Showing posts with label Macam-macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam. Show all posts

Sarapan

Tumbuhan perlukan baja untuk terus hidup sihat. Begitu juga manusia yang perlukan sarapan untuk memulakan hari dengan lebih produktif. Sarapan pagi dapat membantu memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya jadi lebih peka, cergas serta dapat memberi daya tumpuan yang lebih baik. Mulai saat ini, jadikan sarapan sebagai perkara wajib sebelum memulakan aktiviti pagi anda. Diri akan jadi lebih cergas, kesihatan pun terjamin!

Hehehhehe roti tabur milo
Roti bakar pun sedap kan
Bihun Singapore

'Tak sarapan, minda tumpul' artikel penuh SINI



INFO: Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.

  • Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.

  • Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas 

  • Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang

  • Membantu merendahkan tahap kolesterol

  • Mutiara Kata & Pesanan dari Ustaz Azhar Idrus

    Hehehehhe ada banyak lagi
    Aku amik sebahagian je
    Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )
    Page ini ditubuhkan sekadar ingin berkongsi Ilmu yg ada..Page ini bukan dikendali oleh Ustaz Azhar Idrus,jika ada apa-apa pertanyaan,boleh ke page yang dikendalikan oleh ustaz di Ustaz Azhar Idrus ( Original )

    Seni Ciuman Lebih Indah Dari Kata-kata

    Hahahahhaha mesti laju-laju korang belek belog aku kan..kan...
    Ni hah mcm2 masuk dlm email
    Tak nampak ek???
    Takpe....kasi beso sket

    Tadaaaaaaaaaaaaaaaa
    Lebih detail korang klik aje la link yg diberi tu  
    Seni Ciuman Lebih Indah Dari Kata-kata
    Ketahui bagaimana pasangan yang
    hampir bercerai menyemarakkan kembali
    asmara yang telah pudar dan menyelamatkan
    rumahtangga mereka hanya dengan mempelajari
    dan memantapkan teknik ciuman !!
     
    Biar Betik?
     
    Lagi info menarik:
     





    1 Hari 1 Resepi

    Semalam masuk Popular Bookstore
    Cari bahan bacaan daaaa

    Dannnnnnnnnn

    Darling bg sokongan padu soh beli buku Chef Hanieliza
    Chaiyokkkk


    - Posted using BlogPress from my iPhone

    Perhatian Semua!!

    Yuhuuuu
    Harap maklum yek puan blog dalam keadaan x sabar nak balik raya
    Makanya halwa telinga anda akan sentiasa mendengar lagu raya
    Korang leh tekan button pause kat bawah tu ek hehehheee


    DITAMPAR BAPA SENDIRI HANYA KERANA INGIN MEMAKAI TUDUNG

    Ceritanya begini...

    Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

    Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

    Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

    Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

    Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

    Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

    Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

    Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

    Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

    "Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

    Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

    "Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

    Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

    SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

    KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA
    X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK ....



    sumber

    Aku Geram Tengok Mende Ni

    Comel kan....
    Aritu ada nampak pattern lain la tp mahal
    Hehehehee seb baik nampak ni lak murah je


    Hehehhehe beli 2..yg lep2 tu najlaa yg kenan
    Aku nak gambo katak benonya


    Tadaaaa kunci umah dh bertuko wajah


    - Posted using BlogPress from my iPhone

    Semua Pasal Bersih

    Hmmmm kebanyakan blog pasal Bersih 2.0
    Status fb pun sama
    Aku baca je....
    Walaupun di Doha aku tetap nak tau perkembangan
    Memang tak kuo rumah oooo
    Sambil2 wat kerja pembersihan
    Kejap2 tengok status dan video yg diupload FB
    Berita terkini, Buletin utama, MobTV


    Sedih sangat dengan apa yg berlaku
    Bila dah berlaku kekecohan keselamatan diutamakan
    Tak usah nak menyalahkan Polis 
    Kau ingat seronok berdiri tgh panas tahan kereta tak tentu pasal? 
    Kau ingat seronok makan tghari tepi jalan? 
    Kau ingat seronok tinggal anak bini kat rumah hujung minggu? 
    Kau ingat anak bini diorg tak risau diorg pergi kerja 
    ada kemungkinan mati kena tembak? 
    Mati kena langgar kereta? Mati kena belasah? 
    Polis pun manusia jugak, 
    bukannya robot yang kau nak maki-maki tak ada perasaan

    Apa kesudahannya Bersih 2.0 ni?
    Siapa nak bertanggungjawab?



