Banyak Yang Menyinggah

Ehemmm
Banyak BE menyinggah ni alhamdulillah
Meh menabung kasi lebih banyak $$$
TQ Nuffnang
Sapa nak bedak arab meh join Giveaway

Kaedah Terbaik Atasi Masalah Kecantikan Di Bulan Ramadan

Setahun berlalu, kini Ramadan menjelma kembali. Biarpun berpuasa, namun itu tidak bermakna semua aktiviti harus tergendala. Ketika bulan puasa ini juga ramai wanita mengaku menghadapi masalah kurang tidur dan kekurangan air dalam tubuh hingga menjejaskan kesihatan dan kecantikan.
Masalah kurang tidur berlaku kerana mereka harus bangun awal pagi untuk menyediakan hidangan sahur dan selalunya tidak akan kembali lelap selepas bersahur. Justeru, ini menyebabkan tubuh dan wajah nampak lesu serta tidak bermaya untuk meneruskan aktiviti seharian.
Namun, jangan jadikan alasan bangun bersahur dan berpuasa menyebabkan anda lesu dan tidak bermaya. Jika bijak mengatur masa, pasti hal ini tidak akan berlaku. Malah, anda juga boleh mendapatkan tidur cukup dan berkualiti kerana ia merupakan salah satu kaedah terbaik untuk mendapatkan wajah yang segar serta kecantikan semula jadi.
Cara Atasi Kurang Tidur
Bangkitkan Suasana
• Bagi anda yang sukar tidur awal, apa kata cuba kaedah ini. Gelapkan sedikit bilik tidur anda atau pilih lampu yang sedikit malap. Pastikan anda menutup tingkap bilik dan rapatkan langsir bagi mengelakkan cahaya luar memasuki bilik.
• Jika jarum jam bercahaya apabila dalam gelap, sebaiknya ditukar dengan jam yang lain untuk sementara waktu. Sedikit cahaya boleh mengganggu tidur anda. Begitu juga dengan pemilihan baju tidur anda. Jangan pilih yang melekat pada tubuh kerana apabila anda berpeluh ia menimbulkan rasa yang kurang nyaman.
• Pastikan juga bunyi jam anda tidak terlalu kuat sehingga menyebabkan anda terkejut lantas terus terjaga. Cara begini akan menyebabkan anda terkejut dan boleh menimbulkan rasa pening kepala. Sebaiknya pilih jam yang berbunyi sederhana tetapi boleh membangunkan anda.
• Selain itu, ketika masuk tidur, pastikan fikiran anda tidak terganggu dengan sesuatu masalah. Biarkan seketika masalah yang mengganggu dan relaks. Tarik nafas dalam-dalam dan pejamkan mata.
Bantal Yang Betul
Pastikan bantal tidur anda sesuai dengan posisi dan tidak salah memilih bantal sehingga membuatkan anda tidak selesa apabila bangun di pagi hari. Bantal yang terlalu tinggi boleh membuat otot leher dan kepala menjadi tegang. Ini menyebabkan aliran darah tersumbat dan anda akan terus terjaga.
Pilih Masa Senaman Yang Sesuai
Jangan melakukan aktiviti berat seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur di malam hari. Tidak salah andai anda ingin berolahraga. Sebaiknya lakukan ia sekurang-kurangnya selepas satu jam berbuka dan bukan ketika mahu masuk tidur. Selain memastikan tubuh sentiasa sihat, kualiti tidur juga baik dan dalam masa yang sama berpuasa tanpa sebarang gangguan.
Tips Atasi Kekurangan Air
• Selain masalah kurang tidur, ketika berpuasa juga ramai yang akan menghadapi masalah kekurangan air dalam badan. Ini akan menyebabkan kulit kekeringan sekali gus nampak kusam. Lihat beberapa faktor penyebab masalah tersebut dan kaedah terbaik dalam menghindari kulit kering sepanjang tempoh berpuasa ini.
• Menjilat bibir bukanlah cara untuk mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Sebaliknya ia menyebabkan bibir semakin kering. Justeru, biasakan memakai pelembap bibir setiap tiga jam sekali termasuk sebelum tidur. Cara lain adalah menyapu minyak zaitun.
• Pastikan anda sentiasa membawa bersama pelembap ke mana sahaja anda pergi terutama ketika mengadakan aktiviti luar. Sinaran matahari yang terik ditambah dengan cairan tubuh yang kurang antara penyebab kulit tubuh kering. Sebagai tambahan, pilihlah pelembap yang mengandungi pelindung sinaran matahari atau SPF 15.
• Hindari menggaru kulit yang kering kerana ia boleh menimbulkan masalah jangkitan pada kulit selain mengelakkan daripada kulit bersisik.

