Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Memaknakan Budaya Balik Kampung Di Aidilfitri


Menjelang 1 Syawal, ibarat satu kewajipan untuk umat Islam di negara ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Kala inilah mereka berpeluang bertemu ibu dan ayah serta sanak-saudara yang masih ada. Budaya sebegini sudah diterima pakai sejak dari dahulu lagi, malah ia semakin dinikmati bukan sahaja oleh umat Islam malah bangsa lain turut melakukannya.
Persoalannya adakah budaya balik kampung itu dapat menghidupkan roh Aidilfitri sebagaimana yang dituntut oleh agama? Atau kepulangan anak cucu itu sekadar memenuhi tuntutan bercuti panjang di Hari Raya.
Mencari makna di sebalik budaya pulang berhari raya perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam, agar kepulangan itu bukan sekadar pulang kosong tanpa pengertian. Bagi mengupas isu yang diketengahkan ini MW berkesempatan menemu bual Prof. Madya Hj Mohd Nor Mamat dari Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa pandangan dari orang ramai.
Jadi ikutan bangsa lain Menurut Prof. Madya Hj Mohd Nor, di kalangan umat Islam di Malaysia, budaya pulang ke kampung bermula dengan sambutan Aidilfi tri yang lama-kelamaan menjadi ikutan oleh bangsa lain. Ia menjadikan acara pulang ke kampung semasa cuti perayaan seperti satu budaya di negara ini.
Secara menyeluruhnya, ia bukanlah satu tuntutan agama kerana Islam tidak mengatakan perlu balik ke kampung apabila tiba Hari Raya. Tetapi Islam itu sendiri menyuruh umatnya mengamalkan konsep ziarah-menziarahi.
Ketika di zaman Rasulullah S.A.W, baginda keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid melalui jalan yang lain dan akan pulang ke rumahnya dengan menggunakan jalan yang lain.
Semasa dalam perjalanan pulang itulah baginda akan menziarahi rumah-rumah yang ada di sepanjang perjalanannya itu. Baginda tidak mengunjungi kediaman semasa perjalanan pergi ke masjid kerana mahu segera sampai ke sana, jadi semasa bertemu orang ramai di sepanjang jalan itulah baginda akan bertegur sapa. Amalan Rasulullah S.A.W yang pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan berlainan ini adalah sebahagian dari sunahnya.
Dalam konteks sekarang ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di bandar malah ada sebahagiannya telah membawa ibu bapa berhijrah untuk menetap di bandar bersama mereka. Berkemungkinan trend pulang berhari raya di kampung akan berubah dan sambutannya berpindah di bandar. Namun, trend ini tidak akan berlaku dalam tempoh masa terdekat, ia mungkin akan memakan masa dari 5 ke 10 tahun lagi. Walau bagaimanapun, trend balik kampung ini masih kekal.
Budaya balik kampung di kalangan umat Islam ini juga disebabkan adanya faktor yang menarik untuk mereka pulang misalnya adanya ibu bapa yang masih menetap di kampung-kampung ataupun sesetengahnya menetap di bandar tetapi masih mempunyai rumah induk untuk mereka diami ketika berkumpul bersama adik-beradik atau ahli keluarga.
Menurutnya lagi, seharusnya roh Aidilfitri itu sentiasa subur di kalangan umat Islam. Budaya balik kampung perlu selaras dengan tuntutan agama yang menuntut anak-anak bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa, adik beradik malah sanak saudara yang berada di kampung.
Seandainya di kampung itu sendiri tiada elemen yang dapat memanggil kepulangan individu misalnya ketiadaan ibu bapa, tiada rumah induk dan sebagainya, budaya balik kampung boleh terhakis sedikit demi sedikit.
Tiadanya elemen yang menarik inilah membuatkan sesetengahnya membuat keputusan untuk melancong di Hari Raya. Sudahnya cuti Aidilfi tri itu tidak lagi memberi makna sebaliknya sekadar cuti biasa sahaja.
Isi Dengan Aktiviti Bermanfaat
Bagi menghidupkan pengisian budaya pulang ke kampung ini kata Prof. Madya Hj Mohd Nor disarankan agar masyarakat bandar yang pulang perlu membuat perancangan atau program khusus yang dapat mengumpulkan adik-beradik dan sanak saudara.
Kesibukan kerja membuatkan adik beradik sukar untuk berkumpul dengan adanya cuti panjang itu mereka boleh memilih satu tarikh di Hari Raya untuk menganjurkan satu program perjumpaan adik-beradik. Dalam program itu perlulah diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika di bandar, program sebegini dinamakan Hari Keluarga. Tidak salah program seumpama itu dianjurkan semasa Hari Raya dengan cara yang lebih profesional.
Jika dahulu, masyarakat kampung akan berjalan beramai-ramai menziarahi dari satu rumah ke satu rumah. Sekarang ini ia tidak lagi menjadi amalan yang wajib. Program perkumpulan adik-beradik dilihat dapat meneruskan tradisi itu. Walaupun caranya berbeza ia tetap mempunyai objektif yang sama.
Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membawa anak-anak menziarahi saudara mara di kampung. Dengan itu, silaturahim tidak akan terputus dan anak-anak dapat berjumpa dengan saudara mara mereka. Jadi tali persaudaraan akan terus dijalinkan. Seharusnya roh Aidilfi tri itu tidak dihilangkan dari dalam diri setiap umat Islam.
PANDANGAN ORANG RAMAI
Cara Gembirakan Hati Ibu Bapa
Bagi Mahani Sulaiman, acara balik kampung amat digalakkan terutamanya untuk bertemu dengan ibu bapa kerana kedua insan ini selalu mengharapkan kepulangan anak-anak mereka.
“Selagi ibu bapa masih ada, eloklah anak-anak sentiasa balik kampung bila berkesempatan. Gembirakanlah hati ibu bapa sementara mereka masih lagi hidup. Saya sebagai seorang ibu juga sentiasa mengharapkan anak-anak akan balik kampung bila tiba hari raya.
“Saya akan sedih kalau anak-anak saya tidak balik ke kampung kerana biasanya pada hari tersebut saya akan masak banyak makanan yang menjadi kesukaan mereka. Saya sendiri, sewaktu ibu bapa masih ada, akan pulang ke kampung pada hari raya.
“ Tetapi sekarang ini apabila mereka telah tidak ada, saya hanya balik ke kampung mentua yang terletak di Perak. Saya jarang balik ke kampung saya sendiri kerana perasaan seronok itu tidak ada apabila orang tua sudah tiada.
“Kadang-kadang ada sesetengah anak enggan balik kerana tidak ada duit. Tapi sebenarnya ibu bapa bukan mahukan duit anak-anak tetapi hendak berjumpa dengan anak-anak bagi melepaskan rindu.”
“Apabila balik kampung juga, kita dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga dan sanak saudara. Biasanya sewaktu balik kampung ini juga, saya akan mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan ahli-ahli baru dalam keluarga kepada sanak-saudara. Selain itu saya juga akan pastikan anak dan cucu mengenali sanak saudara mereka.”

