Showing posts with label Cerita Abu Dhabi. Show all posts
Showing posts with label Cerita Abu Dhabi. Show all posts

Buka Puasa di Sheikh Zayed Grand Mosque

Salam dari Si Perantau
Lamanya menyepi dari dunia blogger
Alahhh picisan aje pun kan muahahha
Hari ni merajinkan diri mencoret dengan tujuan mengabdikan kenangan
Bila darling cakap jom berbuka puasa kat masjid terus rasa teruja
Lebih-lebih lagi bila tengok youtube 
persiapan makanan untuk lebih 30,000 orang untuk berbuka puasa setiap hari
Anak-anak, kami hanya beritahu kita buka kat luar aje
Hehehe saja nak tengok reaksi diorang
Jam 6 petang kami bertolak dari rumah, 
masa lalu di kawasan masjid Najwaa dah cakap 
"later we'll go here ok"
Mama aahkan aje la hihihi
Nampak ramai orang parking di kawasan perumahan berhampiran jadi kami follow je
Hanya lintas jalan je sampai ke masjid
Anak-anak dah bersorak
Mulanya kami ingat nak duduk di kawasan rumput je 
memang ada disediakan tempat dan dibentang ala-ala kain saprah
Kami disambut staf bertugas dah ditunjukkan untuk ke khemah famili
Keterujaan terserlah di muka Najwaa
Najlaa teruja gak tapi agak cool berbanding Najwaa heheheh
Begini la keadaan dan susun atur di dalam khemah
Tuan tanah kena la ada gak dalam ni
Ni la "Iftar Box" setiap orang dapat
Air je sampai 4 jenis
Portion memang banyak tak habis pun makan
2 kotak kami bawa balik dan bagi pada security
Nasi Beriyani kambing, vegetable salona, buah epal dan dan kurma
Tengok ni besar lauknya
Susun atur di dalam khemah
Banyak khemah yang disediakan untuk menampung kira-kira 30,000 orang
Di bahagian luar pun ada disediakan ruang makan
Korang boleh tengok video ni untuk lebih detail
Penyediaan menu makanan untuk berbuka puasa setiap hari
Memerlukan kira-kira 350 chef, 160 pelayan, dan lebih 450 kakitangan sokongan


Pepahat Masak Halia

Assalamualaikum
Cerita dari Abu Dhabi kembali bersiaran hihihi
Kat sini selain LuLu Hypermarket, aku suka gi Carrefour
Tengah dok melilau cari barang mata tertancap kat menda ahah ni
Macam kenal tp yang ni besar-besar
Kalau pegi makan kat Muara Sg. Duyong "Pepapat"ni kecik sket
Kami laki bini dok belek-belek confirm memang Pepahat 
atau sesetengah tempat sebut "Siput Buluh", "Ämbal"
Selepas dibasuh bersih tiba la masa untuk dimasak
Pak Inchik kata nak masak halia
Maka Mak Inchik pun ikutkan je la
Siap dah Pepahat Masak Halia bersama Kangkong Belacan

Resepi Pepahat Masak Halia
Bahan-bahan:
Sekilo pepahat
1 inch Halia dihiris
5 Bawang putih di ketuk
Cili api 1@2 biji diketuk
2sb sos tiram
Garam

Cara-cara:
Tumis halia dan bawang putih sehingga harum kemudian masukkan cili api.
Masukkan pepahat dan sos tiram..gaul sebati. Masukkan garam pika perlu.
Tutup kuali sebentar supaya isi pepahat masak sekata.
Buka pent-up kuala kacau rata dan boleh dihidang.
Selamat mencuba!

