Bersama Cikgu Najlaa

Kejadian jumahat lepas yek
Dak kenit heboh ngan ABC kat lappy mama
Masa ni kengkawan datang umah 
Tu yang nak nunjuk kat kakak Shahiera & Shazwan
Seronok najlaa bila kengkawan datang
Selalu sensorang je kat umah
Blajo le sesama nak oiiii
Kemain lagi cikgu najlaa ni
Dia je yg control mouse tamo bg org lain sentuh
Kat sini la najlaa selalu blaja

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR



Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..


Hangat: Wanita Banyak Cakap

Selamat pagi semua! Selamat berhujung minggu ya. Saja je di pagi yang indai permai ni kasi hangat dengan topik seperti di atas. Aku baca artikel ni kat dalam MW. 

Mulut celupar, banyak cakap, kaki kecoh atau pelbagai gelaran lain biasanya ditujukan kepada golongan wanita. Malah acap kali, wanita sebegini dianggap kurang berakal kerana terlalu emosi.

Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi di mana wanita mudah mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati. Mulut mereka juga agak lepas bercakap tanpa memikirkan apa yang dikatakan itu menyakitkan hati orang lain atau tidak.

Karakter lelaki pula biasanya lebih ‘cool’, jarang marah tanpa sebab munasabah. Biarpun begitu ada kalanya teori ini tidak benar kerana ada juga lelaki yang panas baran. Tidak hairanlah lelaki diangkat sebagai pemimpin baik dalam kerjaya mahu pun rumah tangga. Jika kuasa “memimpin rumah tangga” diberi kepada wanita, nescaya banyak lelaki yang akan mengunjungi mahkamah syariah diceraikan isteri kerana wanita mudah emosi dalam berkata-kata.

Seorang ahli psikologi memberitahu, kemarahan, agresif dan kedegilan adalah satu sifat kelemahan yang ditunjukkan oleh lelaki mahu pun wanita. Mereka yang memiliki personaliti sebegini adalah sebagai satu cara di mana mereka mahu menunjukkan ‘kekuatan’ di hadapan orang lain meski pun di mata orang lain, ia adalah satu kelemahan.

Namun bagi lelaki, berhadapan dengan wanita yang lantang mengeluarkan pendapat adalah satu kelebihan kerana wanita ini dilihat berani mengeluarkan kata-kata biar pun ada kalanya perkataan yang terkeluar itu menyakiti hati orang lain. Sesetengah wanita lebih gemar bersikap pasif dan hanya bersetuju dengan kata-kata lelaki biarpun kata-kata itu salah dan menyakitkan hati mereka sendiri.

Lelaki suka wanita banyak cakap?
Tahukah anda mengapa lelaki sukakan wanita yang banyak cakap? Lelaki menyukai wanita sebegini kerana mereka mudah berbahas sesuatu perkara. Ia biasanya merangkumi pelbagai topik termasuk soal hubungan yang ideal, kos-kos perbelanjaan rumah tangga, sikap pasangan dan sebagainya.

Berbahas dengan wanita yang banyak cakap tentang topik ini dianggap sangat menarik. Sementara itu lelaki sebenarnya sangat bosan bercerita kepada wanita yang hanya menurut kata dan mengangkat darjat lelaki sebegitu tinggi.
sumber


p/s: aku banyak cakap a.k.a membebel kat umah je dgn najlaa...

