Showing posts with label Cerita Najlaa. Show all posts
Showing posts with label Cerita Najlaa. Show all posts

Homemade Popcorn

Movie Time
Setiap hari rabu ada "weekly activity"
Antaranya buat poster, buat sandwich, deko cupcake etc

Makanya untuk hari rabu ni menonton wayang
Dapat memo untuk bawa sepaket popcorn
Kat rumah pun memang ada jagung kering
Ayuh la kita meletop-letopkannya
Cekot dalam 3 genggam je
Jadi le kan huhuhu
Dapat le sebekas tu penuh menimbun
Sebahagian dah dimakan anak-anak
Ni masa proses meletopkan jagung
Ni selepas dikaramelkan
Pastu bakar la dalam oven
Gambar Najlaa dan kengkawan
Ticer la yang snap dan upload kat "Class Dojo"
Tengok movie citer "The Good Dinosaur"
Hehehe walaupun dah berkali-kali tengok kat rumah tapi kakak kata enjoy bersama kengkawan

Raikan Cinta...Eh Bukan Raikan Hari Jadi Je

Alhamdulillah 1 Oktober 2015, genap usia Najlaa 8 tahun


Ya Allah Ya Karim...
Kurniakanlah kepada anak-anak kami akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat. 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....
Jadikanlah anak-anak kami, anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang berbakti pada orang tuanya, mencintai Rasul dan taat kepada-Mu.

Ya Allah Yang Maha Pencipta....
Kurniakanlah kepada anak-anak kami kesihatan , kecerdasan, dan pertumbuhan yang sempurna.

Ya Allah Yang Maha Pelindung.....
Lindungilah anak-anak kami dari segala macam penyakit dan musibah.

Ya Allah Ya Razaaq....
Bukakanlah pintu-pintu rezeki bagi anak-anak kami, baik rezeki yang sudah kami duga maupun rezeki yang tak kami duga.

Ya Allah Ya Qadir....
Panjangkan usia anak-anak kami dan jadikanlah anak-anak kami manusia yang penuh kegunaan bagi sebanyak-banyak umat dikemudian hari kelak....
Aaamiiin...


Memandangkan papa kat site sapa lak nak g tempah kek
Macam tahun lepas sambut kat sekolah
Kek kena tempah 2/3 hari almaklum beso kan untuk santapan dalam 30 orang
Makanya untuk tahun ni sambut anak-beranak je kat umah
Beli je yg ready-made kat bakery
Sebelum tu g makan-makan dulu kat KFC
Kat sini sos cili memang takde
Segala fast food serve dgn sos tomato
Hahahaha sebemban aku bwk sos cili life  KFC Malaysia
Ni je gambo berempat yg macam ok
Macam apa je susah betul nak snap
Haishhh la Najwaa heboh nak pegang api lilin
Happy Najlaa
Najwaa pun hepi...senyap dapat makan kek
Nak comot ke apa mama biarkan je
Janji senyap
Kek blackforest je
Seperti biasa kena la entrpremmmm

Jatuh Pulak

Ni cerita minggu lepas
Jumaat kan cuti dengan rajinnya si emak bawak anak-anak sarapan kat bawah
Dah lepas makan main pulak
Tengah leka layan si onteng kinteng Najwaa, nampak Najlaa dh tergolek jatuh
Meleleh la air mata tu
Tangan najlaa pun nampak ketar
Dia kata sakit
Balik umah tu urutkan dengan minyak anugerah, 
bg makan ubat "brufen" untuk tahan sakit
Dari jumaat sabtu ahad najlaa kata rasa sakit tp xde la melalak meraung
So ahad lepas sekolah gi la hospital
Lepas x-ray doc paed soh rujuk ke ortopedic
Tapi masalahnya doc plak takde
So buat appointment hari isnin
Ni hah Dr Mary
Katanya ada sket la retak kat siku kiri tu
Bubuh la arm sling ni
Kat sekolah pakai la supaya kawan-kawan alert tangan tu sakit
Masih boleh menulis tp slow la
Almaklum kidal tangan yg sakit kiri lak tu
So far kat sekolah ok je
Kengkawan pun kata najlaa tolong bukak lunch box
Hehehehe bekal pun aku buat yg senang je mcm roti, nugget
Tu hah dia bebola biru
Najlaa jatuh dari bola biru tu le
Ni sebelum kejadian la
Harap xde pape la, sampai le hari aku menaip ni najlaa kata sakit lagi
Tatau la kot perasaan dia ke kan
Takpe minggu depan hari isnin ada follow up dengan doc


Nama Baru Nutella

Assalamualaikum
Hollaaaa
Salam siaran uollssss

Hahhahaha nampak ni nama kat botol nutella
Personalized jar
Miahahahahaa walaupun dalam list nutella nama Najlaa xde tapi Najla pun boleh je

https://www.nutellanewname.com 
Pegi je kat link atas pastu taip le nama n boh email
Nanti nutella page tu anto le image tru email
Download n print
Potong n tampal
Siap!!!