9 HADIAH TANPA BAJET ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Setiap kali sambutan ulangtahun kelahiran ataupun ulangtahun perkahwinan, Kamila pasti akan menerima hadiah daripada suami tersayang. Pelbagai hadiah yang diterimanya termasuklah barangan kemas, gajet serta barangan keperluan diri. Malah sebut sahaja apa yang dikehendaki pasti suami akan memberikannya tanpa banyak soal.

Kadang-kadang tidak semestinya Kamila menerima hadiah sempena ulang tahun kelahiran ataupun ulang tahun perkahwinan, tetapi juga pada hari-hari biasa. Ternyata kasih sayang serta rasa cinta suami tertumpah pada dirinya seorang. 

Sememangnya pemberian hadiah merupakan salah satu cara untuk menarik hati pasangan. Malah ia juga boleh mengeratkan hubungan sedia ada terutama suami isteri. Jika mampu boleh memberi hadiah yang mahal harganya atau sebaliknya. Namun itu tidak penting kerana yang paling utama adalah ingatan serta tanda menghargai terhadap yang tersayang.

Namun begitu, pernahkah kita terfikir sebenarnya tidak perlu mengeluarkan belanja untuk pemberian hadiah ini. Ini kerana pemberian hadiah bersikap subjektif. Ada hadiah yang murah dan senang untuk diberi. Malah ia lebih bersikap praktikal dan selalu kita berikan. Cuma ada kalanya kita tidak perasan. Terdapat beberapa pemberian hadiah yang bukan sahaja bernilai tetapi lebih menggambarkan betapa sayang dan kasih pada pasangan.

1. Hadiah mendengar
Ini merupakan hadiah yang mudah diberi dan diperoleh. Berikan sahaja hadiah ini kepada yang memerlukan dan anda pula hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Seelok-eloknya jangan mencelah ketika pasangan sedang berbicara, lebih-lebih lagi membabitkan hal serius. Jika pasangan bijak menutur kata, andalah pendengar yang bertuah. Ini kerana dengan mendengar penuh khusyuk adalah satu hadiah yang dapat menjaga hati pasangan secara peribadi.

2. Hadiah tanda kasih
Hadiah ini lebih istimewa kerana ia lebih membabitkan sentuhan. Secara peribadi, sentuhan memainkan peranan penting dalam merapatkan satu-satu hubungan. Bagi anda, jangan kedekut untuk memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan terhadap pasangan anda. Sebenarnya perbuatan sekecil ini mampu menunjukkan kasih anda secara tersurat. Ia tidak perlu diucap dan merupakan hadiah yang paling berharga. Misalnya memberi ciuman ketika mahu pergi kerja dan sentiasa memegang tangannya ketika keluar berjalan-jalan.

