Salam 7 Ramadan
Pejam celik seminggu dah berpuasa
Ehh tak lama je lagi nak balik Malaysia
Yahoooo
Semalam menu buka puasa ada penyejuk anak tekak
Puding Kastad Koktel
Nyaman betul masuk kerongkong
Panas uollsss
Nak keluar pun fikir seploh kali
Tapi semalam memang kena turun kedai
Beli koktel
Tidokan Najwaa, pastu pesan Najlaa tengok2 adik
Tak daya la nak bawak budak berdua pepanas ni
Ehh ada yg mintak resepi
Boleh je aku pun amik resepi dari blog Kak Yatie
Bahan-bahan puding
- 1 cwn tepung kastard
- 5 cwn air
- 1/2 cwn susu cair
- 1/2 cwn gula
Cara-cara
- Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
- Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
- Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
- 1 tin koktel buah2an ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
- 1 tin susu cair
- 1 tin air biasa (air masak)
- 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
- Ais secukupnya
Bahan Utk Kuah
Cara-Cara
- Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
- Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang koktel dan susu.
- Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur koktel buah2an.
- Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.