UAE National Day Celebration

Salam semua
Dah lama x bersiaran
Kekangan waktu katanya hahahahaa
Dah lama dok terperap dalam draft segala gambar

Meh la nak stori-mori
Al-kisahhhhhh
Ni masa UAE National Day
Nak pakai costume hehehhe
Tadaaa paling senang pakai abaya
Reben ada kaler UAE merah putih hijau 
Aksesori tambahan rantai manik dan klip rambut ikut tema gak
Najlaa dan kengkawan kelas
Antara persembahan anak-anak International Jubilee Private School
Hehehhee jadi la dpt mug
Contest buat UAE greeting card
Memandangkan class masing2 ada party 
Si emak pun buat la kek minyak
Konon nk bg kaler ala-ala UAE la merah putih hitam hijau
Kihkihkih x jadi sangat pun
Yang jadi hitam tambi nun terlebih garing lak
Seb baik sedap


Dilanda Kebosanan

Huhuhu nak buat camne dapat cuti sakit mmg kena dok umah je
Najlaa dah bosan
Online homework dah siap
Selain ngadap tv dengan ipad
Keluar soping barang dapo belikan sekali menda alah ni
Untuk conteng muka xleh lagi 
tunggu dah ok dari chicken pox baru boleh touch up
Bagi t-shirt putih, fabric paint
Conteng la ikut suka
Hasilnya tapak tangan atas baju
Hi5 hehehehe
Boleh la najlaa janji terhibur

Ni hah lagi satu yg dibuat
Lekatkan beads
Mentang-mentang duduk Abu Dhabi...
Pasni kena soh buat Malaysia lak
Seminggu mc hari ni dah sekolah semula
Semalam pun ke hospital check kondisi chicken pox
Doc kata dah kering n boleh la sekolah
Fuhhh senyum lega kakak najlaa 
Pasni macam-macam aktiviti kat sekolah boleh buat

Kena Chicken Pox Pulak

Salam semua
Sabtu lepas si Najlaa g amik neb kat spital
Malamnya tu kokol batuk sampai le pagi
Pepagi sabtu bangun tido tu kempis-kempis perut batuk punya pasal
Nasib baik papa kat umah lagi
Sampai melengkung hahhahahaa
Dah pesan siap2 kat darling mintak unat ubat untuk nebuliser
Sok lusa senang aku kerjakan
Nah...macam balik soping ubatnya
Sebelum nak tido tu buatkan dulu sekali
Hehehehe lepas tengok JDT vs Pahang
Si Najwaa heran dan pelik nampak asap kuo dari mulut hidung kakak

Hari ahad sekolah seperti biasa
Hari isnin lepas mandi nak ke sekolah, najlaa cakap badan dia ada biji merah
Bila aku check tu dia banyak 
Kat bakang badan ada yg pecah
Pagi tu call teacher bagitau najlaa tak datang, maybe chicken pox ku kata
Hohohoho rupanya dalam kelas mmg ada 2 murid yg dah mc chicken pox

Makanya pagi tu makan aje la bento yang dah aku sediakan
Dalam pukul 8.50 pagi gegas le ke bawah angkut anak-anak naik teksi g hospital
Suami mana?
Kat site padang pasirun call x dapat la pulak
Takpe la kan bukan x reti naik cab pun
Harap memang x lama la tunggu pasal xde wat appointment kan
Masa nak register tu aku gtau sesiap najlaa chicken pox 
Doktor pun x sampai lagi
Kat Burjeel Hospital ni doc ada kul 9.30 pagi
Sementara menunggu bergumbira dulu si onteng-kinteng ni

Lepas doc check mmg confirm chicken pox
Dapat la calamine lotion dgn syrup allergy
Minum la air kelapa dalam keterpaksaan
Boleh la dari takde kan...walaupun air kelapa kotak
Hari ke-3 banyak gak yg keluar
Minum kelapa dalam tin lak yg ni siap ada isi sekali
Moga cepat la sembut
Cian kakak semalam ada sport day
Baju kaler merah dah beli tp nk war cane xleh join
Kita balik Malaysia nanti wat sport day dgn kazen-kazen aje la huhuhu

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in