Mee Sup Simple

Dengan cuaca yg sentiasa nampak mendung
Mata lak layu je rasa nak tertutup
Sejuk sket dah ni
Almaklum semalam seharian hujan kat Qatar ni

Makanan yang paling best saat ni adalah mee sup
Lagipun senang dan cepat aje kan
Mee Sup Simple dari aku utk menu petang ni


Resepi Mee Sup Simple
Bahan
Mee kuning-dicelur
Daging hiris nipis
6 ulas bawang merah- ditumbuk
Halia-ditumbuk
Rempah 4 sekawan
2 biji cili api-diketuk
Air secukupnya
Garam
Sawi
Telur

Cara-cara
1. Tumis bahan tumbuk kemudian masukkan 4 sekawan
2. Masukkan hirisan daging gaul rata dan biarkan sekejap. Masukkan cili api
3. Masukkan air biar sehingga mendidih
4. Masukkan garam kemudian sawi
4. Pecahkan telur tunggu sekejap..tutup api dan hidang
*tabur bawang goreng dan sambal kicap


p/s: sejuk2 ni layan bola Malaysia-Bahrain..biskut lemak cicah kopi...nyaman

4 Gtau jek:

Yan said...

kat mesia pun sama wakk..Sejuk ni..

Izan Ishak said...

sedapnya kak... mmg layan betul makan mee sup time sejuk2 ni kan.

kat bp ni satu ari dah ujan lebat ni... harap2 air tak naiklah...

ajumohit said...

Sedapnya pekena sup2 time hujan ni lelord

farhana_aziz said...

adeiii~terus rasa nak buat mee sup besok..mmg sedap mkn time sejuk2 ni kan kak..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in