Warna-warni Ramadhan

Ops!!!
Ada yang terliur ke tengok eskem mini 
Beli kat Lulu, pas soping barang dapo
Basahkan tekak hehee
Slurrppppp...warna-warni kan
Hehehhee aku makan seketul je
Dulukan mana yg memerlukan lebih eskem ni
  MasterChef Mama ni
Bz masak western ok
Macam-macam ada....warna-warni kan hehhee
Warna-warni ramadhan ke-9
Daging gulai kawah...refer kat buku resepi 1 Hari 1 Resepi
Masak lemak nangka muda
Ikan terubuk masin
Alhamdulillah

ABC Perantau

Alhamdulillah Ramadhan ke-8 dilalui
Dan menjelangnya Ramadhan ke-9
Jom tengok menu iftar ke-8
Laksa Sarawak...beli je hehhee
Kat Doha ada pasar malam tp aku x pegi pun
Ada kawan kat area umah ni niaga so delivery je kat umah
Sedapppp
Dulu penah dah makan laksa sarawak ni masa kije kat PJ
Opis dekat dgn restoren sarawak
Kuih seri muka buat sendiri yek
Sedap la untuk tekak ni kan
Juri tetap kata kalau lagi lemak yg kaler ijo tu lg sedap
Wahhh kembang kuncup idung

Yang paling spesel adalah ABC Perantau
Nyaman tekak di musim summer ni
Aku sagat je ais
Boh jagung manis, susu cair, jelly, eskem cekelat
Muahahaha lengkali nk upgrade sket kena cari kacang, gula kabung ke
Mesti ada yang tanya nanti kan guna sagat ape
Lagipun kat FB dah ada yg tanya
Dengan bangganya aku tepek penyagat aku
Banyak berjasa sagat ni tau
Aku sagat carrot, keju, aritu ms nak wat tat nenas 
aku guna menda alah ni la untuk buat jem
Dan skang sagat ais
Terhasil la ABC Perantau
Ok la kan dapat gak rasa ABC


Sahur Donut Je

Alhamdulillah Ramadhan ke-7
Pejam celik dah seminggu
Sahur pagi ni 2 ketul donut masuk dlm perut
Pastu air teh susu satu mug
Makan depan tv muahahhaaa
Almaklum sahur sensorang kan
Semalam dekat2 nak buka pose najlaa kata nak makan donut
Mama dia ni gigih la buatkan
Hehehehe dengan bantuan pembantu peribadi
Last week dia berselera makan donut
Bukan buat aku order je dgn Zai messaid
So kali ni kena la buatkan seb baik jadi ekekekkee
Hadoiii buat donut pun aku fail ok
Meh baca kat SINI dan SINI kat SINI ada gak

Ni lak sahur ke-6 yek
Coki-coki ngan cekelat daim tu sampingan je
Sebelum tu aku belasah dah roti bakar

Menu Iftar Ke-3 & 4: Nasi Ambeng

Salam siaran
Opssss jangan lak korang ingat menu untuk 2 hari yek 
Tajuk di atas bukan menggambarkan 2 hari 
aku melantak nasi ambeng @ ambang yek
Ni semua gara-gara nampak status BFF
Tapi memang pun ada cadang nak wat nasi ambeng
Tapi pasal macam remeh nak menyediakannya aku pikio semula
Tetiba ada lak status Mamamya ni
Adehhh x leh jadi kena tiru gak muahahhaha
 Makanya menu iftar ke-3 mamamya dan menu iftar ke-4 ahkak adalah nasi ambeng
Muahahahahaa bungkus tu
Daun pisang ada lg sket 
Balance aritu wat kuih koci, pastu hari berikutnya ikan bakor
Terhasillah nasi ambeng perantau
Alhamdulillah sedap :)
Selalu kan org makan nasi ambeng dgn ayam kicap
Tapi kali ni aku wat ayam sambal
Lagipun sambal goreng aku dah boh kicap
Ayam kena la kasi warna merah 

