Sentuhan merupakan satu kuasa komunikasi di awal kelahiran seseorang bayi yang baru dilahirkan. Banyak kajian mendapati bahawa perkembangan bayi seluruh dunia amat mudah didapati melalui kuasa sentuhan dalam proses memberikan kesan yang positif kepada bayi .
Tahukah anda bayi yang baru sahaja dilahirkan sebenarnya mampu untuk merasakan kehangatan sebuah sentuhan hasil daripada ibu dan bapanya sendiri. Apakah sentuhan itu? Ia adalah sentuhan yang berbentuk belaian kasih sayang dimana apabila bayi tersebut di sentuh maka bayi ini secara automatiknya akan dapat merasai ketenangan ketika ia berada dalam keadaan zon yang tidak selesa.
Saat bayi anda baru dilahirkan pada kebiasaannya tangan bayi anda dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu barang. Ada ketika waktunya bayi anda akan sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti meregangkan kaki dan tangannya mengikut keselesaannya. Bukan itu sahaja malahan tanpa ada sedari juga ketika anda menyentuh bayi anda dengan lembut pasti bayi anda akan mula memberikan tindak balas terhadap sentuhan dan agahan yang anda lakukan terhadap dirinya.
Sentiasalah memeluk, mendukung dan mengurut bayi anda kerana ia adalah salah satu cara merangsang deria sentuhannya si manja anda. Perlu diingatkan anda tidak digalakkan meninggalkan bayi anda dalam keadaan yang terlalu lama kerana ini akan menghalang bayi anda dari terus mendapat rangsangan sentuhan yang semakin berkurangan dari pihak anda.
Sentuhan yang lembut dan menenangkan juga sebenarnya mampu membuatkan bayi tersebut merasakan dirinya selamat dan dilindungi oleh kedua ibu bapanya. Pegang dan belailah tangan si manja anda dengan sepenuh kasih sayang. Kemudian sentuhlah pada bahagian belakangnya. Ini kerana sentuhan dari bahagian belakang tersebut akan membuatkan bayi anda berasa selesa dan tenteram.
Bagi bayi yang dilahirkan dalam keadaan pramatang pula, sentuhan merupakan terapi utama bagi mereka. Ia adalah penting untuk menambahkan berat badannya disamping dapat mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami bayi. Sekali gus ia juga mampu untuk memberikan kesihatanyang baik kepada bayi tersebut secara sedikit demi sedikt.
Ketahuilah semua bahawa bayi dapat melihat dengan jelas, melalui deria sentuhannya dimana ia akan mula belajar tentang dunia dipersekitarannya melalui emosi dan fizikal. Bahkan juga keterujaannya dalam memegang sesuatu kelembutan barang permainannya yang pertama! Ingat! warna yang terang selalunya bisa membuatkan bayi anda menyukainya
4 Gtau jek:
alahai..baca part baby baby nie..mcm nak baby je..bila tangan kita digenggam tu..syahdu sgt rasanya..kiss baby, bau baby ..sweet sgt...
huhuhu tu arrr best kan de baby...jom kite lombe nak?
kunjungan balas ..kalau ada mase..comment lah kat post blog saya.
nice info.. boleh saya praktikkan tuk my daughter yang baru 7 bulan..
makasih..
Post a Comment