Showing posts with label Resepi Pepahat Masak Halia. Show all posts
Showing posts with label Resepi Pepahat Masak Halia. Show all posts

Pepahat Masak Halia

Assalamualaikum
Cerita dari Abu Dhabi kembali bersiaran hihihi
Kat sini selain LuLu Hypermarket, aku suka gi Carrefour
Tengah dok melilau cari barang mata tertancap kat menda ahah ni
Macam kenal tp yang ni besar-besar
Kalau pegi makan kat Muara Sg. Duyong "Pepapat"ni kecik sket
Kami laki bini dok belek-belek confirm memang Pepahat 
atau sesetengah tempat sebut "Siput Buluh", "Ämbal"
Selepas dibasuh bersih tiba la masa untuk dimasak
Pak Inchik kata nak masak halia
Maka Mak Inchik pun ikutkan je la
Siap dah Pepahat Masak Halia bersama Kangkong Belacan

Resepi Pepahat Masak Halia
Bahan-bahan:
Sekilo pepahat
1 inch Halia dihiris
5 Bawang putih di ketuk
Cili api 1@2 biji diketuk
2sb sos tiram
Garam

Cara-cara:
Tumis halia dan bawang putih sehingga harum kemudian masukkan cili api.
Masukkan pepahat dan sos tiram..gaul sebati. Masukkan garam pika perlu.
Tutup kuali sebentar supaya isi pepahat masak sekata.
Buka pent-up kuala kacau rata dan boleh dihidang.
Selamat mencuba!

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in