Berkelah...Kat Bawah Je

Memandangkan dah x berapa panas leh arr bersantai kan
Kalau tak mmg berkurung aje la dalam umah
Darling2 kami kije malam
So pas maghrib 5.30 petang tu masing-masing dah turun
 Bawak tikar..bawak makanan skali
 Mahap yek kualiti gambo..malam kan ekekkekee
Cekodok cicah sambal sardin intan yg bawak
Aku bawak kuih bakar je
Eskem pun ada gak..bukan buat beli huhuhu
Untuk budak-budak
Mak budak makan x hingat masa ni
Anak-anak dok main korek pasir 
Tak ingat lak nak snap gambo
Sesapa nak tengok camne budak2 main pasir meh tengok entri lama SINI


Nasi Ayam Ipoh....Sedap

Huhuhuhu seperti biasa sendiri masak kena la ckp sedap
Tapi siyes Nasi Ayam Ipoh ni memang sedap
Ni hasil geledah dapo Mamamya
Aku memang pantang..
nampak jek ape sahabat buat mesti nak cuba gak
Tapi yang senang aje la..kalau yg susah pikir byk kali gak

Walaupun ada yg kurang bahan
Tapi nasi ayam ipoh ni mmg sedap...lain dari nasi ayam yg biasa aku buat
Huhuhu rujuk resepi ada sengkuang ngan daun bawang
 bahagian batang tu 
So aku hiris aje la bawang merah hehhehehhee
Memang tip top resepi ni
Pasti akan ku masak lagi lengkali...ikut resepi mmg macam banyak kije
Tapi sangat puas hati bila makan...nyummmm

NASI AYAM IPOH

Resepi : Quinne MyR,
sumber : Kak Nor , Kak Azlita, Mamamya

Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Cara Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Cara Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Cara Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.



Tulang Rapuh : Cegah osteoporosis dari awal


Anda mengalami rasa sengal-sengal tulang? Ada masanya anda mudah letih dan terasa sakit yang keterlalua jika terjatuh. Adakah ia penangan osteoporosis?

Kebanyakan orang hanya tahu osteoporosis disebabkan kekurangan kalsium dalam tulang. Ia hanya akan menyerang golongan tua sahaja. Tanggapan tersebut sama sekali tidak benar. Malah, osteoporosis boleh menyerang golongan muda seawal usia mencecah 30 tahun! Kenyataan ini harus diambil kira oleh semua pihak bagi memperoleh kesihatan tulang yang baik sejak dari peringkat awal lagi kerana kajian mendapati osteoporosis bukanlah satu masalah bagi golongan tua semata-mata, malah ia juga semakin menular dalam kalangan golongan muda.

KENALI APAKAH OSTEOPOROSIS
Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak mengetahui tentang osteoporosis. Apa sebenarnya penyakit ini? Apabila berlaku bone lost, maka struktur tulang akan menjadi rapuh dan mudah patah. Biasanya osteoporosis dikaitkan dengan golongan tua terutamanya wanita yang berusia 60 tahun ke atas. Penyakit ini menyebabkan tulang mudah patah terutamanya di bahagian bahu, pergelangan tangan, tulang belakang, dan tulang pinggul. Malangnya penyakit ini datang menyerang tanpa sebarang tanda dan apabila sudah dikenal pasti, ia sudah pun berada di peringkat bahaya.

Secara keseluruhan, tubuh manusia disokong kuat dengan tulang rangka. Bayangkan apakah akan terjadi sekiranya tubuh tanpa tulang? Ia umpama belon tiada udara, begitulah keadaan tubuh kita. Tubuh manusia terbentuk daripada 206 tulang dan merupakan tisu paling kompleks dalam tubuh manusia. Tugas tulang adalah untuk melindungi dan menyokong bentuk tubuh seseorang. Tulang rangka menyimpan 99 peratus kalsium tubuh dan merupakan pusat pengeluaran sel darah. Ia nampak keras tetapi sebenarnya tulang terdiri daripada tisutisu hidup.

Terdapat dua jenis tulang (bersifat keras)iaitu:1. Cortical (tulang di bahagian luar)
2. Trabecular (tulang di bahagian dalam)

Tulang-tulang ini dipenuhi dengan kolagen dan mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat. Tulang akan melalui kitaran tersendiri yang disebut proses pembinaan atau pengeluaran semula (remodelling). Dua sel penting yang memainkan peranan dalam proses pembentukan dan penyingkiran tulang disebut sebagai sel osteoblast dan osteoclast. Osteoblast membina tulang manakala osteoclast pula menyingkirkannya ke dalam aliran darah.

