Showing posts with label Sihat. Show all posts
Showing posts with label Sihat. Show all posts

Tulang Rapuh : Cegah osteoporosis dari awal


Anda mengalami rasa sengal-sengal tulang? Ada masanya anda mudah letih dan terasa sakit yang keterlalua jika terjatuh. Adakah ia penangan osteoporosis?

Kebanyakan orang hanya tahu osteoporosis disebabkan kekurangan kalsium dalam tulang. Ia hanya akan menyerang golongan tua sahaja. Tanggapan tersebut sama sekali tidak benar. Malah, osteoporosis boleh menyerang golongan muda seawal usia mencecah 30 tahun! Kenyataan ini harus diambil kira oleh semua pihak bagi memperoleh kesihatan tulang yang baik sejak dari peringkat awal lagi kerana kajian mendapati osteoporosis bukanlah satu masalah bagi golongan tua semata-mata, malah ia juga semakin menular dalam kalangan golongan muda.

KENALI APAKAH OSTEOPOROSIS
Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak mengetahui tentang osteoporosis. Apa sebenarnya penyakit ini? Apabila berlaku bone lost, maka struktur tulang akan menjadi rapuh dan mudah patah. Biasanya osteoporosis dikaitkan dengan golongan tua terutamanya wanita yang berusia 60 tahun ke atas. Penyakit ini menyebabkan tulang mudah patah terutamanya di bahagian bahu, pergelangan tangan, tulang belakang, dan tulang pinggul. Malangnya penyakit ini datang menyerang tanpa sebarang tanda dan apabila sudah dikenal pasti, ia sudah pun berada di peringkat bahaya.

Secara keseluruhan, tubuh manusia disokong kuat dengan tulang rangka. Bayangkan apakah akan terjadi sekiranya tubuh tanpa tulang? Ia umpama belon tiada udara, begitulah keadaan tubuh kita. Tubuh manusia terbentuk daripada 206 tulang dan merupakan tisu paling kompleks dalam tubuh manusia. Tugas tulang adalah untuk melindungi dan menyokong bentuk tubuh seseorang. Tulang rangka menyimpan 99 peratus kalsium tubuh dan merupakan pusat pengeluaran sel darah. Ia nampak keras tetapi sebenarnya tulang terdiri daripada tisutisu hidup.

Terdapat dua jenis tulang (bersifat keras)iaitu:1. Cortical (tulang di bahagian luar)
2. Trabecular (tulang di bahagian dalam)

Tulang-tulang ini dipenuhi dengan kolagen dan mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat. Tulang akan melalui kitaran tersendiri yang disebut proses pembinaan atau pengeluaran semula (remodelling). Dua sel penting yang memainkan peranan dalam proses pembentukan dan penyingkiran tulang disebut sebagai sel osteoblast dan osteoclast. Osteoblast membina tulang manakala osteoclast pula menyingkirkannya ke dalam aliran darah.

Pencegahannya :
1. perbaiki gizi pada makanan dan minuman yang mencakupi gizi lima sempurna yang mengandungi cukup kalsium untuk pembentukan kerangka tulang yang kuat.
2. olah raga yang teratur menjamin tulang dan otot tetap kuat.
3. usahakan untuk mendapatkan sinar matahari selama 30 minit dalam seminggu, untuk metabolisme vitamin D yang dapat membentuk struktur tulang yang kuat.
4. hindari makanan dan minuman yang dapat menyebabkan hilangnya kalsium dari tulang, seperti : daging berlemak, kopi, minuman keras, garam, ubat-ubatan, dan rokok.

Nak tau cara atasi tulang rapuh? SINI

Active Image
Active Image

Tip Rambut Kekal Sihat & Indah

Jika ditanya mana- mana wanita, pasti tiada yang ingin kelihatan tua biarpun sudah berkahwin dan memiliki anak. Sebab itulah pelbagai produk serta rawatan kecantikan diwujudkan bagi memenuhi permintaan wanita yang ingin tampil cantik dan awet muda.

