1001 KHASIAT KACANG

Lagi pasal kacang....entri sebelumnya kat SINI

Mungkin tidak ramai daripada kita yang menyangka kacang yang selalu kita makan. Sewaktu bersantai tersembunyi beberapa khasiat dan merupakan penawar kepada beberapa jenis penyakit. Ia boleh didapati dengan mudah di pasaraya dan dijual di pasar-pasar malam. Kacang bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Ia selalu dijadikan makanan pengunyah sewaktu berehat bersama keluarga di hadapan tv. Dan yang lebih utama harganya yang murah.

Hilangkan tekanan darah tinggi
Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat sejak awal akan menimbulkan komplikasi terhadap pengidapnya dan boleh membawa maut. Cuba ikuti petua ini, mungkin ia boleh mengatasi masalah tekanan darah tinggi anda. Cara-caranya ialah gunakan 60 gram daun kacang serta rantingnya sekali. Rebus dengan air dan minumlah air rebusan tersebut. Satu lagi kaedah rawatan ialah ambil beberapa biji kacang dan rendamkan ia dengan cuka makan. Setiap pagi amalkan memakan 10 biji sehari.

Insomnia
Tidak mahu lagi terkebil-kebil di malam hari sedangkan suami di sebelah berdengkur Keletihan? Penyakit insomnia boleh menimbulkan kesan-kesan lain seperti kemurungan dan tekanan terutama sekali apabila berada di tempat kerja. Cara-cara merawatnya ialah dengan menggunakan 60 gram daun kacang bersama-sama rantingnya. Masukkan sedikit air kemudian hancurkan kesemuanya sehingga sebati. Makan 100ml sehari bahan-bahan yang telah dilumatkan tadi.

Mengurangkan penyakit bronkaitis kronik
Gunakan 60 gram kulit kacang yang menyaluti biji kacang. Kemudian campurkan dengan air dan rendamlah selama 10 jam dan kemudian toskan supaya anda mendapat airnya sahaja sebanyak 100ml. Tambahkan sedikit gula dan minumlah dua kali sehari.

Hilangkan batuk akibat asma dan kahak disertai darah
Pesakit asma mudah diserang batuk-batuk yang boleh mengakibatkan kesukaran bernafas. Untuk menghilangkan penyakit tersebut, ambil 30 gram kulit kacang dan 15 gram bunga lili. Kemudian direndam di dalam air semalaman. Minumlah air rendaman tersebut sehingga penyakit anda sembuh.

Atasi masalah cacing kerawit
Masalah kecacingan pada kanak-kanak yang tidak dirawat boleh mengakibatkan mereka kehilangan zat dan nutrien makanan yang sepatutnya diserap oleh tubuh mereka. Untuk merawatnya dapatkan minyak kacang yang segar. Untuk kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah, minumlah minyak tersebut dengan sukatan sebanyak 60ml. Manakala bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas gunakan sukatan sebanyak 80ml.

Hilangkan cirit-birit
Gunakan 60 gram biji kacang, dan 30 gram kurma cina. Hancurkan bersama sedikit air dan tambahkan sedikit gula dan bolehlah dimakan sehingga penyakit anda sembuh.

Atasi masalah kekurangan susu badan
Bagi kaum ibu yang sedang menyusukan bayinya. Mungkin sesetengah daripada kita mengalami masalah kekurangan susu badan. Untuk mengatasi masalah tersebut, ibu-ibu bolehlah amalkan meminum susu dan air soya. Di samping itu anda boleh juga mengamalkan cara ini. Ambil 100 gram biji kacang yang telah dibuang kulitnya dan ayam kampung. Masakkan dan tambahkan sedikit garam dan bolehlah dimakan bersama-sama nasi ataupun begitu sahaja.

Tambahkan tenaga akibat muntah berlebihan
Gunakan 60 gram biji kacang dan 30 gram kurma cina. Masukkan sedikit air serta tambahkan sedikit minyak kacang dan garam.
Tak Perlu Bimbang Makan Kacang

6 Gtau jek:

nur said...

Takminat sgt kekacang ni.. Camne nk tingkatkan minat?

Lydia Miza said...

tq ifo ni lela..miza mmg suka mkn kacang sbb suka mengunyah

Lelord said...

@nur alamak x suka kacang ek. sy mmg suka kacang kecuali kacang tanah huhuhuhu paling suka sejak dok doha ni roasted almond

http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2011/01/roasted-almonds.html

ADEEYA said...

Kacang boleh hilang kan insomnia??? :D kena makan kacang niii tp tk suka sobsss

Puan Kutu said...

sy sgt suka makan kacang.ALhamdulillah byk yer kelebihan kacang nie..:)

tiefazatie said...

wah..byk rupanya kelebihannya yaa..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in