Peria Goreng Garing

Kembali bersiaran
Kejap ada, kejap tiada
Ok kali ni pasal Peria Katak
Nak makan sayur memang tidak le kan
Mendengarkan nama Peria je dah membayangkan PAHIT

Tapi orang kata yang pahit jadi ubat
Peria bagus untuk diebetis
Ehhh aku belum kot kategori tu
Tapi dalam nak beringat le ni
Almaklum masa bulan Mei aritu kan warded pasal gula dalam darah tinggi
Dah rezeki takde 7 Ramadan keguguran

Saja la beli peria katak hiris nipis dan rendam dalam air garam
Kemudian toskan dan gaul rata dengan tepung gandum, 
tepung beras, serbuk kari dan sedikit garam
Goreng dalam minyak panas
Eh sedap rupanya
Dah berbotol aku dgn pak inchek kunyah
Rangup!
Pahit!
Tapi SEDAP!!!
Nampak gaya kena beli peria katak lagi ni

Awal-awal percubaan beli 2 biji je
Kali ke-2 beli 6 biji
Kali ke-3 beli 10 biji lebih kurang sekilo ni
Hmmm agak mau kena beli 2-3kg 
Stok depan tv kena la ada
Resepi?
Tu kat atas dah cerita kan
Main agak-agak je xde sukat-sukat

Minggu Kitar Semula MamaNajlaa

Kembali bersiaran!
Assalamualaikum semua..
Amboi tajuk bukan main lagi kan
Kat rumah ni mmg la banyak botol
Almaklum botol minyak memang guna yg 5liter
Botol mineral lagi, botol air tenaga, botol air gas hehehee
Kalau ada yang baca entri terdahulu ada cerita pasal daun kesum
Dah tumbuh akar, tanam ke tanah, hidup hanya sementara dan menemui ajal
Ada yang bagitau kalau boleh pasu jangan berlubang 
sebab pokok kesum ni suka hidup terendam basah kuyup dengan air
Nak beli pasu lain dah x kuasa
Marilah kita cuba dengan botol minyak ni
Basuh bersih, kerat dua dan belah muncung masukkan kedalam bekas
Isi tanah, lubangkan dan masukkan batang2 kesum
Siram yek dengan air huhu
Memandangkat dok umah bertingkat letak botol tepi tingkap je untuk cahaya mentari
Ni macam self-watering la
Alhamdulillah menjadi dan hidup pokok kesum

Ni botol air lak ku jadikan tabung
Macam botol coke tu belah dan potong la sket kasi pendek.
Kalau x macam panjang sangat dah x cun
Balut la ikut suka korang nak warna apa
Tebuk lak tengah-tengah tu agak le untuk duit bleh masuk
Lekatkan wiggly eyes
Siap!!!
Piggy Bank najwaa guna botol mineral kecik, takyah potong..
Balut je dengan manila kad, pastu lekat le double sided
Excited bebudak ni dengan tabung baru
Hmmm pasni apa lagi nak buat ek.

Oh! Daun Kesum

Begini la bila hidup merantau
Setelah hampir 2 tahun lebih di Abu Dhabi, baru jumpa daun kesum
Hishhh macam nak lompat bintang
Tak terkata kesukaan
Boh daun kesum isi air
Biar segar!!
Lepas 2 hari dah nampak kuo akar
Amik la sket tanam kat pasu hehehee
Harapan ku hidup subur la kau Sang Kesum
Makanya jadi la Laksa Johor
Yummy!!

Di sini daun pandan, serai mmg senang jumpa
Daun kunyit pernah jumpa siap dengan kunyit hidup sekali
Ehh dah jumpa memang kita beli la kan
Barang rare ni, lengkali kalau g Lulu kompom takde
Daunnya kerat le pe lagi simpan esbok
Kunyit hidup amik sket, baki tanam
Ahahahaha dengan harapan hidup la kau Sang Kunyit
Pernah sekali je jumpa bunga kantan
Sebatang AED7.95 bersamaan dengan RM9.10
Beli lah jugak kan
Kata barang rare!!
Cempedak Durian????
Ahahahahaa ku beli gak psal mmg cempedak
Ok lengkali ada barang rare ku update



Daging Jeruk Goreng

Assalamualaikum
Kembali bersiaran dari padang pasir berdengung
Kali ni nak berkongsi resepi
"Daging Jeruk"
Lebih kurang macam pekasam la tapi pekasam siap dengan beras goreng kan
Resepi ni pun dapat dari group Masak Apa Hari Ni (MAHN) kat fb nun