    Cuba Untuk Hamil?

    p/s : sekadar berkongsi artikel dan dengan harapan hehehheee

    Selamat Berkerja

    Morning uols
    Selamat bekerja semuanya
    Mulakan pagi isnin kalian dengan ceria
    Dok kat umah ni pun byk kerja menanti
    Hangatkan diri dengan green tea
    Ayuhhh


    - Posted using BlogPress from my iPhone

    MAMI PERLU TAHU : Tangan Kanan atau Kidal

    Kecekapan bayi menggunakan tangan kanan atau tangan kiri berkembang dalam masa beberapa bulan pertama selepas lahir, apabila salah satu bahagian otaknya semakin dominan. Jika bahagian kanan otak berkembang lebih awal, maka dia akan cekap menggunakan tangan kiri. Begitulah sebaliknya. Bayi anda mungkin lebih suka menolehkan kepalanya ke kanan sejak lahir lagi. Kini mungkin dia gemar menggunakan hanya sebelah tangan sahaja. Jangan sekali-kali mencuba menghalangnya daripada menjadi kidal. Ini akan mengakibatkan kesan psikologi dan masalah membaca serta menulis kelak.


    p/s: Najlaa kidal dan aku tak paksa dia utk tuko ke kanan. Bab makan tu jek aku kena tegur


    Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

    Lauk Semalam

    Huhuhu kebuntuan
    Aku tatau nak masak pe rini
    Korang lunch ape yek
    Share arr..leh tiru

    Oh ya...ni lauk lucnh semalam
    Wat hayam penyet je
    Tempe lak xde...kedai jakarta bilang jam 3 baru sampei
    Huhuhu x pe la janji hayam yg diperap aku penyetkan selepas digoreng

    Ekekekek comel tak bekas tu
    Beli lama dah kat Home Centre
    Senang kan kalau masak menu yg set2 leh masuk dlm tu
    X silap aku x sampai QR2o pun satu set

    Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

    Jom Gi Cameron

    Kahkahkahkah
    Gara-gara Nora Elena...berkali2 dah aku repeat episod 16
    Hadoiii la tetiba lak rasa nak g Cameron


    P/s: Hehehee siap ada lagu lg blog aku

    Tiada Dara...Gempar Seketika


    Panas dunia blog dengan entri "Si Kecil"
    Aduhai "Si Kecil"...terdiam seketika tatkala membaca
    Antara kasihan dan simpati
    Berani "Si Kecil" memperkatakannya
    Aib dan Maruah.....
    Berbeza


    Hmmm ramai yg dah komen kat n3 "Si Kecil"
    Ada yg nasihat ada gak yg maki
    Aku masih tertanya2
    Berani sungguh "Si Kecil"

    Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

    Huhuhu Blog Biol

    Bloggers sumer mesti tak tentu arah td kan
    Nak hapdet xleh
    Nak komen takleh
    Haishh macam2 lak rini
    Ekekekke kesabaran tu penting

    Status kat fb pun sumer menjurus ke arah blogspot
    Hahhahah ni dah ok
    Tatau la kot tetiba cam chipsmore
    Jap ada..jap xde
    Lalalalalala

    Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

    Video Seks Part 2

    Ops!!!
    Aku jumpe kat Mstar
    Tapi xde pape la kan

    Kat SINI ada.....


    Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

    AbahSain

    Muahahahaa "AbahSain"
    Ni nampak ms parking kat Lulu Hypermarket pagi tadi
    Adoyai macam2 kan klako lak rasanya




    - Posted using BlogPress from my iPhone

    Nak Tisu..........

    Ingatkan nak wat mende mintak tisu
    Ropanyaaaaaa
    Nak lap beskal buruks
    Sukati la najlaa ooiiii
    Lap puas2 beskal tu
    Lama lagi baru jumpe.... nun tunggu balik raya

    Masih bersenang-lenang x packing pun lagi ni
    Baju2 dah lipat tinggal masuk dlm vacuum bag jek
    Lagi satu bag segala stok makanan yg x jumpe kat Qatar le kan


    Jom join Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!Jom kite klik2

     
    Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in