjejaskan penampilan.


1. Gunakan lemon
Siapkan lemon, perah dan kemudian diambil patinya. Campurkan pati lemon tersebut dengan parutan timun hingga sebati. Tambahkan sedikit parutan kunyit ke dalamnya dan kacau. Setelah itu, sapukan pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dibilas dengan air suam.


2. Kapur sirih
Setiap kali selesai mandi, biasakan menggosok ketiak dengan sedikit campuran air kapur sirih dan limau kasturi. Lakukan secara rutin. Apabila berasa gatal dan kulit bertukar kemerahan, hentikan pemakaian. Penggunaan kapur sirih turut melambatkan tumbuhnya bulu-bulu halus pada kulit.


3. Lakukan Skrub
Gosok ketiak dengan lulur yang mengandungi buah dan pemutih

p/s: mak penah gtau kalau nak gosok bahagian ketiak gunakan belakang tangan bukan tapak tangan tau atau gunakan kepala lutut...


10 Gtau jek:

Anum said...

tips yang bagus

norhidana said...

tips2 yg best kak... tq2
harus di cube nih...

Asrul "iLham" Sany said...

rajin mandi tu sy setuju. hohoohohohoh

Ibu Darwisy said...

sy ade 1 petua jugak..ade membe bagitahu..getah timun tu pun boleh menghilagkan kesan hitam diketiak..

Izan Ishak said...

bagus petua2 nih. tp yg pasti kena mandi selalu bagi wangi sentiasa kan kak....

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

tips yang bagus..tapi paling penting kena rajin mandi..

ibumuslim said...

org2 yg ada bau bdn ni xbau ker bau badan die hah... kita kt sblh nk pengsan..

Salina@IbuAqil said...

bagus tips ni sbb mmg pantang tul bila duk dkt ngan org yg ada bau badan ni.. sesak nafas dibuatnya.. ;)

bardboo said...

paling senang gi mandi banyak2 kali..hehe

Kalamhati said...

yup2!btol tu..gosok ketiak dgn belakang tapak tgn..kakwan amalkan sejak dr sekolah rendah lg..alhamdulillah mmg berkesan..tk pyh pkai pemutih dah..hehe

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in