Ala-ala Madagascar Emirates Park Zoo Abu Dhabi

21 Feb 2014 lepas saja la papa nak wat surprise kat Najlaa
Memang tak bagitau pun nak g mana
Seperti biasa dia ingat nak ke mall aje
Memula buang masa jap kat Ikea
Cuci mata je

Tadaaaaa kemain lagi nak bergayut kat gajah

Seperti biasa muka tuan tanah kena la ada kan

Paling aku teruja kat zoo ni masa nak bagi zirafah makan daun
Wahhh jinak-jinak lak tu
Memang kenyang la korang wahai binatang


Najwaa pun enjoy je time ni

Takut-takut berani si kakak nak bg kangaroo makan


Muehehehehee zebra ni boleh tahan gak
Terkejut aku masa hulur daun
Nganga beso lak tu
Nampak lak gigi beso-beso hhahaha serammm

Amboiii kemain lagi binatang ni usha najlaa
Nampak cam jinak gak
Hahahhahaa
Makin dekat lak dengan najlaa...seb la dalam cermin

Nampak ni...ishhhh aku lak seram




Harimau Selatan
Luaskan kuasamu hahahaha tetiba
Ayuhhhh Johor



Kambing ni aku seriua
Beso kuda hahahaha
Pastu asik nak panjat pagar...nak makanan la tu
Pantang ada yang lalu kemain gatal dia

Heheheheh ayam pun aku snap
Korang tengok le kat kaki pun berbulu
Pakai sarung kaki tu huhu

Macam-macam binatang le ada
Dah nama zoo kan
Tapi tak semua la aku ambil gambar
Mana berkenan di hati je
Setakat ni selain Zoo kat Abu Dhabi ni
Zoo Negara, Zoo Melaka, Zoo Johor, Zoo Qatar dan Zoo Singapore kami dah pegi
Hahhahhaa nampak sangat suka g zoo kan
Ok la daaaaaa
Nanti aku update lagi jenjalan sini

Masih Ada Yang Menari

Dah lama tak jengah Nuffnang
Bukan takat tu je blog suam-suam aku ni pun jarang dikemaskini
Nak blogwalking ke rumah kengkawan pun bercinta
Hadoiii  la
Tapikan tanpa diduga ada 4 BE yang rancak menari
Harapnya lama la "mereka" ini singganh
Thanks nuff masih sudi memberi
Kengkawan sudi-sudikanlah ke teratak mama najlaa & najwaa nk
Pasal aku tengah berusaha untuk update selalu hehehehee

Sirap Punya Pasal

Hamboiii sekali pandang macam ingat suka benor le dengan sirap kan
Nehi..nehi..nehi
Tidak sama sekali
Aku ni bukan le penggemar air sirap
Tapi seperti biasa la kadang teragak nak minum kan
Gara-gara nak buat Soda Gembira la ni 
Tu yang membeli sirap
Tapi apakan daya sirap pertama tu yang belah kiri tak sedap langsung
Hahahhahaa adoiii ntah nape tekak ni rasa cam minum air kemenyan 
Pencarian diteruskan beli yang tengah lak
Ok la sket tapi tetap tak menepati piawaian
Hahh mesti korang cakap nape tak buat je
Bukan tamo buat tapi celah mana aku nak cari daun pandan
Akhirnya sirap ABC gak yang berjaya
Darling jumpa kat kedai indonesia
Fuhhh 
Lepas le hajat nak bersoda gumbira
Tapi kan soda kat sini x macam air eskem soda malaysia
Air soda kat sini takde rasa n tak manis
Boleh la janji jadi bandung soda kennnn

Godaan Dan Cubaan Ber-Skating

Salam dari kejauhan
Hehehehe jauh la sangat kannn
Kengkawan mesti ada yg dah nampak aku upload gambo kat fb dan instagram kan
Ni la layankan si najlaa
Dah banyak kali bunyi nak ice skating
Hohohoho tidak le 
Bukan ape anak dara ni jenis lemah lembut gemalai
Papa pun x berani nak lepaskan

Nak dijadikan cerita masa cuci mata kat Marina Mall papa bagi lak lampu ijo
Lagipun nampak ada budak skate dengan penguin so g la tanya
Sejam 40 dirham, memandangkan 1st time skating amik sekali penguin as supporter tambah lagi 25 dirham
Mula-mula memang x bergerak najlaa 
Takut-takut dan nampak muka dia stress
Saspen gak pasal najlaa ada masa cepat give up tu yg aku perasan kalau buat homework la
So redha aje la kalau dia kata tanak teruskan skate
Tapi aura citer Frozen mmg kuat hahahahaa
Gigih najlaa mencuba
Jatuh gak yek
Huhuhuhu nak berdiri semula aku tengok najlaa gunakan kudrat yg kuat
Almaklum le inline skate kan
Mak dia ni pun mau huyung-hayang kalau jatuh nak bangun kot
Ewahhhh...dah makin berani sesambil cuba nak slide
Papa kata berbaloi 65 dirham
Pasal nampak najlaa cuba sedaya upaya
Boleh la lepas ni ber ice-skating lagi
Agaknya lepas 2-3 kali kot baru berjaya tanpa supporter penguin tu
Syabass beteyyy



Bila Kerinduan Menjelma

Muahahahhaa rindu kat makanan malaysia hohohoiiiii
Parah baru sebulan lebih kat UAE
Alah bukan ape pun rindu nak lepak kedai makan, warung2 je pun
Menu sarapan semalam 
Crunchy Sugar Toast dgn kupicino HKCC
Feeling makan kat Old Town
Ngehhngehh
Pagi ni lak makan pau sayur dgn mantou
Kat sini ada jual tapi pau bbq dgn sayur je... Made in Malaysia
Roti canai segera pun ada kat sini
Sedapnya kalau ada pau daging, pau kaya, pau kelapa ke
Tengok la lengkali kalau rajin buat kaya
Pastu kang belah aje plain mantou tu boh kaya

#TakSabarNakBalikMalaysia

Meragam Nak Tumbuh Gigi

Perkembangan terbaru Najwaa usai 5 bulan usia adalah baring semula lepas meniarap
Hahahaha sebulan gak le baru berjaya
Masa umo 4 bulan meniarap je
Dan dikala itu memasak sambil berlari la mak dia bila meniarap x reti golek semula menjerit minta bantuan
2hb Feb 2014 tarikh kena catat berjaya golek semula
Skang mmg tengah mabuk bergolek jangan x lama lg menjerit dok bawah meja sudaaa
Kejadian 3hb Feb 2014, tengah bizi masak Najlaa jerit gtau adik dah jauh berguling

Sejak dua tiga ari ni Najwaa mmg kijenya mengamuk je
Lagi la time nak beradu
Memang menguji kesabaran
Ada gak le kena lepuk montot tu
Rupanya nak tumbuh gigi
Patut la...
Cian anak mama kena marah hahahha
Seb baik le bawah umah mmg ada supermarket
Papa belikan la teether
Kalau tak asik nak gigik tempat gantung music2 tu...keras nakk oiii
Hehehehe macam comel jer
Najlaa dulu tumbuh gigi masa umo 4 bulan masa tu CNY 2008
Najwaa lak umo 5 bulan selepas beberapa hari CNY

Gigih Kerana Keropok Lekor

Biasa la kan bila dah duduk jauh ni
Tekak pun macam-macam la permintaannya
Seumur hidup mmg x penah la aku gentel kopok lekor
Beli aje senang
Dek kerana tekak ni gigih dan gagah la aku buat

Resepi aku google je 
Ikut aje bahan2 cuma x ikut exactly berat sumer
Aku men agak-agak je
Guna ikan kembung, tepung sagu xde pakai je tepung ubi huhuhu lebih kurang aje kan
Ambil isi ikan blend bersama bawang putih, kendian masuk dalam bekas boh garam, boh tepung gaul la guna tangan sampai x melekat
Kiranya x lembik x keras la
Aku sapu kat tangan minyak sket pastu baru golekkan doh...saiz ikut suka
Rebus dalam air mendidih boh minyak sket supaya doh x melekat antara satu sama lain
Bila dah timbul doh tadi maknanya dah masak
Angkat dan toskan
Rupa paras lepas digolek-gelek panjang
Macam2 saiz ada lalalalalala
Nampak tu dah timbul kopok lekor aku
Lepas rebus sejukkan jap baru la potong serong dan goreng
Yeaaaaa berbangga aku pasal berjaya buat kopok lekor
Rasa??
Takde la sesedap tokey kopok lekor kan
Tapi kalau najlaa boleh makan maknanya sedap la kot hahahahaa
Sos pun buat sendiri cuma x cukup gelap tapi cenggini pun sedap gak
Lepas ni bleh la try guna tenggiri lak
Huhuhuhu berangan dulu



 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in