Showing posts with label Cantik Di Hati. Show all posts
Showing posts with label Cantik Di Hati. Show all posts

Cantik Di Hati

"Kadang-kadang kita terlalu banyak merancang
tetapi kurang memohon untuk diperkenankan.
Kadang-kadang kita terlalu banyak berfikir
tetapi kurang tawakal.
Kadang-kadang kita terlalu banyak risau dan kurang optimis.
Kerana kita kadang-kadang terlupa ujian itu tarbiah Allah."

Cantik Di Hati

"Dunia ini umpama lautan yang luas. 
Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya... 
andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 
Jika anda berhasrat untuk berjaya, 
jangan hanya memandang ke tangga 
tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

Cantik Di Hati

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini. 
Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan engkau akan menjadi terhebat. 
Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

Cantik Di Hati

Yang membuat kita kuat adalah doa,
Yang membuat kita dewasa adalah masalah,
Yang membuat kita maju adalah usaha keras,
Yang membuat kita hancur adalah putus asa,
Yang membuat kita semangat adalah harapan dan impian.

Cantik Di Hati

"Di sebalik nikmat ada bala
di sebalik bala ada nikmat
Oleh itu bila ditimpa bala usah resah
kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat
dan jika dilanda nikmat usah lupa dan leka
kerana dari sinilah berpunca bala."

Cantik Di Hati

"Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah,
 senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati 
dan senyuman itu tidaklah menyakitkan
 tetapi menjadi penawar hati yang sakit."

Cantik Di Hati

“Dan di antara rahmat pemberian-Nya, 
Dia menjadikan untuk kamu
malam dan siang (silih berganti)
supaya kamu berehat padanya
dan supaya kamu berusaha untuk
mencari rezeki daripada limpah kurnia-Nya 
dan juga supaya kamu bersyukur.”
SURAH AL QASAS: AYAT 73

Cantik Di Hati

BANGGA DIRI atau kagum terhadap diri sendiri 
adalah penyakit hati yang membuat seseorang berasa selesa 
dan berlapang dada dengan pujian orang lain. 
Orang seperti itu menganggap dirinya paling baik dan sentiasa melebihi orang lain. 
Sikap bangga mendedahkan pelakunya kepada akibat buruk di sisi agama. 
Pengamalnya akan membudayakan takbur iaitu sifat yang jelek di sisi Allah.

Cantik Di Hati

"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, 
hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. 
Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. 
Semua itu aku lakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. 
Aku tampakkan keramahanku, kesopananku 
dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang aku benci. 
Sebagaimana aku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang aku cintai. 
Manusia adalah penyakit 
dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. 
Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan."
– Wasiat Imam Shafie

Cantik Di Hati

"Rebutlah kesempatan lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu,waktu lapangmu sebelum sibukmu, masa mudamu sebelum waktu tuamu dan masa kayamu sebelum masa fakirmu."


- HR al-Baihaqi

Cantik Di Hati

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur 
kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. 
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

p/s: kadang2 terlalu jujur pun susah gak kan...tepuk dada tanya selera

Cantik Di Hati

"Biarlah kita mengalah pada permulaan dan akan menang pada akhirnya daripada kita menang pada awalnya tetapi hakikatnya kita ialah orang yang kalah."

Cantik Di Hati

Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

Cantik Di Hati

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca 
kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa 
kerana tertawa itu muziknya,
menyediakan waktu untuk berfikir 
kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal 
kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda 
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat 
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

Cantik Di Mata

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia
dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

Cantik Di Hati

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain
kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki perkara terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap perkara yang hadir dalam hidupnya."

Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

Cantik Di Mata

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

Cantik Di Hati

"Di sebalik nikmat ada bala, disebalik bala ada nikmat.
Oleh itu bila ditimpa bala usah resah kerana
sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan
jika dilanda nikmat usah lupa dan leka
kerana dari sinilah berpunca bala."


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

Cantik Di Hati

"Bertolak ansur adalah satu-satunya
resepi dalam membenihkan keharmonian rumahtangga.
Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan
ke arah kebahagiaan dalam meniti
hidup suami-isteri agar dapat
mengecap apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan."


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

Cantik Di Hati


Jangan terlalu bangga dengan pakaian cantik dan mahal kerana pakaian terakhir kita adalah kain kapan.
• Jangan terlalu bangga dengan kereta mewah kerana kereta terakhir kita adalah van jenazah.
• Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah liang lahad.
• Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu miliki rumah mewah bak istana, kerana rumah terakhir kita adalah kubur bertiang dua.
• Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran Almarhum.
• Hati yang ikhlas tidak terkesan dek pujian mahupun tercalar dek kejian. Hati yang ingat mati akan sentiasa


 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in