Pencegahannya :
1. perbaiki gizi pada makanan dan minuman yang mencakupi gizi lima sempurna yang mengandungi cukup kalsium untuk pembentukan kerangka tulang yang kuat.
2. olah raga yang teratur menjamin tulang dan otot tetap kuat.
3. usahakan untuk mendapatkan sinar matahari selama 30 minit dalam seminggu, untuk metabolisme vitamin D yang dapat membentuk struktur tulang yang kuat.
4. hindari makanan dan minuman yang dapat menyebabkan hilangnya kalsium dari tulang, seperti : daging berlemak, kopi, minuman keras, garam, ubat-ubatan, dan rokok.

Nak tau cara atasi tulang rapuh? SINI

Active Image
Active Image

Upside Down Pizza Yang Tak Jadi


Hehehhehehe seperti biasa kena berani mencuba kan
Upside Down Pizza...recommended by Mamamya
Tapi apakan daya x jadi pulak
Hohohohoholick
Nampak tu...kaler x cantik tau pasal tadi minyak kuo kat atas topping tu
Rasa bleh tahan sedap
Tapi rupa tu kureng sket

TAPI....
Aku akan cuba lagi tatau biler la
Sifu-sifu dah gtau dah mana silapnya pizza aku ni
Cerr tengok kat bawah ni
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hah pasni sesapa nak cuba resepi ni kot la nak guna daging ingat yek
Kurangkan minyak
Pastu boh inti tu ketepi kuali biar minyak turun


UPSIDE DOWN PIZZA
Resepi asal : Tun Telani.
Sumber : Kak Yus , Kak Nor Secubit Garam, Mamamya
Dough

2 bj telur
1 cawan susu 
1 cawan tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam

- gaul sebati semua bahan....hehehe aku handwhisk jek
- sedia utk diguna

Filling

1 keping dada ayam- kerat2...guna daging cincang je

4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

Parti Bersama EH! 20 Yang Anggun

Saja nak tepek kat sini
Mana tau ada yg nak pegi kan
poster 20anggun3 Parti bersama EH! 20 Yang Anggun

Donut Mini....Akhirnya

Alohaaaaaaaaa
Akhirnya...kini pasti ekekekee
Kalau korang ada baca pasal entri Donut Ball Merekah
Adoyaiii sedih pilu rasanya
Rasa nak gelak guling-guling pun ada tau
Kan ritu donut ball aku x jadi
So arini cuba lagi
Jangan putus asa..huhuhuhu
Pas rehatkan doh nak kasi kembang dengan harapan menjadi la kali ni
Kalau tak jadi mmg habuan tong la

Agak macam dah kembang aku bulat-bulatkan le
Hajat mmg nak buat donut ball gak
Tapi bila goreng tak cantik 
Last2 yg dah bolat2 tu aku lubangkan aje
Hehehehe tu pasal jadi donut mini
Dua kali geget je pun hahhahahha

Dan tadi pas maghrib aku bawak le donut ni turun ke taman
Aku, Aton ngan Mekja lepak sambil makan2
Aton bawak apam balik mekja bawak air teh
Nyamannnnnnnn
Memang agak huduh la bentuk rupa kejadian donut mini ni
Haishh ngeri gak tadi pas najlaa gigit mmg aku tunggu ayat yg kuo dari mulut dia
Seb baik  najlaa kata "mama sedap"
Iyer arr ritu masa wat donut ball najlaa ckp x sedap siap luahkan balik tu
Pasni apa la yg aku nak buat ek? Hmmmmm


Bekpes Ibu-Ibu

Huhuhu dah petang dah pun baru nak citer
Pagi tadi kami g bekpes...santap paratha ngan curry chicken
Tapi x semua la ibu handasaa pegi
Dak Intan le ni...heboh nak g kedai yg aku selalu g
Kul 5 lebih dah kol huhuhu
Oleh kerana aku tau tempat aku wajib la pegi kan..kan..
 Dak Intan, Ain ngan Aton
Kemain lg mak-mak ni...anak g skool leh arr merewang jap
 Sorang makan 2 keping yek..mana cukup kan sekeping