3. Hadiah sehelai nota
Nota ringkas seperti 'saya sayang awak' atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Kalau boleh letakkan nota ini di tempat yang tidak disangka oleh pasangan kita seperti di poket baju, depan cermin kereta atau dalam kasut. Ia adalah cara terbaik untuk menunjukkan kasih sayang anda padanya. Terutama bagi yang sibuk dengan urusan kerja di pejabat dan masa yang ada bersama berkurangan. Nota kecil yang mempunyai makna besar ini secara tidak langsung memberi semangat dan pengertian bahawa anda benar-benar menyayanginya. Tidakkah itu hadiah paling mudah untuk dilakukan?.

4. Hadiah ketawa
Hadiah ketawa paling mudah dilakukan namun anda harus pandai membuat pasangan ketawa. Jangan tersilap hingga dia menganggap seperti lawak bodoh. Berikan kepadanya sesuatu yang lucu seperti gambar kartun atau artikel lucu. Mesejnya seperti 'saya suka bersama awak'. Sekurang-kurangnya hatinya terhibur tatkala membaca mesej yang disampaikan. Mana tahu pada masa itu pasangan tengah marah dan bengang, lawak anda akan menjadikan dirinya bertambah bengang. Lihat situasi dan ketawa boleh menjadikan rumah tangga bertambah ceria dan bahagia.

5. Hadiah puji-pujian
Puji-pujian merupakan satu perkara yang sangat senang diberi tetapi jarang dilakukan pasangan. Tidak kira suami atau isteri amat sukar memuji pasangannya. Tidak biasa adalah alasan yang biasa diberi. Cuba praktik sekarang dan ia akan menjadi amalan harian anda. Misalnya pasangan memakai baju biru dan anda mengatakan' baju biru sesuai sekali untuk awak". Pujian ini walaupun tidak mengapa jika tidak diucapkan tetapi mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada orang yang anda sayang.

6. Hadiah bantuan
Hadiah ini paling disukai oleh isteri terutamanya. Bantulah pasangan di rumah jika ada kelapangan. Memang mereka tidak meminta tetapi lebih elok hulurkan sahaja bantuan yang memang sangat diperlukan. Dengan menghulurkan bantuan dapat meringankan beban yang dipikul bersama. Pada masa inilah anda membuktikan bahawa anda sanggup bersusah dan senang bersamanya.

7. Hadiah bersendirian
Ada ketikanya kita tidak mahu diganggu dan mahu bersendirian. Anda perlu peka dengan situasi ini dan biarkan dia bersendirian seketika. Jika emosinya tidak bagus, jangan diganggu dan mempertikaikan mengapa dirinya tidak dapat melayan anda. Berilah peluang dirinya bersendiri jika cara itu dapat menenangkan dirinya. Suami perlu maklum ada masanya setiap bulan, emosi isteri akan terganggu dan bersendiri adalah cara terbaik.

8. Hadiah keceriaan
Ia adalah hubungan yang sangat perlu dalam rumah tangga. Tanpa keceriaan, perhubungan akan hambar dan tidak ceria. Cubalah sentiasa ceria bersama orang yang dikasihi. Jaga hatinya sebaik mungkin biarpun anda ada masalah sendiri ketika itu. Adalah lebih bagus setiap kali pasangan balik kerja, sambut dengan senyuman dan hulurkan air sebagai penghilang dahaga. Cara terbaik untuk memenangi hatinya dan hadiah yang boleh meringankan tekanannya di pejabat setiap kali pulang ke rumah.

9. Hadiah doa
Anda juga digalakkan memberi hadiah doa kepada pasangan. Tidak kiralah di mana jua pasangan berada dan doakan agar dia berada dalam kesejahteraan. Ini adalah hadiah paling penting dan bernilai antara hadiah lain. Doa adalah sesuatu yang bersikap spiritual dan tidak boleh diukur dengan mana-mana nilai sekalipun. Sama ada suami atau isteri berdoalah demi kesejahteraan keluarga dan rumah tangga yang dibina selama ini.


Kad Imbasan Rangsang Otak Kanan & Kiri


kad imbasan
“Flashcard (kad imbasan)...nampak bagus sekali untuk permata hatiku. Kad dengan gambar-gambar binatang ini pasti menggembirakan anakku. Eh, ada yang bergambar kartun...comelnya! Sesuaikah untuk si kecilku itu? Ada pula yang mempunyai gambar dan perkataan di bawah gambar. Mungkin aku boleh mengajar si kecilku yang kini baru masuk tadika, membaca serta mengenal gambar sekali gus. Ide yang bagus...atau tidak? Mana harus ku pilih? Perlukah aku membelinya...”

