• Ikan Salmon
Ikan ini sangat kaya dengan vitamin dan protein yang bermanfaat untuk tubuh dan kulit manusia. Ikan salmon kaya khasiat omega 3 yang boleh membantu menjaga pori-pori kulit anda dari kotoran. Selain itu, ikan salmon juga mengandungi selenium yang boleh melembutkan kulit dan membuat kulit nampak bersinar.
• Kacang Almond
Pilihlah kacang almond menjadi kudapan Anda. Selain enak, ia juga sangat baik untuk kulit. Kacang almond mengandungi omega 6 dan omega 9 yang boleh membuat elastisiti kulit kekal kenyal dan lembut. Vitamin E dalam kacang almond juga berperanan sebagai antioksidan yang membangunkan kolagen dan melindungi kulit dari bahaya sinar ultra lembayung.
• Minyak Zaitun
Bukan rahsia lagi minyak zaitun sangat kaya akan vitamin. Minyak ini bagus untuk kulit kerana kaya vitamin E dan antioksidan yang boleh melembutkan dan mempercantik kulit.
• Strawberi
Buah yang satu ini rendah gula dan kalori namun tinggi antioksidan, vitamin C yang terkandung dalam strawberi sangat baik untuk menjaga kulit agar kekal sihat. Strawberi mengandung alpha-hydroxy acid yang boleh menciptakan kolagen semula jadi dalam tubuh dan mengurangi sel-sel kulit mati.