
9 HADIAH TANPA BAJET ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Rangsang Anak Bijak Dan Berakhlak
“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kkamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.
Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.
Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
Amalan Bacaan Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.
Sentuhan Kasih
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.
Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.
Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.
Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.
Latihan Matematik
Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hhal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Tternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.

Rumah Tangga Milik Bersama

INFO: KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

...

Beri Arahan Pun Ada Tekniknya...

CIUM ANAK DAPAT PAHALA

Mama, Adik Nak Puasa
- Ajak anak-anak untuk menghias rumah dan membersihkan keperluan ibadat seperti sejadah, songkok dan telekung agar anak-anak dapat merasakan kepentingan bulan yang mulia ini.
- Bercerita kepada anak-anak tentang sejarah wajib puasa, syarat-syaratnya, rukun dan sunah di samping hikmah berpuasa supaya anak-anak melakukan ibadah ini dengan penuh kefahaman dan penghayatan.
- Melatih anak berpuasa secara beransur-ansur selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Berikan ganjaran serta pujian di samping hadiah untuk menggalakkan mereka terus berpuasa.
- Bagi anak kecil yang berpuasa raikan mereka ketika berbuka dan bersahur supaya mereka dapat bersama berdoa dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga. Libatkan mereka dalam persiapan menyediakan juadah berbuka puasa.
- Ingatkan anak agar menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dan beritahu mereka Allah SWT sentiasa bersama dan melihat setiap perbuatan mereka. Latih jiwa anak untuk reda dengan perintah Allah SWT, ikhlas beramal dan menjaga pantang larang berpuasa setiap masa.
- Jaga solat fardu lima waktu dan menunaikan solat berjemaah. Jika tiada halangan, bawalah anak untuk bersolat fardu dan Tarawih berjemaah di masjid. Bagi ibu yang tidak dapat ke masjid kerana menjaga anak kecil, mereka boleh solat fardu dan Tarawih berjemaah bersama anak perempuan di rumah.
- Beritahu anak-anak, Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Jadi ingatkan mereka supaya menghidupkan Ramadan dengan banyak membaca kitab suci Al-Quran.
- Sebaik-baiknya ajak anak-anak bertadarus bersama supaya dapat memperbetulkan tajwid dan pemahaman anak terhadap al-Quran. Malahan seeloknya galakkan mereka menghafal surah-surah pendek sepanjang bulan Ramadan.
- Beritahu anak-anak berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Ingatkan mereka supaya memelihara kesempurnaan ibadah puasa dengan mengamalkan akhlak yang mulia seperti mengisi masa lapang dengan berzikir dan membaca buku berfaedah serta menjaga adab sopan.
- Amalan berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dalam urusan berbelanja untuk berbuka, bersahur dan persiapan hari raya patut diamalkan oleh anda agar dicontohi oleh anak-anak.
- Ajak anak-anak agar mengeratkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan sahabat handai seperti mengadakan majlis berbuka puasa bersama serta amalan bersedekah.
- Ingatkan anak-anak kelebihan 10 hari terakhir Ramadan dan tidak meninggalkan takbir hari raya kerana terlalu sibuk dengan persiapan hari raya. Sambut hari raya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