Mungkin inilah yang difikirkan oleh ibu muda ini semasa berada di kedai buku untuk mencari bahan pendidikan untuk anaknya menambah ilmu. Apa sebenarnya konsep flashcard? Perlukah kita menggunakan flashcard untuk mengajar anak. Memang terdapat pelbagai pendapat tentangnya sama ada pro dan kontra.

Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human Potential memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca dan mengenal gambar (dikenali sebagai cebisan intelek). Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.

Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.

Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.
Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.

Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak. Sebenarnya yang penting penggunaan flash card atau kad imbasan adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang bersifat holistik ( menerima maklumat dengan menyeluruh).
Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan degan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.

Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak memberi tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain walaupun ibu menunjuk ke arah objek tersebut.

Keduanya, anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa itu kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing(sesuatu yang konkrit)daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut perkataan “kucing”(tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi deskripsi apa itu kucing (abstrak).

Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.

Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat? Sekarang cuba bayangkan rumah anda. Berapa lama masa diambil untuk imej rumah terbayang di hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan sekelip mata sahaja. Ini menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah mekanisme berkelajuan tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita kerana ia sudah diberi input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu. Dengan itu, apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita berfungsi. Lagipun, mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan perakam suara.

Bagaimana pula tentang saiz kad dan kualiti gambar? Adakah kerana anak itu masih kecil, mempunyai jari-jari kecil maka saiz kad juga harus kecil? Realitinya, jika gambarnya kecil dan kurang jelas anak yang kecil (contohnya anak yang berusia 6 bulan) tidak akan dapat melihatnya dengan jelas.

Jika gambar menunjukkan burung di atas dahan kayu, anak kecil semuda 6 bulan tidak akan mampu membezakan dahan dan burung. Ia menerima keseluruhan gambar, termasuk dahan sebagai burung. Sudah pasti jika anak ini sudah berumur 3 atau 4 atau 5 tahun, dia sudah dapat membuat perbezaan tersebut.

Kualiti Gambar
Kualiti gambar seharusnya menunjukkan imej sebenar objek yang disampaikan. Jika ianya seekor ayam, seharusnya ayam itu sama ada ilustrasi yang baik atau gambar foto yang sebenarnya. Ramai yang beranggapan bahawa kartun adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak. Kartun bukanlah maklumat tepat tentang rupa bentuk ayam. Tetapi untuk anak yang sudah mengenal ayam, gambar kartun akan membina kreativiti anak.

Bagaimana pula dengan flashcard yang mempunyai gambar serta perkataannya sekali? Tidakkah ini menjimatkan masa dan tenaga kita mengajar dua perkara sekali gus? Seperti yang disebutkan sebelum ini anak hanya akan fokus pada satu benda pada satu masa serta kepada yang menarik sahaja.

Besar kemungkinan anak akan memberi tumpuan kepada gambar dan bukan perkataan. Lagipun, saiz perkataan mungkin terlalu kecil untuk sistem penglihatan anak yang masih belum matang.( Untuk memahami kepentingan saiz perkataan untuk anak belajar membaca , tunggukan artikel tentang bacaan di siri-siri akan datang.)

Apa yang berlaku dengan membekalkan maklumat melalui kad imbasan atau flashcard adalah sistem penglihatan dan pendengarannya akan dikembangkan malah kedua-dua otak kiri dan kanannya akan dibangunkan. Tidakkah dengan memberi terlampau banyak rangsangan kepada anak, otaknya akan “rosak” atau “terbakar’ atau mengalami “overstimulation”seperti yang didakwa sesetengah pihak? Tidakkah kita takut bahawa anak tidak dapat menikmati zaman kanak-kanaknya jika dia disogokkan dengan maklumat melalui flashcard sedangkan peringkat usianya (4 hingga 6 tahun) adalah peringkat bermain. Pada siri akan datang saya akan cuba mengupas persoalan ini dan berkongsi keseronokan mengajar anak dengan menggunakan flashcard atau kad imbasan.

sumber

Usia Meningkat 5 Gaya Perlu Diubah


Seiring dengan pertambahan usia, penampilan seseorang terutama dari segi pemilihan pakaian, solekan dan sebagainya harus diberi perhatian supaya kena dengan peringkat usia.

Jika usia remaja bebas bereksperimen dengan pelbagai gaya dan busana namun tatkala usia makin meningkat ke usia 30 anda perlu memikirkan fesyen yang sesuai jika tidak mahu ditertawakan dek penampilan tersebut. Berikut adalah beberapa perkara tentang gaya yang boleh anda fikirkan sebagai perubahan.

Tukar Kaca Mata
Jika anda masih mengenakan kaca mata tebal sebaiknya gantikan saja. Ia membuatkan anda kelihatan lebih tua. Oleh itu gantikan yang lebih terkini sesuai dengan usia anda. Kaca mata dengan model baru akan membuat anda tampak lebih muda dan tentunya bergaya.