Air Laici vs Air Tembikai Laici

Alhamdulillah Ramadhan kedua berakhir
Tekak memang nak minum ais je ni
Memandangkan tembikai semalam ada lagi separuh
Blend aje la jadikan air
Tembikai laici untuk najlaa dan darling
Aku punya air laici je
Nyaman tekak dapat minum air laici...sejuk je huhu
Menu iftar ke-2 ikan kembung bakar aje
Selalu kalau wat ikan bakar aku cicah dengan air asam
Kali ni tukau lain sket
Kembung bakar sambal, kembung bakar biasa pun ada
Yang spesel bakar atas daun pisang...perhhh
Pastu potong je cili n bawang boh kicap perah limau
Taugeh goreng dgn tauhu
Kuih dadar gulung... first time aku buat
Selalu makan yg mak buat je
Selitkan sekali gambo najlaa buka pose masa azan zohor
Muahahah 3 ketul donut selamat masuk dalam perut
Lapo sangat la tu
Takpe esok up sket lg masa 
Harap leh tahan la
Mana tau nanti leh pose sehari


Rahsia Lemon, Penyembuh Semula jadi



Rahsia lemon, penyembuh semula jadi

Cahaya suria kian terbenam di ufuk barat. Tibanya waktu berbuka, acap kali minuman manis berwarna-warni menjadi pilihan utama untuk diteguk. Minuman kordial, cincau, tebu dan kopi... nah, ini antara pemuas dahaga yang wajib ada di atas meja santapan. Bagaimana jika sesekali kita lari daripada kebiasaan, rendam sehiris lemon di dalam air kosong dan tambahkan ais untuk rasa ekstra dingin? Ia bebas kalori, malah turut menyimpan seribu manfaat kesihatan pada bulan ibadat ini!
Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan asli Asia yang menarik dengan warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia biasa digunakan untuk tujuan kulinari seperti diperah menjadi minuman, diramu dalam masakan serta boleh diparut untuk menambah perisa kek atau kuihmuih yang enak. Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6% asid sitrik, seterusnya menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3. 


KHASIAT

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet, agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa khasiat lemon:



  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  • Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  • Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  • Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
Menu iftar pertama Nasi Ayam Ipoh, 
kuih koci 6-7 biji je yg aku buat
Tembikai pembasah tekak darling ngan najlaa
Aku x makan buah ni dulu kini selamanya
Bior la pun darling kata manis erkk x leh telan
Tapi boleh la takat jamah sket tu pun kena boh serbuk asam






Ramadhan Kareem Di Qatar

Assalamualaikum semua
Bertemu semula Ramadhan yang dinanti
Tahun ke-3 berpuasa di perantauan di musim panas
Kami puasa awal sehari 
Jumaat yang penuh barakah
Selamat berpuasa untuk semua 
Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini lebih baik 
dari tahun-tahun yang lalu dan semoga diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Korang Nak Join Tak?

Pengumuman penting!!
Hehehhe macam dah lama je tak buat contest/giveaway kan
Ada yang nak join ke?
Ada dah hadiah yang aku terfikir nak bagi
By next week la aku secara rasmi yek

Ikhlas Ke?

