HINDARI DARI GARISAN WAJAH DI USIA MUDA

Kulit wajah anda turut menginjak seiring dengan usia. Sedikit demi sedikit pasti akan terserlah kedutan, tompok usia dan juga kekeringan. Mahukah anda biarkan kulit wajah tua sebelum waktunya sedangkan masih lagi berada di awal usia? Jadi, menjaga kesihatan dan kecantikan kulit ketika di usia muda begitu penting dan jangan sesekali memandang remeh.


Siapa kata penjagaan penuaan wajah tidak sesuai dipraktikkan di awal usia belasan dan 20-an? Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat. Anda tidak perlu membelanjakan begitu banyak wang untuk mencegahnya. Manfaatkan saja perkara yang ada disekeliling anda mengikut kemampuan seperti menggunakan produk-produk organik dan semula jadi yang menyediakan pelbagai cara untuk anda ingin menjadi seorang gadis yang cantik. Ikuti tip berikut:


1. Vitamin C begitu penting. Anda boleh mendapatinya daripada strawberi, betik, brokoli dan juga oren bagi menentang kedutan dan kekeringan. Vitamin ini membantu melembabkan kulit dan membersihkan radikal bebas kesan daripada sinar ultra violet. Kulit anda memerlukan vitamin C untuk menghasilkan kolagen bagi me ngurangkan kedutan. Oleh sebab itulah banyak kosmetik mengandungi vitamin C tetapi bukankah lebih baik jika anda makan dan bukannya menyuntik kerana ia lebih bersifat semulajadi.


2. Cahaya matahari berbahaya pada sekitar jam 11 pagi hingga tiga petang, jadi berhati-hatilah pada waktu itu. Jika anda ingin kelihatan berfesyen, pakailah topi untuk menutup wajah dan jangan lupa pakai sekali cermin mata hitam untuk melindungi mata daripada silau cahaya matahari. Jika tidak, pakai sahaja payung.


3. Anda pasti tahu bahaya makanan yang baik semestinya memberikan kesihatan kepada tubuh badan. Makanan sepertisayur-sayuran, bijiran, buah-buahan dan sebagainya mampu menjadikan ia diet yang sihat dan meningkatkan penampilan dari sudut kesihatan kulit, kuku, gigi dan juga rambut. Makanan berkhasiat ini bukan sahaja berfungsi dari sudut dalaman sahaja, malah anda boleh menggunakan bahan-bahan tersebut untuk kegunaan luar seperti menjadikan ia sebagai masker dan skrub sendiri di rumah.


4. Memang sukar untuk melindungi kulit daripada sentuhan cahaya matahari sebaik sahaja kaki anda melangkah keluar dari rumah. Tetapi anda masih ada cara untuk mengurangkan kesan daripada sinar UV yang berbahaya itu dengan memakai krim atau losen pelindung cahaya matahari pada keseluruhan badan. Walaupun anda mengenakan baju yang bertutup, tidak bermakna kulit anda terlindung.


5. Apabila memilih minuman, pilihlah teh hijau berbanding kopi dan yang lain-lain kerana ia membantu mengawal tekanan darah tinggi serta membantu mengawal paras gula dalam darah. The hijau juga dapat membantu mencegah dalam sesetengah penyakit barah selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan, menurunkan kadar kolestrol dan menggalakkan pembakaran lemak.


6. Lycopene biasanya ditemui dalam makanan seperti lobak merah, tembikai dan tomato. Ia adalah bahan yang membantu memelihara kelembutan kulit anda. Kajian telah membuktikan bahawa lycopene memperbaiki tekstur kulit. Jadi, kulit anda akan bertambah sihat dan cantik dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar sekali gus meningkatkan konsentrasi kulit.


7. Setiap kali anda memasak atau ingin makan, masukkan sedikit bahan-bahan anti-stress seperti halia, kunyit dan kulit kayu manis. Apakah pentingnyabahan-bahan ini pada kecantikan diri anda? Apabila anda berasa stress tidak kira disebabkan faktor persekitaran ataupun pekerjaan, urat saraf anda akan menjadi tegang dan menghasilkan garis halus pada wajah.

5 Gtau jek:

Anum said...

good info

Yan said...

dah masuk umur 40 an ni, segala garis sudah keluar..

kakyong said...

kakyong pun tak lama 40's.. hihii..

dah 2 tahun x guna apa2 pelembap mahu pencuci muka yg khusus... huhhh... memang tak comel dah..

tp kakyong suka makan tomata , lobak & oren.. ;)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takmo tua sblm masanya

Cik Yan said...

nice info

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in