Selain kulit wajah dan tubuh, rambut juga tidak kurang pentingnya. Rambut sihat dan indah dapat dimiliki dengan perawatan yang betul. Pun begitu, merawat dan menjaga rambut agar tetap indah tidak hanya dengan rajin bersyampu atau menggunakan perapi semata-mata. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah dari segi pemakanan. Setiap sel rambut yang tumbuh bergantung pada apa yang kita makan. Jika makanan yang diambil tidak cukup nutrisi, maka sel-sel rambut pun akan rosak.

Selain pemakanan, penggunaan peralatan untuk rambut juga perlu dititikberatkan. Sebagai contoh, sebelum mencuci rambut, sikatlah rambut bagi menghilangkan kekusutan dan kekotoran. Penggunaan sikat yang lembut membantu mengurangkan kerosakan pada rambut. Namun, jangan terlalu lama menyikat rambut kerana ia akan menyebabkan rambut mudah rosak. Menyikat dengan teknik menunduk juga dapat merosakkan rambut. Ini kerana teknik tersebut akan menyebabkan rambut menyimpul dan susah untuk diuraikan.

Selain menitikberatkan soal penjagaan rambut, pengetahuan mengenai jenis rambut dan masalah yang dihadapi juga antara kaedah terbaik yang boleh membantu memelihara keindahan rambut. Sebagai contoh, rambut mengembang berlaku disebabkan oleh udara yang panas dan lembap. Justeru, bagi menjaga rambut supaya sentiasa dalam keadaan lembap harus dititikberatkan.

Sentiasa Lembap
Pastikan anda memilih syampu dan perapi yang mengandungi pelembap. Cucilah dengan cara yang betul supaya rambut tidak berminyak. Hindari mencuci rambut setiap hari, memadai bersyampu dua atau tiga hari sekali. Minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala mampu menjaga agar rambut kekal lembap dan menghindari kekusutan.

Keringkan Rambut Dengan Cara Yang Betul
Untuk menjaga supaya rambut jenis ikal mahupun kerinting secara semula jadi, aplikasikan styling lotion pada rambut yang masih lembap setelah bersyampu dan biarkan sehingga kering.

Hindari menyentuh rambut anda kerana ia akan menyebabkan rambut mudah mengembang. Jika anda ingin membuat rambut nampak lurus, ketika mengeringkan rambut, halakan muncung pengering rambut ke bahagian hujung rambut. Jangan menghalakannya ke atas kerana akan menyebabkan rambut mengembang.

Sapu Minyak Jika Perlu
Sapuan minyak membantu mengatasi masalah rambut kusut. Antara minyak rawatan rambut yang boleh anda gunakan termasuklah minyak jojoba iaitu dua kali seminggu. Ambil kira-kira satu sudu makan minyak jojoba dan sapukan pada rambut yang kering dengan tangan. Lalu sikat perlahan-lahan rambut dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dicuci seperti biasa.

Potong Rambut Ikut Kesesuaian
Hindari membuat layer terlalu banyak kerana ini akan menyebabkan rambut nampak pendek dan tidak rapi. Jika rambut anda ikal atau keriting selain nampak semakin mengembang.

Sumber


Tetap Cantik Tanpa Solekan

Ramai wanita percaya untuk cantik mereka perlu bersolek, berdandan dan mengenakan pakaian yang cantik. Tapi sebenarnya tanpa semua ini anda tetap mampu kelihatan menawan di mata yang memandang. Malah berbekal wajah yang polos tanpa riasan anda akan tampak cantik jika tahu caranya. Ini adalah tip yang perlu anda ketahui:-

Pembersih wajah yang sesuai

Kulit wajah yang terdedah pada persekitaran akan menyebabkan kuman atau bakteria mudah membiak akibat debu dan pencemaran tanpa kita sedari. Kotoran yang melekat pada wajah akan menyebabkan pelbagai masalah kulit termasuklah jerawat dan sebagainya. Selain itu, solekan juga boleh menyebabkan kulit bermasalah sekiranya tidak dibersihkan. Pastikan anda membersihkan solekan setelah lama mengenakannya. Jangan biarkan solekan melekat lebih lama pada kulit wajah.

Cara paling baik untuk membersihkan wajah adalah dengan terlebih dahulu menggunakan pembersih wajah jenis susu diikuti dengan pencuci khusus untuk wajah anda. Sebaiknya elak membasuh wajah dengan air suam kerana ia akan menyebabkan kelembapan wajah menurun. Gunakanlah air biasa saja.