Potong Rambut Bahagian Depan
Sesuatu yang sangat ringkas seperti potongan rambut bahagian depan akan membuat seseorang itu tampil berbeza. Potongan ini mampu memberi wajah lebih segar dan muda, selain membuat orang lebih fokus pada mata kita. Justeru, pilihan potongan rambut bahagian depan sesuatu bagi anda yang mahu kelihatan awet muda.

Pilihan Seluar Jean
Jean yang tepat akan membuat penampilan kelihatan lebih ceria dan santai. Pilihan model seluar jean yang lebih bergaya dan sesuai dengan usia pasti membuatkan penampilan lebih menarik. Seluar jean jenis denim berwarna gelap dengan potongan boot, akan membuat anda tampil menarik.

Mengenakan Inner
Shapewear atau inner ala-ala korset akan membuatkan anda kelihatan lebih langsing dan ramping. Namun, jangan memilih yang terlalu ketat sehingga sukar untuk anda bergerak mahupun bernafas. Sebaiknya, pilih yang sesuai dan selesa tatkala dikenakan pada tubuh.

Pilihan Warna Pakaian
Warna kontra dalam gaya berpakaian akan membuat seseorang kelihatan menyerlah atau menarik perhatian. Warna merah jambu memberi kesan lembut atau feminin. Bagi dilihat lebih langsing, kenakan busana warna yang sama. Pilihan busana dengan warna cerah atau terang akan membuat wajah lebih menonjol.

Sekiranya anda ingin memberi kesan minima pada bahagian atas tubuh, pilih berwarna gelap pada bahagian atas dan warna terang untuk bawah. Begitulah sebaliknya jika ingin kesan minima pada bahagian bawah tubuh.

Agar Mata Lebih Memukau
Solekan takkan sempurna jika bahagian mata tidak mendapat sentuhan. Solekan mata yang cantik tentunya akan memperindahkan lagi wajah. Jadi bagaimana untuk memperolehnya. Tip berikut mungkin boleh anda aplikasikan.
• Bagi yang kurang gemar memakai bulu mata palsu memadai dengan sapuan maskara. Untuk menampakkan mata tampak lebih besar, gunakan maskara dekat dengan bulu mata, lalu sapukan maskara dengan gerakan zig zag atau dua arah, bukan satu arah.
• Bagi mata bahagian bawah pula guna penggaris mata dengan pilihan warna terang. Sebagai contoh penggaris mata warna putih. Penggunaan warna putih juga membantu membuat mata lebih segar terutama bagi anda yang kurang tidur dan lesu
• Jangan takut mengenakan solekan smokey eye. Jika kena dengan cara dan kaedahnya, tentu solekan tersebut memberi kesan dramatik dan menarik.
• Gunakan pembayang mata jenis kilat berwarna ungu, hijau, biru atau emas (salah satu) tanpa perlu tertumpu pada warna kelabu mahupun hitam semata-mata.

***balik mesia bulan 2 nanti nak tuko spek, nak potong rambut (huhuhu byk beno gugur)

Risiko Hamil Usia 40-an

Dijangka 25% kehamilan pada usia 40-an akan berakhir dengan keguguran sebelum janin berumur tiga bulan. Namun ia berlaku secara rawak dan di luar kawalan kita. Selain itu, bayi yang dikandung juga turut mempunyai potensi sindrom Down. 
Namun, jumlahnya tidaklah banyak. Puratanya ialah 1:106 sahaja. Paling penting, anda harus menjaga pemakanan dan kandungan dengan baik kerana tenaga anda terbatas pada waktu ini.
sumber
            
           (¯`v´¯)    Hehehhehe target sebelum usia 35 nak tambah lg 2 orang, insyaallah mudah- mudahan. 
………..`•.¸.•´
………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /█\ ♥/█\

Hangat: Wanita Banyak Cakap

Selamat pagi semua! Selamat berhujung minggu ya. Saja je di pagi yang indai permai ni kasi hangat dengan topik seperti di atas. Aku baca artikel ni kat dalam MW. 

Mulut celupar, banyak cakap, kaki kecoh atau pelbagai gelaran lain biasanya ditujukan kepada golongan wanita. Malah acap kali, wanita sebegini dianggap kurang berakal kerana terlalu emosi.

Anda mungkin pernah berhadapan dengan situasi di mana wanita mudah mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati. Mulut mereka juga agak lepas bercakap tanpa memikirkan apa yang dikatakan itu menyakitkan hati orang lain atau tidak.

Karakter lelaki pula biasanya lebih ‘cool’, jarang marah tanpa sebab munasabah. Biarpun begitu ada kalanya teori ini tidak benar kerana ada juga lelaki yang panas baran. Tidak hairanlah lelaki diangkat sebagai pemimpin baik dalam kerjaya mahu pun rumah tangga. Jika kuasa “memimpin rumah tangga” diberi kepada wanita, nescaya banyak lelaki yang akan mengunjungi mahkamah syariah diceraikan isteri kerana wanita mudah emosi dalam berkata-kata.