Haishhh ni Intan le amik gambau gegau cenggini
Nampak tu teh gelas beso yek...
dah masa order mamat ni tya chai nak kecit ke beso, makanya mesti la beso
Sempat lagi...najlaa la memain tepon aku mcm2 gambo dia snap
Tunggu mak-mak lain beli barang dapo kat lulu
Aku beli dah kelmarin...tp tadi sempat rembat loyang empat segi
Hajat hati nak buat kek empat segi lak...asik bentuk bulat jek
Tapi tatau bile arr nak buat
Daaaaaaaaaaaaa

To My Lovely Darling

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."

p/s : cp dari FB je ni


Akhirnya....Bila Due?

Nampak tajuk di atas?
Meh tengok pic kat bawah lak

Kengkawan ku...alangkah bestnya kan kalau peknen
Tapi lom rejeki lagi la

Ni hah...akhirnya berjaya gak aku menyapu debu2 ni
Haishhh lama dah tak kemas balkoni
Almaklum sebelum ni kan panas rentung lak aku kat luo
Pastu kan angin kuat sia-sia aje  kalau aku bersihkan balkoni 
x sampai 5 min berdebu balik kan
Memandangkan dah nak sampainya winter
Aku gagahkan la diri menyapu debu2 di gurun sahara ni
Ada orang janji nak bersihkan balkoni masa offday
Dah tu 2 hari tak sihat 
kesian lak aku nak wat kerahan tenaga masa 3rd ngan 4th off
Makanya kul 6 pagi tadi projek bermula
Haaaachhhhuuuummmm
Banyak ooooo debu2
Pas sapu aku mop lak...3-4 kali gak le
Last2 aku curah aje la sebaldi dua air
 Ekekekkee xde kija kan
Begitu lah cerita akhirnya.........
Lalalallalalaaa


Donut Ball Yang Merekah

Kahkahkah...hadoiii la cam nak guling-guling aku gelak masa nk wat entry ni
Hajat hati nak menggumbirakan dak kenit najlaa
Kunun nak buatkan donut ball
Doh cam lembut jek ni...tapi bila goreng kemain merekah dah macam apam mekar lak
Untuk pengetahuan aku mmg tak penah menjadi buat donut wakakkakaka
Aduhaiii nape la gaknya merekah ni kan
Lembut mmg la lembut tp macam ada yg tak kena
Macam kurang kembang pun iyer jugak
Sapa terer buat donut share ngan aku yek
Resepi donut ni aku amik kat blog Kak Dayang
Ni tengok cantik gebu je donut ball Kak DJ
Hmmmm xpe aku xkan patah semangat
Walaupun tadi najlaa cakap..."eiii mama x sedap la"
Uwaaaaaaaaa 

Hasil Tangkapan

Hehehhehe merujuk kepada tajuk di atas dan juga gambo2 di bawah yek
Kengkawan Handasaa ni g menangkap ketam semalam
Hajat dihati mmg nak follow tp apakan daya sudah suratan hahahha cam lagu lak
Darling x berapa sihat asik nak membuang aje...
ada lak kang instinjak di padang pasir
Banyak dorang dapat....3 besen satu baldi x silap
Tengok ni dak Intan sambil tido tu leh tangkap ketam hahhahha

Uwaaaaa jelesnya daku xde di tempat kejadian
Nak baca pasal crabbing aku yg lepas??? SINI & SINI
Sedapnyaaaaaaaaa
Tima kasih le kengkawan korang ingat gak kat aku kan
Dapat gak hasil tangkapan tu
Lom masak lagi...esok la 
Arini menu aku masak taucu ikan kerisi 
Dan juga baby kailan sos tiram

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in