Busana cerah

Jika saban hari anda asyik mengenakan baju berwarna neutral atau kedam, tiada salahnya sesekali menambah percikan warna yang lebih cerah. Warna merah boleh membantu mengembalikan rona segar semula jadi di pipi. Manakala pilihan rona biru atau hijau bagi yang berkulit putih, dapat menyerikan wajahnya.

Air yang mencukupi

Kulit kering membuat penampilan wajah kelihatan lebih tua. Kembalikan wajah muda anda dengan menggunakan pelembap siang hari yang mengandungi antioksida dan vitamin C.

Bahan-bahan tersebut membantu kulit kekal segar dan elastik. Selain itu, waktu yang paling efektif untuk menyapu pelembap adalah ketika ia dalam keadaan lembap terutama selepas anda mencuci wajah.

Bulu mata lentik

Penyepit bulu mata boleh membantu membuat mata terlihat lebih ''hidup'' dengan mudah dan cepat. Hasilnya, mata akan nampak dramatis, terutama jika anda memiliki bulu mata lurus dan panjang. Tapi, jangan sembarangan menggunakan penyepit bulu mata. Sebelum melakukannya, pastikan bulu mata berada dalam keadaan bersih, kering dan belum disapu dengan maskara. Sepit bulu mata bahagian atas secara berhati-hati dengan penyepit berdekatan hujung bulu mata. Tahan selama 10 saat dan ulangi langkah berkenaan jika perlu.

Krim malam

Rawatan ekstra pada malam hari boleh membantu memberikan manfaat lebih bagi kulit. Sapukan krim malam pada wajah untuk membantu melambatkan proses penuaan.

sumber


Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

Boleh makan lagi...


Selepas bersarapan, jangan biarkan perut anda kosong. Ambil biskut gandum, buah-buahan kering atau kentang yang digoreng sendiri (kentang tanpa garam dan digoreng dalam minyak yang sedikit). Membiarkan perut anda kosong bermakna kadar gula dalam darah anda menurun. Ia akan menggalakkan rasa lapar dalam satu tempoh dan akan membuatkan anda cenderung untuk makan lebih banyak selepas itu. Seeloknya, makan sedikit makanan sihat selepas bersarapan.

Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

5 Perkara Jejas Keindahan Bibir

Pesona bibir cukup berperanan dalam penampilan seseorang. Sebab itulah, lipstik antara alat kosmetik yang takkan dilupakan oleh wanita malah sentiasa ada bersama mereka.

Dalam hal ini juga bibir juga memerlukan penjagaan, kerana ia mudah saja terjejas. Ini kerana lapisan bibir sangat tipis berbanding bahagian kulit yang lain. Pada bahagian bibir tidak terdapat kelenjar lemak dan tidak ditumbuhi rambut-rambut halus yang dapat melindunginya.

Berikut ini beberapa perkara yang perlu diperhatikan kerana boleh menyebabkan bibir rosak.

1. Lipstik tidak sesuai
Lipstik atau kosmetik lain untuk bibir yang tidak sesuai atau tamat tempoh akan mudah menyebabkan bibir mengalami masalah seperti gatal-gatal, kemerahan dan sebagainya. Sebaiknya, sebelum membeli barangan kosmetik, perhatikan kandungan yang terdapat di dalamnya. Lihat sama ada sudah tamat tempoh atau jika nampak kandungan sudah berubah warna misalnya, buang atau jangan di guna.

2. Alat kosmetik tercemar
Jaga selalu kebersihan kosmetik agar tidak menjadi tempat pembiakan bakteria, simpan di tempat yang sepatutnya dan bersihkan bibir sebelum menggunakan lipstik agar kotoran yang ada pada bibir tidak berpindah pada lipstik berkenaan.

3. Menggigit bibir
Kebiasaan menggigit bibir, membuka sesuatu menggunakan gigi atau membasahi bibir dengan air liur harus dihindari. Tabiat ini boleh menyebabkan bibir menjadi pecah-pecah dan luka. Sebaiknya, hentikan tabiat ini segera.

4. Gaya hidup tidak sihat
Seiring bertambahnya umur, kandungan kolagen pada bibir ikut menurun sehingga bibir tidak lagi kenyal. Sekali gus menyebabkan munculnya garis-garis halus, kedutan pada bahagian bibir. Ditambah dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan makanan dan minuman tidak seimbang dan sebagainya lagi. Oleh itu, kurangkan mengambil makanan tidak sihat terutama makanan segera, bergoreng atau pengambilan kafein. Selain itu, hentikan tabiat merokok dan banyakkan mengambil buah-buahan dan sayuran terutama yang banyak mengandungi vitamin B dan C yang sangat baik agar bibir terlihat segar.

5. Sinar ultra ungu
Sinar ultra ungu yang terdapat pada sinar matahari ini boleh merosakkan bibir terutama menyebabkan pecah-pecah terbakar, bengkak atau timbul bintik-bintik kecoklatan. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kolagen yang terhasil turut musnah.

Justeru, mudah berlakunya kedutan terutama pada bibir. Sapukan pelembap bibir yang mengandungi SPF 15 jika hendak keluar rumah. Pastikan anda kerap menyapu pelembap terutama bagi yang banyak aktiviti luar.

sumber


p/s: mmg selalu pun pakai pelembab bibir


Coli Tepat, Payu Dara Cantik dan Mantap

Percaya atau tidak, kebanyakan wanita tidak tahu memakai coli dengan tepat . Biarpun telah memakai coli seawal usia 13 ta hun, mereka kurang mendapat pendedahan ata u diajar bagaimana memakai coli yang betul.

Terdapat langkah-langkah yang harus diikuti supaya lemak-lemak yang terdapat pada bahagian dada dapat disembunyikan dan sekali gus menampakkan bentuk payu dara yang cantik dan terletak.

1. Selaraskan tali sehingga ke paras maksimum (anda boleh memanjangkan / memendekkan tali kemudian) dan masukkan tangan anda melaluinya. Masukkan lemak payudara anda ke dalam mangkuk coli dan ketip pada bahagian cangkuk di belakang. Letakkan tali tepat pada bahu anda.

2. Tegakkan tubuh anda. Dengan menggunakan tangan kanan anda, tarik ketulan lemak payudara kiri (dari bahagian bawah lengan) membawa kepada bahagian mangkuk coli agar kedudukan buah dada anda tepat.

3. Kemudian, bongkokkan sedikit badan. Tolak ketulan lemak yang ada di bahagian tulang rusuk dan bahagian atas perut agar masuk ke mangkuk coli supaya lemak itu boleh berkumpul di bahagian hadapan. Goncang perlahan coli ke kiri dan ke kanan agar seluruh lemak payudara anda berada tepat di dalam mangkuk coli.

4. Perlu diingat bahawa tali coli merupakan penyokong pada keseluruhan buah dada. Oleh itu, tali coli harus menyokong buah dada tanpa memberi tekanan kepada bahu. Jika tali penyokong buah dada bahagian belakang anda terangkat, itu bermakna, saiz bra berkenaan tidak tepat untuk anda dan akan memberi kesan yang tidak baik kepada postur tubuh.

Melalui pemakaian coli yang betul, payu dara dada anda bukan sahaja akan nampak cantik, tetapi hasilnya, bahagian belakang dan perut akan nampak lurus dan kedudukan tubuh akan tegak tanpa ada ketulan lemak.

Tip penjagaan coli
Bagi memastikan coli tahan lama, terdapat beberapa cara penjagaan yang harus diambil kira. Ikuti langkah di bawah agar coli anda masih berkeadaan baik dengan jangka hayat yang panjang. Sebaiknya, coli harus dibasuh tangan dan tidak dimasukkan ke dalam mesin basuh kerana akan merosakkan mangkuk coli dan merosakkan daya elastik pada tali coli.
1. Ketip bahagian cangkuk di belakang coli terlebih dahulu.
2. Rendamkan coli tersebut dan masukkan cecair pencuci yang bertindak lembut ke dalam baldi. Elakkan daripada menggunakan pencuci jenis serbuk yang biasanya bersifat keras. Biarkan selama 10 minit.
3. Gosok dengan tangan secara perlahan-lahan. Biasanya coli yang digunakan secara harian tidak mengakibatkan kekotoran yang memerlukan ia perlu diberus atau disental.
4. Bilas dengan menggunakan air bersih. Kemudian, angkat. Jangan sesekali memerah coli anda, sebaliknya memadai dengan melekapkan tangan anda (dalam bentuk genggaman) ke mangkuk coli. Tekan bagi mengeluarkan air.
5. Untuk menyidai, klip bahagian bawah coli pada penyidai. Sidai di tempat yang teduh dan berangin, tanpa mendedahkannya kepada matahari secara langsung.
6. Bagi penyimpanan coli yang tepat, jangan sesekali melipatkannya kepada dua bahagian. Biarpun ia menjimatkan ruang tetapi ia merosakkan bentuk dan mangkuk coli berkenaan.

sumber


Cantik Wanita Di Mata Lelaki

Setiap wanita pasti nya inginkan penampilan menarik dari hujung rambut ke hujung kaki. Malah ada yang sanggup berhabis semata-mata mahukan bentuk kuku nampa k menarik dan bersinar. Semuanya demi kepuasan diri.

Namun ada juga wanita yang mahu kelihatan cantik demi lelaki yang menjadi pasangan hidup mereka. Tubuh yang gemuk dilangsingkan, wajah yang tembam sanggup ditiruskan malah mekap juga ditebalkan untuk kelihatan mampan di mata suami tersayang. Tapi adakah itu kecantikan yang dilihat oleh lelaki? Tentu ramai yang tertanya-tanya tentang definisi kecantikan lelaki buat wanita. Panduan di bawah boleh dijadikan panduan buat kaum hawa.

Dari mata turun ke hati
Cinta yang lahir dari mata turun ke hati, begitu jugalah dengan pandangan hampir setengah lelaki yang mengakui penampilan seseorang wanita yang paling utama adalah matanya. Kemudian barulah pada bahagian bibir. Lelaki kebanyakannya menyukai mata berbingkai hitam. Namun sebahagian besar wanita lebih suka bermain dengan warna-warna cerah untuk pembayang mata. Pilihan pembayang mata dan juga penggaris mata jenis gelap akan membuatkan mata terlihat lebih besar. Sekali gus ia ditujukan kepada pandangan mata lelaki.

Satu fakta menarik adalah wanita secara keseluruhannya menggunakan kedua bahagian otak untuk melihat kecantikan. Sedangkan lelaki hanya menggunakan otak sebelah kanan.

Inilah yang menyebabkan wanita memberi tumpuan lebih walaupun pada benda-benda yang remeh atau kecil termasuklah sedikit lorekan yang tersasar di wajah. Manakala lelaki berbeza kerana mereka memandang kesan yang dihasilkan secara keseluruhan. Justeru, untuk kaum wanita sekalian, anda tidak perlu rasa tertekan seandainya, solekan anda ada yang ‘terkurang’ atau kerana ‘kecacatan’ kecil tersebut jarang disedari oleh lelaki.

Pipi merah jambu
Aliran darah ke wajah membuatkan anda kelihatan menarik pada pandangan lelaki. Kerana itulah, sejak dulu lagi, wanita yang memiliki pipi merah jambu dikatakan sihat dan tidak sakit.

Bagi mendapatkan kesan pipi yang segar, rajin-rajinlah turun padang untuk berolahraga.Selain itu, anda juga boleh menambah sedikit krim pemerah pipi yang akan bergabung dengan warna kulit. Pasti ia sedikit sebanyak menaikkan warna pipi anda sekali gus membuatkan penampilan anda cukup segar dan ceria.

Warna gincu lembut
Wanita sememangnya amat suka bereksperimen dengan warna lipstik. Mereka berasa bosan jika asyik menggunakan warna asas yang sama setiap masa. Pun begitu, berbeza dengan lelaki yang tidak gemar sekiranya wanita menggunakan warna-warna lipstik yang terlalu menonjol atau terlalu mengilap.

Justeru, sebagai panduan apa kata anda cuba lipstik berona lembut. Satu sapuan sahaja mungkin akan menonjolkan warna semula jadi bibir sekali gus menampilkan bibir yang seksi di mata lelaki.

Cantik di hati : Berfikirlah sebelum berkata-kata. Dari kata- kata kita dapat mendapat banyak kawan- kawan dan lawan.

sumber

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in