Sakitnya tuh di sini
Hadoyaiiii dah dekat 3 minggu sakit gigi
Bukan la setiap hari kekadang je kira on off la
Tapi bila dah sakit aku telan je panadol
Kiranya penelan tegar la wapun ku tak suka ubat
Bila sakit dah tak tertanggung ke dentist la kita
Selepas doktor soh nganga-nganga
ketuk-ketuk gigi kemudian nurse ajak g bilik xray
Ini la hasilnya
Dua batang gigi tengah berlumba nak keluar
Tapi apakan daya terhalang dengan gigi geraham bongsu
Patut le sakit!!!!!!
Impacted teeth
Senget dah tumbuhnya
Tapi doc kata bila cabut nanti gigi baru akan turun dan tumbuh elok la
Memandangkan belah kiri yg sakit lebih kena la kuokan geraham kiri dulu
Doc sapu gel, injek sana sini situ
Pastu dengar la bunyik krikkk krikkk
Huhuhuhu seremmm
Alatan mencabut gigi berlaga dengan gigi
Setelah berhempas pulas berjaya la geraham dikeluarkan
Memang sedaya upaya la doc kerjakan gigi
Almaklum gigi tak goyang
Kiranya kukuh la segala akar
Sempat lak amik gambo dalam toilet
Tapi terhalang lak dengan enpon mulut senget dan pipi kembung
Lepas buat payment Dhs170 amik prescription terus la ke farmasi
Doc pesan xleh makan just minum air sejuk dengan jus
Malam tu aku baham bihun sup yg x dipanaskan
Ahahahahhaa
Dah gugel rata-rata gtau xleh makanan panas nanti darah lambat kering
Sepanjang malam tido memang tak lena
Ubat tahan sakit sudah ku telan
Tengah tido rasa pahit mulut
Adehhhh masih berdarah
Bape banyak darah dah aku telan ni????
Camne la vampire suka hisap darah kan
Tetiba teringat lak citer Raja Bersiong
Kerana cabut gigi la pipi bengkak 3-4 hari
Bukan tu je dalam mulut pun semacam rasa bengkak
Dah makan pun sambil pejam mata
Kunyah ala kadar telan
Dan hari yang dinanti pun tiba
Sabtu, 2hb Mei 2015
Serah diri untuk geraham kanan
Doc tanya "Are you ready? "
Ehhh sudah tentu la ready kang hilang nikmat makan kalau asik sakit gigi
Sapu gel
Injek sana sini situ
Tunggu 5 minit
Kebas!!!!
Pejam mata
Krikkk krikkk
Kejang dah rasa badan tapi gigi tak tercabut
Aku dengar doc cakap dgn nurse ntah apa nama alat tatau
Celik mata jap tengok doc tengah pilih macam screw
Nganga doc luaskan lagi mulut adoiiii rasa cam melecet dah tepi bibir
Dengar la zerrrr zerrrr bunyi mesin tu
Tatau le ape ke benda doc buat kan
Sepanjang masa pejam je mata
Dan akhirnya berjaya dikeluarkan
Doc sumbat gauze
Pastu dia kata ada serpihan yg tinggal
Doc masukkan alat dalam mulut soh kemam
Ohhhh rupanya nk xray
Nampak la ada sket lagi serpih gigi
Jangan tengok kalau geli hahahaha
Doc belah gigi ku
Nampak tu kat tengah tray tu ada 2
Kat petak kecik tu le serpih gigi
Untuk kali ni bayaran Dhs110
Kalau ikutkan rega asal Dhs500, insurance cover sket so bakinya je kita bayar
Next week appointment untuk scaling
Kita kasi cuci
12 Gtau jek:
ngerinya
seram baca. wakaka. hari tu saya ada gak rasa sakit2 dkt bahagian gigi bongsu. takut gila xD sbb org kata gigi bongsu ni bila tumbuh sakit apa semua
😅
alahai...ngeri..xpernah cabut gigi...tak mau huhu
Baca je seram kan, yg serah diri ni mcm2 perasaan. Siap ckp kat asben jgn la geraham bawah lak wat hal nk tumbuh pasni
Huhuhu cukup la ni tamo dah cabut gigi lagi takut seram ngeri seme ada
hazap selagi tak buang gigi geraham bongsu yg tumbuh senget camni...faham sangat perasaan sakit tu camne...akak dah selamat buang 6 ke 7 tahun lepas...legaaaa
Adeiii nak makan pun takut2 ni bila gigi dah cabut
Tumbuh lg? Aduhh sy pun mcm x cukup set lg tumbuh gigi kekal ni tau. Jgn la dia nk tumbuh gak nanti2. Sobsss
Ngerinya bila gigi dipotong2 camtu. Tak dpt bygkan sakitnya. Huwaa
LM masa dok kerjakan gigi mmg kita x rasa apa pasal dh kebas, cuma bila ada sound effect tu kita dok terbayang mcm2 ngeri. Dannnn yg oaling sedap bila ubat kebas tu dh habis wpun baham dah ubat tahan sakit tetap sakit
saya paling takut nak p jumpe doktor gigi huhu......anyway Salam kenal, saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik tq :)
seriau main dgn gigi2 ni
Post a Comment