Seorang ahli psikologi memberitahu, kemarahan, agresif dan kedegilan adalah satu sifat kelemahan yang ditunjukkan oleh lelaki mahu pun wanita. Mereka yang memiliki personaliti sebegini adalah sebagai satu cara di mana mereka mahu menunjukkan ‘kekuatan’ di hadapan orang lain meski pun di mata orang lain, ia adalah satu kelemahan.

Namun bagi lelaki, berhadapan dengan wanita yang lantang mengeluarkan pendapat adalah satu kelebihan kerana wanita ini dilihat berani mengeluarkan kata-kata biar pun ada kalanya perkataan yang terkeluar itu menyakiti hati orang lain. Sesetengah wanita lebih gemar bersikap pasif dan hanya bersetuju dengan kata-kata lelaki biarpun kata-kata itu salah dan menyakitkan hati mereka sendiri.

Lelaki suka wanita banyak cakap?
Tahukah anda mengapa lelaki sukakan wanita yang banyak cakap? Lelaki menyukai wanita sebegini kerana mereka mudah berbahas sesuatu perkara. Ia biasanya merangkumi pelbagai topik termasuk soal hubungan yang ideal, kos-kos perbelanjaan rumah tangga, sikap pasangan dan sebagainya.

Berbahas dengan wanita yang banyak cakap tentang topik ini dianggap sangat menarik. Sementara itu lelaki sebenarnya sangat bosan bercerita kepada wanita yang hanya menurut kata dan mengangkat darjat lelaki sebegitu tinggi.
sumber


p/s: aku banyak cakap a.k.a membebel kat umah je dgn najlaa...

Tulang Rapuh : Cegah osteoporosis dari awal


Anda mengalami rasa sengal-sengal tulang? Ada masanya anda mudah letih dan terasa sakit yang keterlalua jika terjatuh. Adakah ia penangan osteoporosis?

Kebanyakan orang hanya tahu osteoporosis disebabkan kekurangan kalsium dalam tulang. Ia hanya akan menyerang golongan tua sahaja. Tanggapan tersebut sama sekali tidak benar. Malah, osteoporosis boleh menyerang golongan muda seawal usia mencecah 30 tahun! Kenyataan ini harus diambil kira oleh semua pihak bagi memperoleh kesihatan tulang yang baik sejak dari peringkat awal lagi kerana kajian mendapati osteoporosis bukanlah satu masalah bagi golongan tua semata-mata, malah ia juga semakin menular dalam kalangan golongan muda.

KENALI APAKAH OSTEOPOROSIS
Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya dan tidak mengetahui tentang osteoporosis. Apa sebenarnya penyakit ini? Apabila berlaku bone lost, maka struktur tulang akan menjadi rapuh dan mudah patah. Biasanya osteoporosis dikaitkan dengan golongan tua terutamanya wanita yang berusia 60 tahun ke atas. Penyakit ini menyebabkan tulang mudah patah terutamanya di bahagian bahu, pergelangan tangan, tulang belakang, dan tulang pinggul. Malangnya penyakit ini datang menyerang tanpa sebarang tanda dan apabila sudah dikenal pasti, ia sudah pun berada di peringkat bahaya.

Secara keseluruhan, tubuh manusia disokong kuat dengan tulang rangka. Bayangkan apakah akan terjadi sekiranya tubuh tanpa tulang? Ia umpama belon tiada udara, begitulah keadaan tubuh kita. Tubuh manusia terbentuk daripada 206 tulang dan merupakan tisu paling kompleks dalam tubuh manusia. Tugas tulang adalah untuk melindungi dan menyokong bentuk tubuh seseorang. Tulang rangka menyimpan 99 peratus kalsium tubuh dan merupakan pusat pengeluaran sel darah. Ia nampak keras tetapi sebenarnya tulang terdiri daripada tisutisu hidup.

Terdapat dua jenis tulang (bersifat keras)iaitu:1. Cortical (tulang di bahagian luar)
2. Trabecular (tulang di bahagian dalam)

Tulang-tulang ini dipenuhi dengan kolagen dan mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat. Tulang akan melalui kitaran tersendiri yang disebut proses pembinaan atau pengeluaran semula (remodelling). Dua sel penting yang memainkan peranan dalam proses pembentukan dan penyingkiran tulang disebut sebagai sel osteoblast dan osteoclast. Osteoblast membina tulang manakala osteoclast pula menyingkirkannya ke dalam aliran darah.

