Doktor Najlaa

Oleh kerana winter la kononnya tekak perit, hidung sokseksoksek
Dah jadi doktor la dak kenit ni
Ni menan baru najlaa
Hohohoho
Check tinge baby katanya
Hahahhahaa tengah sukat ubat la
Baby dah tergolek tu..
Adoyaiii kalau ada adik sendiri dia buat ceggini habis la

p/s: mudah-mudahan mana tau leh jadi doktor bila besar nanti..insyaallah

Cantik Di Hati

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur 
kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. 
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

p/s: kadang2 terlalu jujur pun susah gak kan...tepuk dada tanya selera

Mee Sup Simple

Dengan cuaca yg sentiasa nampak mendung
Mata lak layu je rasa nak tertutup
Sejuk sket dah ni
Almaklum semalam seharian hujan kat Qatar ni

Makanan yang paling best saat ni adalah mee sup
Lagipun senang dan cepat aje kan
Mee Sup Simple dari aku utk menu petang ni


Resepi Mee Sup Simple
Bahan
Mee kuning-dicelur
Daging hiris nipis
6 ulas bawang merah- ditumbuk
Halia-ditumbuk
Rempah 4 sekawan
2 biji cili api-diketuk
Air secukupnya
Garam
Sawi
Telur

Cara-cara
1. Tumis bahan tumbuk kemudian masukkan 4 sekawan
2. Masukkan hirisan daging gaul rata dan biarkan sekejap. Masukkan cili api
3. Masukkan air biar sehingga mendidih
4. Masukkan garam kemudian sawi
4. Pecahkan telur tunggu sekejap..tutup api dan hidang
*tabur bawang goreng dan sambal kicap


p/s: sejuk2 ni layan bola Malaysia-Bahrain..biskut lemak cicah kopi...nyaman

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Salam Maal Hijrah 1433H kepada seluruh umat Islam di bumi Allah SWT ini










Blueberry Cheese Tart

Dah lama nak buat cistat ni
Tapi memandangkan mood tak berapa nak ada
Kubiarkan sepi jek cream cheese dlm esbok
Resepi kali ni amik kat blog KakYus
Hmmm ni la ropa cistat ku
Dah cantik sket la lorekan tu
Iyer la ni 2nd time buatkan ada la improvement sket
Masa 1st time buat blueberry cistat ni rupa lorekan cam anak cicak
Tak caya meh tengok SINI

Cistat aku ni beso gabak, nak makan sebijik kena 3-4 kali ngap
Nanti balik Mesia nak beli acu tart yg kecit2
Nak makan sekali ngapp je huhuhu

Resepi Blueberry Cheese Tart
Cheese Tart
Sumber: Kak Azita Zain
Bahan-bahan Kulit Tart:
170gm margerin
50gm gula icing
1 biji telur (C)
1st esen vanilla
290gm tepung gandum

Cara-cara:
~ Pukul margerin dan gula icing dengan senduk kayu, pukul sekejap sahaja.
~ Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi dengan senduk kayu hingga sebati.
~ Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
~Tekankan doh dalam acuan tart, cucuk permukaannya dengan garfu dan bakar 180 darjah C selama 25-30 minit.
~Keluarkan kulit tart dari acuan.

Bahan Inti:
Inti Strawberry secukupnya ...aku boh blueberry
250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur (B)
1/2st esen vanilla

~ Putar cream cheese dan gula kastor sehingga gebu.
~ Masukkan telur dan esen vanilla, putar lagi hingga sebati.
~ Masukkan inti strawberry dan inti cream cheese ke dalam piping bag yang berlainan.
~ Paipkan inti strawberry ke dalam kulit tart secukupnya dan kemudian paipkan pula cream cheese sehingga memenuhi sisi kulit tart.
~ Paipkan lagi inti strawberry di atas cream cheese membentuk corak sole-sole seperti dalam gambar. (ingat... jangan derhaka.. wajib buat corak sole-sole... hehehe)
~ Bakar 10 minit lagi atau sehingga cream cheese tidak melekat bila disentuh sedikit dengan hujung jari. (Testing jer.. jangan sentuh semua... hahaha). tapi biasanya 10 minit tu memang dah tak melekat.

