Sel-sel Otak Ligat Berhubung

 Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru...masih belom terlambat kan
Meh la tengok gambar-gambar kat bawah ni.
Kengkawan FB ada yg dah nampak aksi onteng kinteng
Aduhaiiii meja lipat dijadikan gelongsor
Alahai anak melendut mama tengok meja tu
Ingat dia ringan sangat ke???

Ni apahal lak masuk Kat bawah kabinet tv
Memang Najwaa dah lama aim kawasan kakak ni
Kakak lak memang macam2 khazanah dia simpan
Kerusi untuk meja studi kakak dah lama ku simpan
Memandangkan sebelum pandai berjalan najwaa dah pandai memanjat 
Tu bangku hijau yg kakak selalu guna untuk pakai kasut sekolah najwaa angkut ke depan
Bila bangku pun disembunyikan inilah hasilnya
Sengetkan buku berkulit tebal
Jengket kaki sket
Dah boleh capai
Hooorey!!!
Tin coklat pun boleh je
Janji dapat capai atas rak
Dari atas meja nanti dia naik lak atas rak
Yang tu x sempat snap
Kecut perut aku tengok
Memang takleh lepa ada je kerjaan Najwaa
Tak dapat ku bayangkan balik bulan puasa nanti
Kompom turun naik tangga umah nenek
Kena pasang safety gate ni nanti
Beringat sebelum kena.
Hadiah untuk budak baik
Kejadian petang semalam
Meluru berlari terus dahi cium dinding
Melalak kejap je sambung melasak
Adoiii dik...ni kalau kakak ni mau melalak sampai tido

Hai la anak
Moga kamu membesar dengan sihat
Berjaya dunia akhirat

Eh Dah Tua Tumbuh Lagi Gigi!!!!

Sakitnya tuh di sini

Hadoyaiiii dah dekat 3 minggu sakit gigi 
Bukan la setiap hari kekadang je kira on off la
Tapi bila dah sakit aku telan je panadol
Kiranya penelan tegar la wapun ku tak suka ubat
Bila sakit dah tak tertanggung ke dentist la kita
Selepas doktor soh nganga-nganga
ketuk-ketuk gigi kemudian nurse ajak g bilik xray
Ini la hasilnya
Dua batang gigi tengah berlumba nak keluar
Tapi apakan daya terhalang dengan gigi geraham bongsu
Patut le sakit!!!!!!
Impacted teeth
Senget dah tumbuhnya
Tapi doc kata bila cabut nanti gigi baru akan turun dan tumbuh elok la
Memandangkan belah kiri yg sakit lebih kena la kuokan geraham kiri dulu
Doc sapu gel, injek sana sini situ
Pastu dengar la bunyik krikkk krikkk
Huhuhuhu seremmm
Alatan mencabut gigi berlaga dengan gigi
Setelah berhempas pulas berjaya la geraham dikeluarkan
Memang sedaya upaya la doc kerjakan gigi
Almaklum gigi tak goyang
Kiranya kukuh la segala akar 
Sempat lak amik gambo dalam toilet
Tapi terhalang lak dengan enpon mulut senget dan pipi kembung
Lepas buat payment Dhs170 amik prescription terus la ke farmasi
Doc pesan xleh makan just minum air sejuk dengan jus
Malam tu aku baham bihun sup yg x dipanaskan 
Ahahahahhaa
Dah gugel rata-rata gtau xleh makanan panas nanti darah lambat kering
Sepanjang malam tido memang tak lena
Ubat tahan sakit sudah ku telan
Tengah tido rasa pahit mulut
Adehhhh masih berdarah
Bape banyak darah dah aku telan ni????
Camne la vampire suka hisap darah kan
Tetiba teringat lak citer Raja Bersiong

Kerana cabut gigi la pipi bengkak 3-4 hari
Bukan tu je dalam mulut pun semacam rasa bengkak
Dah makan pun sambil pejam mata 
Kunyah ala kadar telan

Dan hari yang dinanti pun tiba
Sabtu, 2hb Mei 2015
Serah diri untuk geraham kanan
Doc tanya "Are you ready? "
Ehhh sudah tentu la ready kang hilang nikmat makan kalau asik sakit gigi

Sapu gel
Injek sana sini situ
Tunggu 5 minit
Kebas!!!!
Pejam mata
Krikkk krikkk
Kejang dah rasa badan tapi gigi tak tercabut
Aku dengar doc  cakap dgn nurse ntah apa nama alat tatau
Celik mata jap tengok doc tengah pilih macam screw 
Nganga doc luaskan lagi mulut adoiiii rasa cam melecet dah tepi bibir
Dengar la zerrrr zerrrr bunyi mesin tu
Tatau le ape ke benda doc buat kan
Sepanjang masa pejam je mata
Dan akhirnya berjaya dikeluarkan
Doc sumbat gauze
Pastu dia kata ada serpihan yg tinggal
Doc masukkan alat dalam mulut soh kemam
Ohhhh rupanya nk xray 
Nampak la ada sket lagi serpih gigi
Jangan tengok kalau geli hahahaha
Doc belah gigi ku
Nampak tu kat tengah tray tu ada 2
Kat petak kecik tu le serpih gigi
Untuk kali ni bayaran Dhs110
Kalau ikutkan rega asal Dhs500, insurance cover sket so bakinya je kita bayar

Next week appointment untuk scaling
Kita kasi cuci



 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in