5 Petua Lahir Anak Soleh

Sayang Badan Sayang Keluarga
Tanpa tubuh yang sihat, anda tidak dapat menunaikan tanggung jawab menguruskan keluarga dengan sempurna. Jika sayangkan keluarga, anda perlu sentiasa menjaga kesihatan diri.
Sarapan paling penting!Biarpun umum menyedari kepentingan sarapan pagi dalam diet seharian, ramai di kalangan mereka termasuk anda sendiri mengabaikannya. Alasan yang biasa diberikan antaranya sibuk, malas ataupun mahu mengurangkan makan. Ubahlah sikap anda mulai hari ini! Jika sayangkan keluarga, anda perlu jadikan sarapan pagi sebagai keutamaan. Jangan sesekali mengabaikannya.
Dengan mengambil sarapan pagi setiap hari, anda dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh. Malah, anda akan lebih bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja yang bertimbun. Tentu anda dapat melakukan tugas di pejabat mahupun menguruskan tanggung jawab di rumah dengan selesa.
Banyak kajian telah dijalankan tentang sarapan. Salah satu daripada ribuan hasil kajian yang pernah dijalankan mendapati masyarakat Jepun menganggap sarapan pagi dapat membantu mereka mengurangkan kadar tekanan dan tahap kolesterol dalam darah. Hasil kajian yang lainnya membuktikan sarapan membantu menggiatkan proses pembakaran kalori yang tanpa disedari memudahkan anda menurunkan berat badan. Jadi, sesiapa yang mengambil sarapan pagi berupaya membakar tenaga dalam kuantiti yang banyak.
Kaya khasiatBijirin merupakan salah satu menu sarapan yang menjadi kegemaran ramai. Antaranya ialah emping jagung yang kebanyakannya manis dan berwarna-warni. Oleh kerana itulah makanan jenis ini biasanya mampu membangkitkan keinginan anda untuk menikmati sarapan pagi. Rasanya enak apatah lagi apabila ditambah dengan susu dan hirisan buah-buahan segar mahupun kering. Bijirin lain yang terdiri daripada gandum ataupun oat, rasanya agak tawar. Mungkin disebabkan oleh faktor tersebut, ia sering dihidangkan sebagai minuman.Namun yang demikian, tidak semua bijirin mempunyai khasiat tinggi. Daripada lebih 160 jenis bijirin yang merangkumi bijirin yang mempunyai khasiat yang paling kaya sehinggalah yang paling rendah, hanya beberapa jenis bijirin sahaja diperakui sebagai bijirin berkualiti. Sehubungan itu, oat, wheatgerm, muesli asli, linseed cereal, soya, kepingan bran dan campuran kepingan bijirin adalah jenis bijirin yang paling baik.
Pilihan bijakYogurt adalah sumber kalsium, riboflavin dan protein yang paling baik. Bagi mengekalkan kesihatan, ia adalah pilihan bijak. Namun begitu, anda perlu memilih yogurt yang mengandungi lemak yang rendah. Jika anda mahu menjadikan yogurt sebagai sarapan pagi yang menyelerakan, anda bolehlah memilih yogurt yang mengandungi kepingan buah-buahan seperti kiwi, mangga, strawberi dan banyak lagi. Untuk menambahkan lagi kelazatannya, anda boleh mencampurkan yogurt dengan hirisan buah-buahan segar juga.
Pelbagaikan hidanganAnda boleh mempelbagaikan hidangan roti. Anda boleh membakar, menggoreng mahupun memakannya begitu sahaja. Untuk mempelbagaikan selera, antara lain anda boleh menghidangkannya bersama jem, telur hancur, keju, sayur-sayuran dan sebagainya. Selain berkhasiat, anda turut berpeluang menjaga bentuk tubuh dan mengekalkan kecergasan diri.
Masih boleh makanPastri bukanlah pilihan sarapan pagi yang elok untuk kesihatan. Ini kerana kebanyakan pastri mengandungi kandungan lemak yang tinggi sedangkan khasiat pemakanannya sangat sedikit.Walau bagaimanapun, jangan risau! Anda masih boleh menjadikan pastri sebagai salah satu hidangan sarapan pagi anda tetapi hadkannya pada masa-masa tertentu sahaja. Sebagai pengetahuan tambahan, sekeping croissant mengandungi lemak yang sama banyak dengan 17 keping roti.
Jus buah pilihan alternatifSecara khususnya, buah-buahan adalah jenis hidangan sarapan pagi yang tidak sempurna kandungan khasiatnya. Jika anda gemar memakan buah-buahan sewaktu sarapan pagi, ketahuilah perut anda tidak akan kekal kenyang sehinggalah waktu makan tengah hari.Walau bagaimanapun, buah-buahan seperti oren, epal, kiwi masih boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada hidangan sarapan pagi anda. Buah-buahan ini mengandungi sumber karbohidrat, serat, vitamin C, E, beta karotena dan mineral yang baik. Paling bagus, anda boleh sediakan hidangan buah-buahan kegemaran dalam bentuk jus selain daripada memakannya secara mentah sahaja.
Telur kekalkan tenagaAntara sumber protein yang baik untuk tubuh ialah telur. Jadi, hidangkannya sama ada dalam bentuk telur rebus ataupun separuh masak sebagai hidangan sarapan pagi. Sertakan hidangan telur kegemaran anda bersama roti bakar ataupun buah-buahan. Hidangan ini akan membekalkan tenaga agar anda dapat kekal cergas sepanjang hari.


