Mencari Sinar

Sinaran...mentari menyinari
Menusuk ke jiwa ku
Ketika bersamamu
Miahahahaha nyanyi Sheila Majid lak aiii

Aku memang tengah mencari sinaran mentari ni
Gini la kalau dah dok negara alfadang fasirun
Skang tengah winter mmg la sejuk kan
Sok kalau dah musim panas mmg rasa la muka macam dalam oven
Tapi kali ni mencari sinar bab nak sidai baju
Huhuhu kat sini mmg sidai baju dalam umah
Kering sendiri...xde jemur-jemur
Mesin basuh mmg le ada siap dgn dryer cuma aku x suka guna
Kedut seribu baju uolls
Pastu kang makin kecut lak baju
Dah le aku makin kembang hahahahaha 
Tak ngam

Celah mana la nak jemur dibawah sinaran mentari kalau dh umah xde balkoni
Dapat la sipi2 cahaya

Masa dok Qatar dulu umah ada balkoni 
Tapi kalau rasa nak pakai baju berdebu sidai la muahahahaha
Hah nampak sumer xde balkoni kan
Ekekekekke releks tepi tingkap 
Sambil tengok luo
Hahahaha xde ape pun yang menarik
Kat Abu Dhabi ni ada la nampak pokok
Dulu kat Qatar pokok kurang 
Kat hujung2 sana yg kalau korang nampak hijau2 tu Khalidiya park
Lom berkesempatan lagi nak bawak budak2 g memain kat taman
Dalam erti kata lain malas nak jalan
Tunggu aje tempat menan kat area bawah umah ni siap
Dulu masa bulan 5 aku datang Abu Dhabi ni kat bawah mmg kawasan lapang
Kali ni datang tgh construction buat taman menan
Sampaikan jalan tar ni pun dorang pecahkan pasal nak kasi cantik guna mcm tile ke hape tatau le
Lengkali update lagi...daaaaa

nota kaki kononnya :-) terjaga dr tido buat n3 skang kena la tdo balik
Nampak tu kul 4.29 pagi hhahahahaha poyooo

Cuba Sabun Minyak Zaiton Lak

Alhamdulillah dah 2 minggu kat Abu Dhabi ni
Takde la padang pasir berdengung sangat cam masa kat Qatar dulu
Masih cuba sesuaikan diri terutamanya si kecik
Fuhhh seperti biasa kulit akan kering
Adoii ni la yg aku x suka dok kat timur tengah ni
Stok vco x sempat beli lak tu

Nampak tu tak agak2 ada 2 jenis sabun
Skang cuba dengan sabun minyak jeton
Sabun garam buluh a.k.a sabun ketiak mmg ada standby
Nampak mcm serasi dengan olive oil soap ni

Sumer mmg sedia maklum kan khasiat minyak zaitun
Sejak turun-temurun penggunaan minyak zaitun dalam perubatan, pemakanan, dan juga kosmetik
Pengambilan minyak zaitun secara rutin dapat mengelakkan penyakit kardiovaskular, kanser, masalah penghadaman dan penuaan
Dari sudut kecantikan, kandungan vitamin dan flavonoid di dalam minyak zaitun berfungsi mencantikkan kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit

Hah banyak lagi khasiat minyak zaitun, korang nak tau rajinkan la google ek
Pasni nak cuba pakai kat muka lak arr sabun ni mana tau kot selembut kulit bayi
Kat Malaysia ada tak ek jual sabun minyak zaitun??
Ke aku yang tatau kewujudannya
Kalau sabun brand ZAITUN gunakan tanpa was-was tu aku tau le muahahaha

Dapur Berasap

Salam siaran
Kembali berasap dapur rumah
Ngehhngehh nampak macam rajin kan
Fuhhhh setahun lebih tu gantung peyuk
Almaklum mengandung
Hahahahaa alasannnn sangat kan 

Memandangkan kami anak-beranak dah berkumpul makanya kena la masak-masak
Cuma acara memasak kali ni agak lama berbanding dulu
Hahahhahaa mana tak baru nak pegang sudip Najwaa dah bunyi, baru nak menumis dah "mekkkk" kang jap "mammma"
Haduiii nak tergelak dengar najwaa panggil mama dia mek, rasa cam mek kelate lak
Ni kalau nak buat kek mesti bantat pya
Asik tergendala
Jadi baik la wat sementara xyah mem baking huhuhu

Untuk warm up setelah sekian lama....
Tadaaaaaaa
⬇️⬇️⬇️⬇️
🐐Kambing bako
🍚Nasi lemak halba, sambal bilis dan telur mata vibrate 🍳
Roti jala dan kari ayam pekat
Sedap terangkat hahahhaa sendiri puji
Ikan kerisi masak taucu dan ikan kembung bakar ala sekinchan 
Pasni tatau nak masak ape
Hahahahahahaa 
Kena tunggu darling balik baru leh masak sedap-sedap
Dalam erti kata lain time papa blk dari site bleh la jagakan anak sementara mama check-in dapo
Ok tunggu lagi 4 hari nanti baru leh update makanan wakakakakkaaa
Daaaaaa

Berhijrah Lagi

Salam musim sejuk hehehehe
Winter la sangatttt
Hampir setahun lebih balik Malaysia
Dan kini hijrah lagi
Kali ni destinasi adalah Abu Dhabi
Masih timur tengah ya kengkawan

Penerbangan kami 06012014 jam 3 pagi, makanya 12 malam kami bertolak dari umah MIL naik teksi je
Sebelum berlepas sempat la snap
Najwaa yg baru ku ajar hisap puting
Ohohoho ni utk waktu kecemasan je
Almaklum 7 jam setengah dalam flight, standby la kalau dia melalak sumbat aje
BF masih diteruskan, tp biasa la blom sempat nak ejas nursing bra najwaa dah tarik baju, tarik tudung
Kiranya puting pelesu ni di saat2 kritikal aje kegunaannya

Seperti biasa papa akan request menu for kids
Saja la packing dia lain sket, ada gambo2
Nak tarik minat najlaa soh makan aje pun
Menu najlaa omelete, sausage, mix fruit, bun, stoberi yogurt
Hmmm tetap x mkn sangat 
Terpisat2 bangub tido terus dihidangkan kompom la x lalu
Aku makan ala kadar je, mintak nasi goreng sate tu main dish la, buah, yogurt, bun.
Makan sambil sebelah tgn pegang najwaa
Bun ku makan dengan lahap hahahaa lapo
Nasi tu jamah2 je susah arr mkn sblh tangan belah kiri lak tu nak pegang sudu

Alhamdulillah selamat sampai..mendarat kat Abu Dhabi Airport jam 7.10 pagi bersamaan 11.10 pagi waktu Malaysia
Ngantuk gilosss
Sampai umah lepak jap, mandi manda pastu makan
Opsss darling kuo g Sari Rasa kedai makan indon

Petang tu kami keluar jap ke carrefour cari brg dapo, darling kan dah nak ke site
Gambo 2 beradik ni pas blk mall
Dah penat dedua ni lena tido
Pas anak2 lelap baru le aku lelapkan mata
Kang pepagi buta nk kena bgn subuh n siapkan bekpes darling
Ok la banyak nak stori mori ni
Jenjalan Bandung pun x sempat nak update huhuhu
Daaaaa

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in