Senang je uollssss nak membuatnya
Sapsapsuiiii siap hehehehe
Bahan-bahan pun senang je
Daging
Garam
Limau kasturi/limau nipis/lemon
Sukati la nak yang mana
Daging potong nipis-nipis
Selapis daging tabur garam, perah limau, 
Lapiskan lagi daging tabur garam sesedap rasa perah limau ulang sampai habis
Tutup bekas, masuk esbok perap semalaman

Esoknya bleh la digoreng daging tu mcm nk goreng pekasam
Cili api dan bawang jangan dilupa. 
Nyummmmm
Bertambah-tambah nasi hahahahhaha

Berlibur Di Al Bateen Beach

Salam siaran dari bumi Abu Dhabi
Memandangkan cuaca dah semakin mendung tak bererti hujan
Angin sepoi-sepoi bahasa
Musim sejuk tak berapa sejuk hehehe
Jom la ke pantai

Kononnya nak berBBQ, seb baik sehari sebelum g tanya sekuriti kat sini
Not allowed katanya
Kat Abu Dhabi ni dorang selalu bbq kat park
Tapi aku tak gemar lak kat park
Almaklum la kat park dah tentunya segala boyan, gelongsor, 
jongkang-jongket mesti bebudak berebut
Kang mana nak membako mana nak tengok anak
Kalau kat pantai korang korek la pasir segala mak tak heran 
Hahahahaa
Nasi lemak je uollsssss
Tu paling senang kan
Laki bini kena la masuk gak dalam frame ni miahahahahaa
Nasi lemak sambal sotong kering
Kalau ada daun pisang ni hmmmm harummm
Sesi mengorek pasir bermula
Papa ajak ke gigi air
Pegi la anak-anak 
Janji mak tak masuk dalam air
Bukan takut tapi malas kang nak bilas
Nak tuko baju segala
Biau le anak-anak dengan apak je yang berkubang
Kemain diva lagi onteng-kinteng
Dengan spek itam
Ngehngeh kat sini pun ada jembatan Pulau Pinang....lalalalaa
Kakak dah sejuk, berjemur jap ala-ala meksaleh
Najwaa bila dah main air tanak keluar lak
Adoiiii kemain lama lagi berendam
Bila ajak naik laju je menjawab "tanakkkk"
Lepas puas kena paksa baru la keluar dr berkubang
Tu pun nak berhempas badan guling-guling
Lepas mandi tukar baju main bola pulak kat atas rumput
Tak puas lagi rupanya
Ok dah jom la balik
Cukup-cukup la tu lengkali kita datang berkubang lagi
Bukan jauh pun dari rumah 
Hehehehe
Eh kakak sempat lagi nak bergambo dengan bunga pepel ni kat parking


Al Ain Air Championship

Sekarang ni kat Abu Dhabi tengah cuti sekolah
Tapi takde la kami berjalan sakan
Almaklum papa kerja 4 hari kat site pastu baru le cuti n balik umah 4 hari
Tapi sempat la kami ke Al Ain Air Championship 
yang berlangsung selama 3 hari dari 17-19 Disember 2015
Kami ke Al Ain pada hari terakhir
Anak beranak dalam kereta menuju Al Ain Airport
Tiket kami dah beli secara online
Acara bermula dari jam 11 pagi hingga 9 malam
Najwaa yang paling teruja dengan pesawat
Asik la menjerit "airplane...airplane"
Tengah menyaksikan lalulintas jet pejuang dan yg sewaktu dengannya
Dapat gak naik helikopter
Seperti biasa najwaa paling excited
Sampai tanak keluar nak dok dalam aje
Love is in the air
Hehehehee
Macam-macam aktiviti ada kat sini selain pertunjukan aircraft, akrobatik
Kami join main gendang tradisional afrika
Djembe namanya
Semua sporting ikut je apa instructor ajar
Kakak mintak lukis di tangan
Adik lak nak lukis muka
Lepas tu g mintak belon 
Suka Najwaa dapat pegang burung helang
Najlaa berehat sambil makan nutella crepe
Kami semua gembira
Hahahahahaa poyo je ayat
Dah jom balik!!
Lengkali stori citer lain lak
Daaaaa

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in