BANYAK PERSAMAAN LEBIH SERASI
Memilih pasangan hidup adalah antara keputusan yang penting dalam menentukan masa depan. jodoh dan pertemuan ketentuan Allah s.w.t namun menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha mencari yang terbaik. Perkahwinan adalah proses penyatuan dua hati dalam mencari keserasian untuk kehidupan yang indah. setiap pasangan mengimpikan kebahagiaan dan tidak pernah serik untuk mencari keserasian. Antara tips menjadi pasangan serasi:
1. Memiliki persamaan dalam ilmu pengetahuan seperti politik, keagamaan dan hobi. Atau, memiliki satu atau dua persamaan yang mendalam seperti menyayangi haiwan atau melancong.
2. Tawan hati pasangan dengan mempamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa seperti sama-sama gembira, sedih, terkejut, benci atau simpati.
3. Mempunyai penafsiran yang sama tentang hubungan seperti tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian atau pengorbanan.
4. Sentiasa membentuk ciri-ciri yang disukai dalam diri anda dan pamerkan kepada pasangan.
5. Kasihi pasangan anda bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamour.
6. Sentiasa membantu pasangan dalam mengukuhkan imej diri, merangsang semangat dan pupuk keyakinan dirinya.
7. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasikan pasangan. Elak daripada sikap suka berbohong.
8. Selalu memberikan pujian berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada pasangan.
9. Sentiasa mengulangi perkataan atau ayat yang disukai dan disenangi oleh pasangan kerana dia akan berasa sangat istimewa dan dihargai.



Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita
Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.
1. Pujian Meskipun Tanpa SolekanKetika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.
2. Mendengarkan KeluhanSetelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.
3. Bantuan Tanpa DipintaKetika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.
4. Memikirkan Hal-hal KecilKetika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.
5. Membuatkan TehSuami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.


TAMBAT HATI SUAMI MELALUI MASAKAN

Barangkali golongan wanita tidak menyedari, lelaki menilai itu sebagai kesungguhan pasangan. Biar pun segelintir lelaki tetap menganggap perempuan romantis, meskipun tidak pandai memasak. Kenyataan itu mengundang banyak tekanan pada perempuan yang mahu pandai memasak di dapur. Ini disokong dengan indicator yang menunjukkan 61 peratus perempuan kurang handal memasak berasa tertekan apabila perlu memasak di rumah.
Maka tidak menghairankan apabila Negara Itali dianggap sebagai negara utama yang memartabatkan cinta kerana dilimpahi dengan makanan enak dan kepintaran golongan wanita di sana mahir memasak. Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa makanan sangat berkait rapat dengan saat romantis dan menimbulkan kesan mendalam. Alasannya mudah. Mereka berpendapat, makan malammasakan rumah menciptakan tempat yang sempurna untuk menimbulkan suasana romantis. Malah jika dijadikan kebiasaan akan semakin meningkatkan rasa cinta sesame suami dan isteri. Sebanyak 90 peratus dari jumlah itu mengakui kebenaran fakta ini sementara 10 peratus lagi kurang bersetuju.
Apa pun kepada segelintir wanita yang tidak mahir memasak kerana 85 peratus lelaki mengatakan terkesan jika pasangan mencuba memasak untuknya. Adakah anda, seorang wanita yang sedang membaca artikel ini tahu memasak? Jika tidak, belajarlah memasak biar pun langkah demi langkah agar suami tidak sabar setiap kali pulang dari bekerja mahu menjamah masakan anda sehingga menjilat jari.


Perkara Mudah Namun Membahagiakan Pasangan
Sebagai suami yang bertanggungjawab, kebanyakannya lelaki sanggup melakukan apa saja demi menggembirakan pasangan. Ada yang sanggup menyabung nyawa malah mengeluarkan belanja yang besar untuk membahagiakan isteri. Namun begitu ada kalanya perkara yang cukup mudah dilakukan juga sebenarnya memberi kegembiraan yang lebih bermakna. Antaranya seperti berikut:




