Selamat Datang 2012

2011 melabuhkan tirai
Setiap kata ada yg terkhilaf
Setiap perbuatan ada yg terguris
Apa yang dilalui dijadikan ikhtibar
2012 bakal menjelma
Semoga hari-hari bahagia menjelma
Pelangi indah tersergam
Mudah-mudahan tahun baru memberi seribu rahmat buat kita semua
Hehehehhee pic selingan

Geng Beskal Handasaa (GBH) Merempit

Huhuhu aktiviti selepas maghrib yek
Anak-anak GBH merempit
Mak-mak lak bergosip wakakakakkaka
Makan-makan..sembang-sembang
Makan sembang camne la tak bulat comei kan
 Sejuk uols siap berstokin ngan glove mikimos
Aku turun bawah pun pakai stokin tak tahan
 Pehhh kemain laju lagi..aku yg gerun karang tergolek mau satu Handasaa bergegar
 Awang ni mmg x reti sejuk...kulit tebal
Pakai jacket berstokin tp tu dia pakai suar pendek je
 Dak Ikhwan sambil mengayuh sambil menyanyi
Kemain riang gembira lagi

Mari Menari Tiger Balm

Hehehhehee rimau menari2 kat blog picisan ku
Memang dah lama perasan pun
Tapi kan plaster rimau ni mmg ada kat umah aku pun
 Nak dijadikan citer
Al-kisah ritu kami g pasar
Kat sini mmg ada la helper dorang akan masukkan barang yg kita beli dalam kotak
Takde la banyak mana pun ayam 2 ekor, ikan sekilo, 
sotong sekilo, udang rimau sekilo...muahahaha sesuai ngan tajuk tiger balm
Bila dh sampai ke rumah tu darling bawak la kotak naik atas
Tatau la camne kan ms dia angkat kotak tu kot la ada terseliuh ke tergeliat ke
Kesian lak aku tengok dah jalan cam apek tua
Memang sakit katanya...sampaikan solat pun kena duduk
Aku pun tampalkan le plaster tiger balm ni
Petang tu dia kata cam kurang sket la tp masih sakit
Malam nak tido aku sapu dan urut2 la pakai losyen gamat panas
Esoknya masih rasa sakit kena la jumpa doktor
Pinggang nak pakai lama tu
Dah 2 hari ni nampak dah baik...alhamdulillah

Eh korang penah ke pakai plaster tiger balm ni?
Aku tiger balm dalam botol tu pun ada
Dulu masa peknen kan najlaa kalau rasa mual ms kat opis aku hidu je tiger balm


Parcel Yang Di Nanti

Huhuhuhu bukan la parcel cam korang kan...beli handbag...
Marsha aku jeles ngan Marc & Jacob kauuuuuu ekekeke
Berakhir gak penantian aku
Almaklum dah makin meningkat usia ni mcm2 la kena beli
VCO & collagen awwwww x sabar nak nampak muda remaja
Sapa nak beli leh order ngan Jieda ataupun MamaTina
Huhuhu ada lagi cotton kurung pahang
Soh makcik classmate kat uitm jahitkan
Aku yg bagi ukuran hahhahaha terbesar lak ke aku yg dah kurus
So x dapat la nak menayang baju
Abaikan muka gumok ni

Pagi...Tengahari...Eh Malam Pun

Huhuhuhu cukup lengkap agenda makan2 kami semalam
Dari pagi kuo bekpes makan roti padahal kat umah ada je roti
Pagi tu ada call gtau parcel dah sampai so kena collect kat RasGas Tower
Citer pasal parcel next entri la yek
Makanya destinasi kena la ke City Center pasal tower tu berdepan je
Darling kata g bekpes aje la kat City Center tu
Hehehehhe selamat xyah check-in dapo
Pas bekpes amik parcel cuci mata jap..tujuan asal mmg cuci mata
Tapi moisturizer lak mmg dh nak abis ekekkee alasan 
Beli la skali toner

Dah puas meronda lapar la pulak kan
Almaklum hampir 1 petang
Haishh takleh lewat karang tertinggal Tentang Dhia
Zassssssss ke Jakarta Restaurant
Pekena nasi ayam penyet

Hehehehhe petang tu kuo lagi g spital jap...next entri gak la
Singgah FFC beli epal ijo..nyummm nak gaul ngan asam boi
Destinasi menuju Barwa Village 
melantak Paratha, grilled ciken lak kat Rotana Restaurant
Muahahhahaha lengkap kan makan-makan kat luar
Hari ni kena la masak!!!

Rumah Tangga Milik Bersama


RumahTangga
Walau sesibuk mana pun anda, berikanlah perhatian sepenuhnya kepada rumah tangga. Hal ini penting agar nanti apabila timbul sebarang masalah, tidaklah anda panik.

Ingat! Jangan sesekali menuding jari menyalahkan orang lain. Namun, ini tidak bermakna yang anda salah. Apa yang boleh dilakukan ialah berbincang bersama-sama untuk memulihkan keadaan. Terlalu ego “Saya yang banyak keluarkan duit untuk semua perbelanjaan di rumah ni, jadi saya lah yang berhak tentukan segalanya. Awak tak ada kuasa, lebih baik awak diam sahaja.” Perkara seperti ini memang sering terjadi dalam rumah tangga ramai suami isteri. Masing-masing ingin menunjukkan kuasa. Hal ini tidak pernah memberi faedah kepada sesiapa sahaja.

Bermula daripada perselisihan faham yang kecil, keegoan akhirnya boleh menyemarakkan api pertelingkahan menjadi semakin besar seterusnya meruntuhkan mahligai perkahwinan yang telah dibina dengan susah payah. Oleh yang demikian, seboleh-bolehnya, elakkanlah diri daripada bersikap pentingkan diri sendiri.

Tahukah anda bahawa pasangan anda sebenarnya adalah rakan kongsi anda. Jadi, bersama-samalah bergabung tenaga agar mahligai yang dibina mekar sentiasa. Setelah mendirikan rumah tangga, jangan sesekali anda terlupa untuk mengungkapkan kata-kata manis dan mesra kepada pasangan. Jika masa bercinta dahulu, berkoyan-koyan kata-kata romantis anda hadiahkan pada si dia, tidak salah rasanya kalau sudah ada anak sedozen pun anda masih kekal membisikkan kata-kata romantis itu ke telinganya setiap masa. Kalau inilah yang anda laksanakan dan berjaya, cukup sepuluh tahun berkahwin, lengkaplah pasukan bola sepak anda berdua.

Sedangkan lidah lagi tergigit. Ini pula suami isteri. Bertengkar dan berselisih faham memang adat berumah tangga. Ada sahaja perkara yang dilakukan oleh pasangan yang boleh membuatkan anda marah. Ya, anda berhak untuk marah tapi pastikan marah anda itu berpada-pada. Jangan “over” pula. Lain yang jadinya nanti. Seeloknya, marahlah dengan cara yang profesional. Bukan dengan menjerit atau enyergah sesuka hati. Kalau marah, pilih masa dan tempat yang sesuai untuk diluahkan rasa tidak puas hati itu. Cara ini tidak akan merugikan anda malah menjadikan ikatan perkahwinan lebih erat.

Hubungan Erat
Bercerita tentang erat, perkahwinan ini bukan sahaja dilihat dari segi dalaman sahaja. Bahkan juga dilihat daripada eratnya genggaman tangan antara anda berdua. Kalau dulu ke mana sahaja nak pergi, tangan si dia mesti digenggam, teruskanlah walaupun usia kini sudah beralih ke peringkat matang. Lagi erat genggaman tangan anda berdua lagi kuat rasa cinta yang akan menyelubungi kehidupan anda berdua. Masa berehat pula, urut-urutlah yang tersayang. Tambah mesra hubungan anda berdua. Masa itu, kalau hendak marah pun tentu tak jadi.

Agar rumah tangga anda sentiasa bahagia, janganlah ada rahsia antara anda berdua. Jika anda ada masalah, ceritakan pada pasangan. Begitu jugalah sebaliknya. Amalkanlah peribahasa lama ini, yang ringan sama dijinjing dan yang berat sama dipikul. Barulah aman rumah tangga yang dibina. Ada orang tinggi, tidak kurang yang rendah. Ada orang cantik dan ada juga yang kurang menarik. Ada yang kaya dan tidak ketinggalan juga ada yang kurang berharta. Walau apa pun keadaannya, semua orang tahu. Manusia memang berbeza. Tidak ada yang sama. Begitu jugalah dengan anda dan pasangan. Belajarlah terima pasangan seadanya. Jangan terlalu meminta ataupun menginginkan sesuatu yang tidak mampu diberikan oleh si dia. Hal ini hanya akan membina jurang antara anda berdua dan akhirnya jurang tersebut menjahanamkan hubungan anda berdua.

Satu lagi perkara yang sering menjadi punca keruntuhan banyak institusi kekeluargaan ialah faktor kewangan. Membiayai perbelanjaan rumah yang semakin hari semakin meningkat kadang kala membebankan buat insan yang bergelar suami. Lantaran itu, si isteri turut turun padang untuk membantu. Namun, tidak semua isteri redha dengan apa yang telah mereka lakukan. Akibatnya, mereka rasakan diri seperti dipergunakan. Lebih-lebih lagi setelah penat bekerja, pagi di pejabat dan malam pula di rumah.
Wahai para isteri, redhalah dengan setiap apa yang anda lakukan. Ingat, niat anda pada mulanya memang baik, bekerja untuk membantu suami. Jadi, apa salahnya jika diteruskan niat yang baik itu. Semua ini bukan untuk orang lain sebaliknya untuk keluarga sendiri. Anggaplah semua yang anda lakukan itu adalah sedekah. Itulah yang sebaik-baiknya.

Ketahuilah bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main. Malah, hanya orang yang “kuat” sahaja berjaya mengharungi onak dan durinya. Rumah tangga yang harmoni dan penuh dengan kasih sayang adalah impian semua orang. Agar impian anda terlaksana, berusahalah sedaya-upaya untuk mencapai hasrat yang murni itu. Semoga anda semua berbahagia dengan keluarga tercinta.

Terjebak Akhirnya

Muahahhaha pengaruh isteri
Aku mmg suka novel dari zaman skolah lg
Masa kije dulu mmg setiap bulan akan spend utk novel
Bila dah kawin ada gak peruntukan dari poket darling ekekeke

Bila dah dok jauh ni masa balik cuti mmg akan ada la yg aku beli
Baru-baru ni darling amik la salah satu novel aku bawak g kije
Huhuhu tp xde la baca smpai habis
Dah 2 malam layan, arini dh start off siap bawak balik tu
Hohohohoho 2 beranak sedang tekun
Ni la dia yg darling dok melayan skang sampai Tentang Dhia pun dah skip

Mana Nak Cari PapaZola

Korang kenal tak PapaZola
Adoyaiiii mana le aku nak cari mende alah ni
Dak kenit request dan yg papa leh buat hanyalah "janji manismu"
Concentrate yek... dengan susu..cococrunch lagi

13 Cara Jadi Pasangan Romantik

Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tapi, semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup bahagia.

1. Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.

2. Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.

3. Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.

4. Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.

5. Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya.

6. Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.

7. Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.

8. Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.

9. Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.

10. Sentiasa cari masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.

11. “Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.

12. Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.

13. Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya

Cantik Di Hati

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, 
membuat orang tidak percaya menjadi percaya, 
dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

Celcom Punya Pasal

Adoyaiiii kemain lama aku bergayut kat telpon
Kalau bergayut ngan laki sendiri lain arrr
Ni sumer gara-gara prepaid reload via cimbclicks
Semalam dah top up tp still pending
Almaklum jangka hayat no telpon mesia dh nak mati
Kena la bg nyawa kan banyak urusan aku dengan no celcom ni

So mula-mula call cimb mamat yg pick up tu check 
dia kata dah tolak dah amount alaaa 50 hengget je pun
Jadinya dia soh aku call celcom utk check
Ok..takpe2 aku call celcom lak
Awek ni check dia kata pending lagi takde pun payment
Bila aku ckp status kat cimbclicks success, dia soh aku fax
Huhuhu celah mana lak nk cari mesin fax kan
So aku kata nak email je pastu attached skali transaksi
Pastu dia soh call semula pas email
Aku cakap kang nak berhubung ngan sapa lak?
Customer service kan raaaamaaaaaaaaaaiiiii
Awek tu cakap xpe dia dah issue dah masa'elah aku ni
Maknanya sesapa yg jawab phone aku akan tau
Pas isi form bagai kat contact us tu aku call semula
Huwaaaaa kena soal jawab lagi 
Bape kali mau ulang daaaaa
Aku yg mmg cepat naik darah ni jawab td kata soh call balik ni dah call
Kata dah issue bagai
Huhuhu awek yg ni mesti maki dalam hati
Dia kata xpe dia pas ke ejen
Ejen 007 ke hape ni
Dan buat sekian kalinya aku kena menunggu
Dengar lagu..........
Pastu awek mana ntah Puan Norlela ye
Sekejap ye saya pass line
Muahahhaha dengan riang gembira aku menunggu dan dengar lagu
Akhirnya mamat nama Osman jawab panggilan aku dengan berhemah
Dia kata masih pending, so dia mintak aku call balik cimb
Aku seperti biasa dah nak jadi rimau Malaya
Aku kata la ni bukan pestaim aku wat reload dihujung jari
Dia jawab kalau saya boleh tolong saya buat dari A-Z
Katanya takut ada technical problem masa aku wat urusniaga
Hahhahaha sejuk sket

Aku pun call la balik cimb
Ramai btul call cimb rini telefonis bz
Panggilan berjawab la pas lama aku menunggu
So dia amik la aku punya report
Bila dia check mmg ada transaksi cuma pending
Agaknya tersangkut kat mana2 kot Malaysia-Qatar kan jauh hehehhee
Walaupun dia dah buat report aku still gak anto email ke cimb
Katanya dalam masa 24jam le
Eh korang pernah tak berdepan dengan masa'elah camni


Rahsia Awet Muda Untuk ''Hot Mama''


Sihat Segar
Anda tidak berupaya untuk mengurangkan jumlah umur yang bertambah saban tahun. Sebaliknya, anda mampu melakukan sesuatu untuk mengawet usia.

1. Makan Buah Dan Sayur
Kandungan vitamin C dan beta karotena di dalam buah dan sayur sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah. Kedua-dua sumber penting ini berfungsi sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk memasak sayur hanya dalam tempoh yang singkat agar khasiatnya tidak hilang. Manakala, buah pula lebih enak dimakan segar.

2. Amal Ulam-ulaman
Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan kandungan galian seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium. Selain itu, ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Malah, ia turut mempunyai bahan anti-bakteria dan antioksidan.


3. Ambil Vitamin C
Sumber vitamin C boleh anda peroleh daripada buah-buahan segar terutamanya oren, sayur-sayuran berwarna hijau seperti brokoli atau suplemen sebanyak 1000mg sehari. Vitamin C terbukti dapat meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan risiko kanser dan melindungi tubuh daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran.

4. Jaga Kesihatan Kulit
Retinoids dapat mengurangkan kedutan! Jadi, banyakkan mengambil makanan yang mengandungi retinoids seperti lobak merah. Menerusi cara ini, ia membantu pH permukaan kulit seimbang dan mengurangkan tahap keasidannya. Selain itu, coklat dapat membantu anda Mamemperbaiki tekstur, ketebalan, kadar air, dan aliran darah pada kulit anda.

5. Makan Antioksidan
Antioksidan merupakan makanan anti penuaan. Semua jenis makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan. Antaranya, tomato dan brokoli. Oleh itu, anda disarankan mengambil lima jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari.


6. Banyakkan Serat
Menjaga kesihatan sistem pencernaan merupakan salah satu kunci untuk awet muda. Untuk itu, anda memerlukan 25g serat setiap hari. Serat bertindak sebagai penjaga zat pemakanan yang anda ambil di dalam tubuh dan ia hanya melepaskan zat-zat itu apabila diperlukan. Serat boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

7. Minum Air Kosong
Minum enam hingga lapan gelas sehari agar kulit terhindar daripada masalah dehidrasi. Ia baik untuk melancarkan aliran darah yang membawa oksigen dan sumber tenaga ke seluruh organ-organ tubuh. Dengan meminum air kosong yang mencukupi juga, anda berupaya untuk mengurangkan tekanan dan menyegarkan kulit.

8. Diet Seimbang
Kalori berlebihan akan menjejaskan metabolisme tubuh. Maka dengan itu, ambillah diet kalori seimbang dengan jumlah karbohidrat kira-kira 50 hingga 60 peratus, protein 10 hingga 20 peratus dan lemak 20 hingga 30 peratus Jadi, jumlah kalori keseluruhan yang diperlukan setiap hari adalah sekitar 1,500 kalori.

9. Makan Sedikit Tetapi Kerap
Amalan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil setiap empat hingga lima jam dapat memperbaiki tahap metabolisme. Melalui amalan ini juga, organ dalam tubuh dapat berfungsi dengan lebih efektif agar ia tidak mudah rosak dan menjejaskan kesihatan anda.

10. Rajin Makan Ikan
Ikan laut kaya dengan kandungan lemak omega 3 yang berupaya menurunkan kadar lemak. Ia secara tidak langsung dapat mencegah komplikasi pembuluh darah sempit. Untuk itu, anda digalakkan untuk mengambil ikan laut 3 kali seminggu.

11. Minum Susu
Susu merupakan sumber kalsium terbaik yang bermanfaat menguatkan tulang agar tidak mudah rapuh. Asid lemak susu pula berperanan menjaga kelembapan dan menghaluskan kulit.

12. Kurangkan Daging
Daging merah mengandungi radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel tubuh. Jadi, ambil daging hanya seminggu sekali atau dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

13. Bersenam Secara Teratur
Kadang kala agak sukar untuk anda meluangkan waktu untuk bersenam setelah seharian bekerja. Namun, anda tetap disyorkan untuk berusaha melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu agar kesihatan anda tetap terjaga. Anda boleh berbasikal, berenang mahupun joging. Dengan bersenam, bukan sahaja otot dan tulang menjadi kuat. Lebih daripada itu, kulit mampu menjadi tegang.

14. Cukup Tidur
Tidur yang cukup membantu tubuh memperbaiki sel-sel yang rosak. Maka, usahakan untuk tidur minimum 8 jam sehari. Dengan itu, ia dapat menghindarkan masalah lebam bawah mata, kulit berkedut dan wajah kusam.

15. Gunakan Pelembap
Agar kulit anda kekal segar dan lembap, gunakan pelembap kulit di wajah dan tubuh. Pilih pelembap yang bersesuaian dengan mengolesnya dua kali sehari secara rutin, pagi dan malam setelah mandi.

16. Gunakan Pelindung Matahari
Sinaran UV pada matahari boleh mengakibatkan proses penuaan seperti menyebabkan kulit wajah berkedut. Jadi, lindungi wajah dengan menggunakan losen pelindung matahari secara teratur setiap kali perlu melakukan aktiviti di luar kawasan rumah.

17. Pilih Kosmetik
Akibat salah memilih produk kecantikan, ia boleh memberi kesan buruk pada wajah anda. Jadi, kenali dahulu jenis kulit dan gunakan produk yang sesuai. Jangan terpengaruh dengan iklan tertentu. Hanya gunakan produk kosmetik yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit anda.

18. Berfikiran Positif
Fikiran yang tenang dan positif sangat berpengaruh dalam memastikan anda kekal muda. Hal ini kerana tekanan boleh menyebabkan wajah anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Maka dengan itu, sentiasalah berfikiran positif dalam mengatasi apa jua masalah yang dihadapi.

19. Bersosial
Aktiviti sosial adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Jadi, jangan hanya duduk memerap di rumah. Sebaliknya, luaskan jaringan sosial anda dengan menghabiskan waktu terluang melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah yang berfaedah untuk kesihatan tubuh dan minda juga.

20. Selalu Bahagia
Berasa bahagia akan membuatkan anda kelihatan muda. Dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, usahakan untuk menghindari diri daripada tekanan agar wajah lebih berseri-seri dan lebih muda daripada usia sebenar.

Memeriahkan Suasana Sempena Qatar National Day

Hamboiiiiiiiiiii kemain panjang tajuk kan
Untuk pengetahuan pengunjung blog MamaNajlaa
18 Disember adalah Qatar National Day
Benonya plan asal pepagi nak le ke Corniche tengok perarakan
Darling kije malam so baru balik le pagi tu
Dah berjanji nak bawak anak bini jalan kaki
Tapi nan adoooo
Balik kije makan bihun dan zzzZZZZZZZZzzzz
Adoiii kaki aku dah bengkak ni
Sepatutnya mmg la off 4 hari tp dah 1st day off berkampung kat spital
2nd & 3rd day kena OT buat tampung nak beli handbang aku hahhaha
Maknanya tinggal hari ni je la (18 Dis) untuk berpoya
Tapi kul 2 petang baru bangun tu pun pas aku buat onar macam2 bunyik

Akhirnya kami kuo la cari makan kat Restoren Jakarta
Hah kat sini terjumpa LM 
Bukan tu je Zai rakan seperjuangan menyoping tudung Fareeda pun ada
Dorang dah habis makan aku baru sampai
 Dan seperti dijanjikan pas makan kami g bersesak kat Corniche jap
Saja tengok gelagat dorang sambut hari kebangsaan
 Macam-macam perangai oooo
 Nampak tu siap conteng gambo jumjumaton tengkorak lagi


Kemain semangat lagi najlaa
Bendera ngan kain tu company darling yg bagi
Last year dapat gak
Tahun ni dapat ngan casing blackberry...tp kami bukan pakai BB pun hehehe
Aku nak gak nyibuk dalam entri ni
Dak kenit la heboh macam2 gambo dia snap

Malam ada pertunjukan bunga api...aku x g pun
Dari rumah nmpak la sipi2 cahaya
Meh tunjuk kat korang
Aku amik kat youtube





Milkadeal iPad 2 Case

Mencuba membeli tp asik x lepas aje
Ntah le maybe peak hour kot
So cuba lagi buat akhirnya berjaya
Nampak kat blog MZ meleleh ngan kaler pink
Dan aku berkenan kaler cekelat
Voucher dah beli lom redeem je...
huhuhu ne tau tetiba bertukar fikiran nak kaler lain
Kat doha casing Targus reganya QR300++
Tak dapat targus dapat yg lain pun ok gak kan
Sape nak beli lom terlambat ada 3 hari lagi ni SINI

Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu....5 Tahun Sudah

Alhamdulillah 5 tahun usia perkahwinan
16 Disember 2006 tarikh bersatunya cinta kami
Insyaallah mudah-mudahan kasih sayang kami hingga ke syurga

"Ya Allah, Tuhan yang menyatukan dua hati ini
Engkau campakkanlah ke dalam hati kami perasaan kasih sayang
Antara satu sama lain sebagaimana engkau satukan hati
Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah R.A"




 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in