Showing posts with label Lamb Chops. Show all posts
Showing posts with label Lamb Chops. Show all posts

Kentang Bakar Berinti Daging Dan Kambing Bakar

Assalamualaikum semua
Menu makan-makan lagi yek huhuhu
Dah tak lalu nak makan ikan
Makanya bakor la kambing...atas pan aje senang
Yang penting kena hitam-hitam manje baru sedap kan
Resepi kambing korang tengok SINI la yek

Selain lamb chop tu ada gak Kentang Bakar Berinti Daging
Mula-mula tengok kat fb Huda Ahsin
Kat blog Lady Ell pun ada hehehehe
Dorang masukkan isi kentang dan daging dlm kulit kentang
Huhuhu memandangkan aku nak cepat
Keruk punya keruk isi kentang habis pecah
Makanya boh dlm cup foil aje
Cuma aku punya kentang bakar ni aku olah sket


Resepi Kentang Bakar Berinti Daging
2 biji kentang
Daging cincang...aku guna sekeping daging burger huhuhu
1/2 biji bawang besar dicincang... aku suka guna bawang holland
2 ulas bawang putih dicincang
garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih
slice cheese.... ni je yg ada kat umah aku hiris je (korang leh guna mozarella & cheddar)

Kentang dibasuh bersih dan direbus dengan sedikit garam.
Sejukkan dan kentang dipotong dua. Keruk keluar isinya.
Tumis bawang besar dan bawang putih kemudia masukkan daging cincang.
Masukkan isi kentang, garam, serbuk lada hitam dan lada putih. Ketepikan.

Letak sedikit cheese dlm cup foil
Sudukan inti dan taburkan cheese, aji shio dan chilli powder jika mahu.
Bakar dalam oven 180C hingga keju cair.
Sedap beb memang terangkat

Lamb Chops Lagi

Iyer..iyer..kambing lagi
Sebelum ni cobaan berani aku dengan resepi main taram di SINI
Terbakar tekak pasal lebih blackpepper
Dan lagi mencuba tp hasil resepi rakan fb Kak Baya Wanchik nun kan New Berlin

Huhuhu bakar kat balkoni jek
Inilah hasilnya....sedap...
Sebelum ada yg bertanya baik gtau siap2...bawang tu darling yg request


Bahan Bahan:
bahan kisar.
3Biji Bawang Besar.
6 Biji Bawang Putih.
2 Inci Halia.
11/2 sb Jintan manis.
11/2 sb Jintan Putih.

11/2 sb ketumbar

Kisar bahan bahan diatas. then campurkan bahan bahan dibawah.


1Tbs Serbuk kunyit,
1Ts Lada sula( putih)
1Cup Hot and spicy barbeque sos.( jika nak lebihkan 1/2 cup lagipun boleh)
3 Tbs Oyster sos.
3 Tbs Mayonise.
1Ts Gula.
1Ts Garam. ( if suka masin lebihkan 1/4sudu teh)


Gaulkan semua bahan diatas sehingga sebati, if rasa tak geli tekak
rasalaa bahan bahan marinate..tambah apa yg padan patut before letak
lamb. . Marinate lambchop selama
selama 4 jam.... then bakar.
bahan marinate nie cukup untuk 8-10lb(+- 5kg) lambchop anggaran
40-50 pieces.. if nak bakar 20-25 pieces 1/2 bahan merinate dah
memadai.

Grilled Rack of Lamb Chops

Cobaan 1...2...3...
Aku bukan la penggemar kambing yek
Dulu2 masa zaman anak dara lg pun mmg x kusentuh hidangan kamben2
Dah kawen pun kambing xde dalam senarai menu
Ntah le tekak ni cam xleh nak terima je
Plus aku selalu terbayang kambing hamis muahahhahaha

Hambek ko sejak dok kat negara orang ni 
boleh pulak tekak ni terima kambing seadanya
Ada la tak silap 3-4 kali gak le melantak kambing

Dan cobaan berani aku adalah memanggang kambing hehhehhee
Bukan sekor yek
G cari kambing ngan tulang2 rangka tu ha
Ni la hidangan Grilled Rack of Lamb Chops with potatoes
Hehehehhee menu omputeh u
Resepi aku main taram je, jangan tanya pesal xde sos tau
Aku malas nak buat set ni cicah ngan sos Nando's je
Sedap cuma terbakar tekak aku pasal terlebih blackpepper


Resepi Grilled Rack of Lamb Chops
Beberapa keping Lamb chops
5-6 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam biji
Jintan kasar
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
Garam
Sedikit olive oil

Cara-cara
1Tumbuk halus bawang putih, lada hitam dan jintan kemudian satukan dengan bahan lain dalam mangkuk.
2.Gaul sebati bahan tersebut dengan lamb chops.
3.Perap semalaman, boleh dipanggang di atas non-stick pan.

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in