Ramai di antara kita, suka menolong orang lain. Tetapi ramai juga yang merasa kecewa kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Itu nada kecewa yang seringkali kita dengar.
Banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja tetapi di dalam hati membebel panjang?
Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa.
Kenapa agaknya kita rasa sebegitu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar saja mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan.
Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi. Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi?
Ataukah mungkin kita yang TIDAK MEMBERI SEPENUH HATI?
Mungkin ramai yang tidak suka dengan kenyataan di atas, namun tidak salah kalau kita sama-sama fikirkan, mungkin ada kebenarannya.
Ayuh kita lihat kembali pertolongan-pertolongan yang kita dah berikan kepada sahabat atau saudara kita.
Apabila kita memberi, adakah kita kecewa apabila tiada ucapan terima kasih sebagai balasan?
Apabila kita membantu, adakah kita mengharapkan mereka akan kembali membantu apabila kita dalam kesusahan?
Apabila kita menolong, adakah kita sakit hati apabila kita tidak lagi dihiraukan selepas mereka senang?
Apabila kita menghulur, adakah kita tak senang duduk apabila tiada penghargaan diberikan?
Apabila kita membuat kebaikan, adakah kita selalu mengungkit kebaikan yang telah dilakukan?
Apabila kita membuat kebajikan, adakah kita rasa seolah-olah mahu dihebohkan kepada semua orang kebajikan yang telah kita laksanakan?
Kalau semua persoalan di atas jawapannya adalah ada, mungkinkah kita belum lagi memiliki sifat Ikhlas? Kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah meminta untuk dibalas.
Setuju atau tidak dengan kenyataan ini?
Apabila kita menolong binatang, kita menjadi lebih ikhlas daripada menolong manusia.
Kenapa? Kerana kita tahu binatang tidak dapat membalas kebaikan kita, oleh sebab itu, kita menolong mereka tanpa mengharapkan ucapan terima kasih, puji-pujian, atau sebagainya.
Maka, kita tidak boleh mengharapkan balasan? Bukankah kita telah menolong mereka dengan ikhlas tanpa mengharapkan pembalasan?
Sebelum tu, mari kita semak.
Harta kita yang kita guna untuk bantu sahabat dan saudara kita, milik siapa?
Tangan kita yang kita hulur untuk tolong mereka, milik siapa?
Kaki kita yang kita guna untuk permudahkan urusan mereka, milik siapa?
Telinga kita yang kita guna untuk dengar permasalahan mereka, milik siapa?
Mulut kita yang kita guna untuk memberi nasihat kepada mereka, milik siapa?
Mata kita yang kita guna untuk melihat penderitaan mereka, milik siapa?
Akal kita yang kita guna untuk fikirkan alternatif masalah mereka, milik siapa?
Kekuatan kita untuk mendengar, melihat, bercakap dan bergerak, milik siapa?
Ilham kita untuk menyelesaikan masalah mereka, milik siapa?
SEMUANYA MILIK ALLAH!
Bukankah begitu?
Andai semua itu bukan milik kita, maka kita tidak berhak untuk menagih pembalasan darinya.
Bagaimana mungkin kita berani meminta balasan, sedangkan tiada satu pun milik kita yang mutlak. Harta, kekuatan, ilham.. semua itu milik Tuhan. Jadi yang selayaknya dapat pengiktirafan selepas diberi bantuan, adalah Allah, Tuhan semesta alam.
Seharusnya, kita tidak ada apa-apa untuk dikeluh kesahkan. Tiada istilah kecewa ataupun sakit hati sekiranya dilupakan selepas memberi bantuan kerana hakikat sebenarnya bukan kita yang membantu, bahkan Allah yang melakukannya.
Jadi, kita ni sebagai apa? Sebagai ASBAB. Sebagaimana ubat itu asbab kesembuhan, kita pula asbab penyelesaian masalah mereka, dan apabila kita sendiri ditimpa masalah, rakan dan saudara menjadi asbab kepada kita pula. Cantik aturan Tuhan kan?
Jadi, apa yang kita dapat? Sepatutnya tidak ada apa-apa yang kita dapat kerana semuanya dari Allah.
Tetapi, betapa maha Pengasih dan Penyayangnya Allah. Rupanya bukan saja-saja Dia jadikan kita sebagai asbab, rupa-rupanya Dia mahu memenuhkan akaun simpanan kebaikan kita.
Walaupun semuanya dari Allah, tetapi kita yang tidak berbuat apa-apa kerana tidak memiliki apa-apa ini masih lagi dapat hadiah Hadiah lumayan dari Allah.
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Al-Zalzalah:7]

 Tengok, kita tidak memberi apa-apa, tetapi Allah memberi PAHALA kepada kita. Mudah sahaja formulanya. Beri dengan IKHLAS, tunggu Allah balas.
Jadi sebenarnya, Allah ilhamkan kita kekuatan untuk membantu orang lain, kerana Allah mahu membantu kita mempertingkatkan amal kita. Subhanallah.
Jadi, perlukah ada rasa kecewa selepas menghulurkan bantuan? Perlukah diharapkan balasan dari manusia, sedangkan ganjaran dari Allah lebih berharga dan istimewa?
Siapa kita mahu merebut penghargaan itu, sedangkan pemilik sebenarnya adalah Allah?
Andai masih ada perasaan kecewa, sakit hati dan geram, petua untuk mengubatinya mudah sahaja.
Tanya diri sendiri, layakkah nak harapkan sesuatu yang bukan milik kita?
Ingat firman Allah: 
"Katakanlah, Mahukah kami khabarkan tentang orang yang paling rugi amalan mereka? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya." [Al-Kahfi:103-104]

 Ayuh, memberi dengan IKHLAS, tanpa minta DIBALAS.
Wassalam.