Pencegahannya :
1. perbaiki gizi pada makanan dan minuman yang mencakupi gizi lima sempurna yang mengandungi cukup kalsium untuk pembentukan kerangka tulang yang kuat.
2. olah raga yang teratur menjamin tulang dan otot tetap kuat.
3. usahakan untuk mendapatkan sinar matahari selama 30 minit dalam seminggu, untuk metabolisme vitamin D yang dapat membentuk struktur tulang yang kuat.
4. hindari makanan dan minuman yang dapat menyebabkan hilangnya kalsium dari tulang, seperti : daging berlemak, kopi, minuman keras, garam, ubat-ubatan, dan rokok.

Nak tau cara atasi tulang rapuh? SINI

Active Image
Active Image

Bermain Dengan Warna



Oren, biru, hijau, merah, kuning dan banyak lagi warna-warna yang anak anda perlu tahu.

Usia tiga tahun adalah masa permulaan untuk anak anda mengetahui jenis-jenis warna. Anda boleh mula ajar anak mengenal warna sebelum dia memasuki pra sekolah. Perkara yang paling asas ialah mulakan dengan apa yang dia lihat setiap hari.

Ia boleh dilakukan dengan menyebut warna perabot, perkakasan rumah, permainan dan buku berilustrasi. Sebenarnya mempelajari warna adalah permulaan yang baik untuk melatih otak anak anda tentang kebolehan berfikir.

Bagi kanak-kanak kecil untuk mengenal warna mereka memerlukan pelbagai maklumat yang mudah dah tepat. Misalnya apabila anda menunjukkan buah epal dan katakan ia berwarna hijau, kemungkinan anak anda akan beranggapan bahawa bentuk epal membawa maksud warna hijau.

Namun anda seharusnya menunjukkan dengan jelas bahawa bukan buah epal sahaja yang berwarna hijau. Sebaliknya warna hijau mungkin pada fabrik kain atau dedaun. Jelaskan juga kepadanya ada banyak warna-warna lain di sekelilingnya kehidupannya sama ada ia di dalam atau di luar rumah.

Dalam hal ini apabila anak-anak sudah boleh mengenal warna, mudah untuk dia melakukan aktiviti mewarna. Peringkat ini, mereka sudah bersedia untuk melakukan aktiviti itu. Sesetengah ibu bapa berpendapat ia hanya aktiviti untuk berseronok dan menghabiskan masa sahaja. Namun mewarna ini membantu kanak-kanak mengenal warna dengan mudah sambil melakukan aktiviti mewarna lukisan. Di sini ada beberapa sebab kenapa kanak-kanak perlu mewarna.

Mengenal Warna
Apabila kanak-kanak mula belajar mewarna, ia adalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Apabila dia sudah didedahkan dengan aktiviti mewarna pada awal usianya secara kerap, dia akan mudah mengenali warna dan tahu bagaimana untuk mencampurkan warna untuk mencipta warna baru yang lain.

Luahan
Mewarna adalah cara yang menunjukkan dia sudah bersedia untuk meluahkan apa yang dirasakannya. Dia akan menconteng dan melakar pada kertas putih mengikut perasaannya. Jika perasaannya stabil, lakaran warna kemas dan sebaliknya jika perasaannya tidak stabil. Dalam pada masa yang sama, ia boleh dikatakan terapi buat si manja kerana dia akan memilih jenis-jenis warna yang dia suka tanpa dipaksa oleh ibu bapa atau pengasuh.

Membina Kemahiran Motor Halus
Mewarna membantu kanak-kanak membina kemahiran motor halus mereka. Kemahiran motor halusnya penting dalam kehidupannya. Apabila melakukan aktiviti mewarna, ia membantu seorang kanak-kanak membangunkan otot-otot tangan mereka dengan cara dengan cara memegang dan mengawal pencil warna dengan betul.

Belajar fokus dan had
Mewarna mengajar kanak-kanak belajar tentang fokus sesuatu perkara. Misalnya apabila melukis dia akan memberi tumpuan untuk menghabiskan lukisannya. Malah ia juga membuatkan kanak-kanak belajar tentang had iaitu tidak mewarna di luar garisan yang telah ditetapkan. Kanak-kanak yang berjaya mewarna dengan baik akan merasa bangga dengan hasil kerjanya.

 Idea Mengajar tentang warna
1. Buat agar-agar berwarna.
2. Ajak anak bungkus kertas hadiah yang berwarna.
3. Guna cawan minum berwarna.
4. Biarkan dia bermain dengan kertas warna.
5. Berikan air yang berwarna untuk si manja minum.
6. Ajak dia bersama-sama membuat muffin yang berwarna.
7. Bila mengajar tentang merah, beri dia makan stawberi.
8. Warna coklat, makan coklat.
9. Warna biru,kaitkan dengan lautan.
10. Hijau, makan epal dan timun dan juga tentang alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan.
11. Warna oren, ingat buah oren dan lobak.
12. Buat origami menggunakan kertas warna putih.
13. Masak nasi bersama anak dan katakan ia berwarna putih.
14. Kuning dengan warna lemon juga makan nanas.
15. Hitam dan putih, ceritakan tentang haiwan zebra.

