Assalamualaikum
Ramai yg tau kan aku balik Malaysia 4hb
Walaupun hanya dapat tengok tubuh kaku abah berselirat dengan pelbagai wayar dan tiub
Aku puas sekurang-kurang masih sempat jumpa
Semua orang mmg terkejut pasal abah bukannya pernah keluar masuk wad
Kalau sakit pun setakat pening sakit kepala
Tetiba dikhabarkan ada serangan jantung
Semua anak-anak balik
Adik-beradik abah, anak-anak saudara abah pun datang di hospital
Kawan-kawan abah pun sama
Tapi dah memang tertulis
Abah pergi di malam jumaat
Selepas doktor beritahu jantung berdenyut perlahan
Kami bergegas ke hospital
Mereka dah cuba yg terbaik
Kami redha
Mak pun nampak tabah
Uruskan semua kemudian bawah abah balik malam tu juga
Bacaan yaasin bergema di malam hari
Pagi jumaat abah dimandikan di rumah
Sebelum bawa ke masjid kami buat solat jenazah
Aku turut serta
Selepas solat jumaat sekali lagi solat jenazah
Dan kami iringi abah ke tanah perkuburan
Bersemadilah abah di sana
Mudah2an abah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Tahlil selepas isyak berjalan lancar
Insyaallah untuk hari ke 2,3,7 & 100
Al-fatihah