Dah Lama Tak Menang

Muahahhaha bukan saya menang motor tau
Ni hah aku menang La Praise Skin Care 
Dah lama x menang pape contest atau giveaway pasal dh x berapa nak aktif CGL
Result Giveaway Pertamaku aku le yg menang hehhehe
la praise skin care set (pencuci muka yg best, toner, sun protecter dan night cream) + masker, bio ever, make up mirror, headband, face towel & face cotton

Honey Golden Cornflakes

Apsal tajuk cenggitu?
Suka hati aje kannnn
Muahahhaa korang tengok gambo pun dah tau ape mende
1st time buat ni
Dulu aku xde la serajin ni
Ni kira isi masa terluang la
Lagipun seminggu sebelum raya kan baru balik Malaysia tanahairku
Kompom la x sempat nak buat
Ehhh jangan lak korang ingat aku buat ni utk raya
Hahahhaha takde maknanya uols
Ni sumer tuk mentekedarah depan tv je ni
Buat projek ni pun malam hari
Mana leh buat time najlaa ada
Karang makin lambat kije aku
Pehhhh buat cornflakes madu yg senang ni pun dulu aku x amik tau
Skang baru hegeh2 cari resepi
Seperti biasa skodeng umah Si Cantik Manis KakYatie
Tapi aku main agak2 je la masa campak bahan
Lagipun baki butter ms buat tat nenas ada lg 50g
So pepandai la ejas bahan lain

Bahan A 
  • 125 gm butter...50g butter
  • 1/2 cwn brown sugar...aku guna gula pasir je
  • 1 cawan madu...setengah cawan kot main agak2 je
Bahan B 
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)kat sini sekotak 375g so aku main agak je separuh kotak
  • 1 cwn kismis..setgh cawan je
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus..x bubuh pun
Hiasan 
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara 
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Puding Rambutan Dangdut

Misi mencari laici dalam tin x berjaya
Ingat nak buat puding laici
Setelah puas mencari xde lak
Rambutan pun jadi la kan
Resepi sama je cam wat puding laici
Dulu aku penah buat dah puding laici dangdut
Ramai blogger dah buat ni
Dah separuh bekas baru ingat nak snap gambau
Tu nampak dah merekah berdangdut punya pasal la tu
Panas-panas sedap dan nyaman je puding rambutan ni berdangdut lalu kat tekak
Dah macam taufufah lembutnya
Sapa yg xde gigi kompom suka makan ni main telan je hahahha

Bahan-bahan
* 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
* 2 liter air
* 2 cawan gula (saya letak 1 1/2 cawan je)
* 2 tin laici (asingkan airnya) aku guna rambutan
* 1 tin susu cair

Cara-Cara
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.

(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.) 




Cantik Di Hati

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini. 
Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan engkau akan menjadi terhebat. 
Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

Kek Coklat Moist Tanpa Telur

Macam dah lama je tak membaking
Wakakakaka bunyik nampak macam sangat terer hokey
Memandangkan asik najlaa beli aje slice cake kat lulu
Baik la aku mengadun kek
Jari-jemari liuk lentuk dengan hand whisk
Ishh bila nak g beli hand whisk silicone kaler2 ni

Aritu ada nampak gambo kek yg menggoda kat FB Kak DJ
Puas dah belek rupanya milik Kak Ros JintanManis
Aduhhh tempting btul...tak tahan
Gigih la aku buat hehhehee
Senang aje uols
Sambil panaskan oven leh kacau segala bahan
Dan hasilnya......
Sangat sedap..mmg moist ni tau
Darling pun cakap sedap...wpun xde telur rasa mmg mantap katanya
Wahhhh suka dengar 
Untuk resepi kek ni loyang mmg guna yg kecik aje yek
Aku xde lak loyang yg kecik2 ni so aku masukkan aje dlm loyang loaf bread
Tu yg nampak berpetak
Kalau loyang korang besar sila doublekan bahan
Takpun masuk dlm cupcake pastu hias cecantik


Kek Coklat Tanpa Telur ( super moist)
Telah dicuba oleh : rosmarlina @ jintanmanis.com
Hehehehe Mamanajlaa pun dah cuba 

Bahan-bahan ( loyang 5-6 inci )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang), aii guna Cadbury Cocoa
2 sudu besar susu tepung Ekekkeee susu tepung najlaa je
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang, guna 3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco, hmmm guna mocca
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung, guna minyak masak
1 sudu kecil cuka atau jus lemon boh cuka

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.

2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

3.Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco/mocca. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

4.Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

5.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 

( aku bakar 40 minit)




 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in