TIP MUDAH

1. Apabila anak anda sudah mengenal warna, suruh dia mengambil beberapa helai baju yang berwarna yang telah dipelajari pada minggu sebelum ini.
2. Setiap minggu, suruh si manja tunjukkan warna yang dipelajarinya dalam majalah.
3. Apabila berada di luar rumah, suruh anak anda cari warna hijau. Biarkan dia mengutip dedaun di padang permainan.
4. Kanak-kanak banyak belajar tentang warna daripada ibu bapanya dan gurunya di tadika.
5. Rumah adalah tempat yang sangat baik untuk anak anda mengenal warna dengan mudah.

Air Tangan Orang Tak Solat


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Wallahualam
sumber:iluvislam


Lebihkan memberi, kurangkan meminta

Kebiasaannya, kita cuma memberi setelah adanya ungkapan permintaan. Memang selalunya begitu, namun nilainya berbeza jika pemberian itu lahir sama sekali tidak daripada permintaan. Pemberian yang tidak diminta itu muncul sebagai suatu keikhlasan melalui kepekaan yang tinggi. Mungkin tidak ramai di antara kita yang memberi tanpa diminta. Maknanya tanpa diminta, pemberian sudah mendahului. Sehinggakan tidak pernah sama sekali terfikir oleh si penerima.

Begitulah dalam kehidupan kita seharian, di mana kerap Allah S.W.T membuktikan janji-Nya dengan cara sederhana. Sebuah pemberian tulus, akan dibalas dengan pemberian lebih bernilai malah dengan nilaian berlipat ganda.


Misalnya, ketika kereta yang kita pandu berpapasan dengan kereta lain, keikhlasan membimbing kita untuk memberikan laluan. “Silakan!” ucapan itu spontan keluar melalui sebuah isyarat. Hinakah kita kerana mempersilakan orang lain jalan lebih dulu. Justeru sebaliknya, pemandu lain serta merta mengangkat tangan, tanda penghormatan yang spontan.


Juga hinakah kita ketika terlebih dulu memberi salam kepada saudara kita. Justeru, yang kita dapatkan lebih baik daripada yang kita beri. Bukan sekadar jawapan salam yang menyambut, kita juga menerima senyum dan lambaian tangan. 


Begitulah nilai sebuah pemberian di sisi Allah s.w.t. Infak yang keluar daripada kantung seorang mukmin, diumpamakan seperti benih. Daripada benih itu menjadi pohon kebaikan yang tumbuh besar dan akhirnya berbuah.


Kehidupan manusia tidak pernah luput daripada meminta. Sedar atau tidak, kita memerlukan orang lain untuk memberi sesuatu yang kita perlukan. Sejak lahir, kita meminta banyak daripada ibu. Mulai dari makanan, minuman, perlindungan, dan belaian kasih sayang. Ungkapan memintanya juga tidak kedengaran enak : menangis. Itulah bahasa meminta pertama manusia.


Mungkin, inilah tabiat dasar manusia: selalu meminta. Mulai lahir, masa anak-anak, dewasa, dan akhirnya tua. Lagi-lagi, manusia meminta. Di akhir hayat pun tangis mengungkapkan bahasa asalnya ketika lahir: meminta. Manusia menangis kerana merasa tidak mampu mengurus dirinya sendiri, menjaga isteri, dan membiayai anak-anak. Kita menangis sebagai ungkapan meminta kepada orang lain.


Kalau suasana semula jadi saja manusia sudah selalu meminta, kenapa harus dibiasakan untuk meminta secara sengaja. Meminta dan terus meminta. Ada logiknya orang berkata, semakin kecil pengeluaran akan memperbesar kemasukan. Kian jarang memberi, simpanan semakin mapan. Mungkin itu sebabnya menjadikan orang enggan memberi.


Benarkah seperti itu? Dari sudut kebendaan, itu benar. Tapi, bukankah kehidupan tidak semata-mata kebendaan. Bukankah kebahagiaan, kesedihan, dan kekecewaan kadang-kadang tiada hubungan dengan kebendaan. Ada bahagian lain dalam diri manusia yang tidak boleh disentuh kebendaan. Itulah kepuasan hati. Tiada satu pun harga yang dapat membeli kepuasan hati.


Bersyukurlah mereka yang Allah s.w.t cabut dalam hatinya rasa kikir. Setiap kali memberi, saat itu juga ada kepuasan terlahir. Puas dan bahagia dapat meringankan beban orang lain. Puas menatap senyum orang-orang yang memerlukan.Allah s.w.t. berfirman, “… Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-Hasyr: 9)

Sumber:MW

Cuba Untuk Hamil?

p/s : sekadar berkongsi artikel dan dengan harapan hehehheee

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in