Tanda-tanda Akhir

Huhuhu maybe ada  yg dah baca status kat mukabuku aku kan
Hmmmm agaknya mmg ni la tanda-tanda akhir
Walaupun mata agak sakit memandang
Apatah lagi hati kan ekekekkee
Kalau dapat lappy baru kompom berbunga riang ni
Huhuhuhu nampak tak rupa blog aku ni
Cam ada bayang2 kan
 
Kalau bukak FB lg jelas kelihatan
Dah le jadi turquoise color
Siap gegar lagi cam tengok tv dolu2
Adoiiiiiii
Makanya segala mende2 penting kat lappy ni
kena la transfer external hard drive

Gara-gara Harimau Malaya

Walaupun kemenangan Malaysia menentang Indonesia dah berlalu
Demam Harimau Malaya masih menbara
Ekekekkekeee
Meh tengok ni
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Hehehehhehe ni tudung rimau bintang aku
Dah beli online
Balik Mesia bulan 2 nanti la baru leh pakai

Memandangkan apam polkadot aku tak jadi SINI
Aku beli aje la tudung Fareeda polkadot ni ahahahahha

Lagi satu

Lalalalalalalalllaaa

Apam Dotdot Yang Tak Menjadi

Huhuhu sudah suratan
Dotdot yg ku dot tak menjadi
Apa nak dikata
Salah menuntut atau langgar pantang
Meh la tengok kengkawan
Wakakakka ada hati nak tayang tu
 Dotdot tak jadi buat aje lorek..kengkonon cam cistat la kan
Bila la nak rajin wat blueberry cistat ni
Apam polkadot aku ni inti dalam coklat chip
Ekekkkee paling senang takyah aku potong coklat bar
Blueberry ada tp tu nanti nak buat cistat...tatau bila je heheheh

Resepi Apam Polkadot
Bahan-bahan

3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar...@ 150 ml bancuhan susu tepung...150 ml air + 5 scoop susu tepung
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
1 tsp esen vanilla
paste yng disukai
pewarne yng disukai

intinye....sekaya.filling,jem,inti kelape @ ape aje

Cara-cara

pukul gula,telur dan ovellete hingge kembang dan berkrim.
masukkan tepung berselang seli dngn susu segar.
kukus selame 10 minit..

Piknik Tak Jadi

Muahahhahaa igt ada Raya Tak Jadi aje ke?
Piknik Tak Jadi pun ada tau
Hajat di hati nak explore Fuwairit beach
Tapi sepanjang kat highway darling ckp angin kuat
Rasa terbuai aje keta
Perjalanan tetap diteruskan
Dah jauh jalan kan takkan nak patah balik
Cantik aje kan awan nano tu hehhehehe
Dah hampir sampai la ni
Masih ada tar pastu baru offroad
Hehehhehe seb baik lepas keta kecit kami
Almuklum keta biasa2 je bukan 4WD kan
Angin sangat la kuat bertiup
 Tudung pun nak tercabut
Pasir berterbangan sana sini
Pasir bergerak pun kami leh nampak
Kalau la dapat mandi-manda kan best
Nampak ni cam awek ni berkelah
Hohohohoho curik dari album nina
Terpejam-pejam mata dak kenit
Walaupun dah pakai shades kan mmg terasa pasirnya
Hahahhaa selalu kita dengan org sebut "makan pasir" kan
Kami pun hampir2 la makan pasir kalau boh makanan
Takpun zamzam ala kazam kalau bentang tikar kompom ada "tikar terbang"
Takpe la as long dah tau tempat ni lengkali leh g ngan warga Handasaa
Kami berjaya tinggalkan jejak kat sini lalallalalallala

Meraikan Kemenangan Malaysia

Usai selepas habis perlawanan antara Malaysia-Indonesia
Kami pun bergegas Jalan-jalan cari makan
Hohohoohohhho almaklum le masa game minum air je
No makan-makan
Hanya menjerit mengaum aje kan
Penat weii bg support walaupun depan tv aje kan
Tahniah sekali lagi Harimau Muda Malaya

Lamb chops darling yg punya
Sedap..lengkali aku nak order ni lak
T-bone steak....kena la well-done cooked
Ahmad albab yang punyaaaaaaaa
Hehehehhee ni aku punya la kan
Steak ni pun sedap banget
Dak kenit makan buah je...
Buffet kat sini kurang menepati piawaian tekak aku hmmmmmm
Jadi xde la nak amik sgt menu buffet tu
Aku tengok pak arab minah arab menimbun makanan boh dlm pinggan
Tapi x abis pun hehhehehe 
Buffet Qr49 sorang
Cam kami punya order steak & lamb chops tu lain la reganya kan
Buffet tu free (",)

Malaysia Boleh...Emas Dalam Genggaman

Tahniah Malaysia!!!
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau pasti boleh melakukan
Hehhehehe nyanyi jap
Harimau baham Garuda
Hadoiiii senak perut, berdebar2, jantung bergetar ecehhh
Macam2 perasaan ada masa game Malaysia-Indonesia
Alhamdulillah 5-4

Sorakan kegembiraan buat skuad HMM

Takde rezeki kalian skuad Garuda
 
Esok aku cuti uols
Yahuuuuuuuuuuuuuuuu
Selingan jap kat bawah ni

HINDARI DARI GARISAN WAJAH DI USIA MUDA

Kulit wajah anda turut menginjak seiring dengan usia. Sedikit demi sedikit pasti akan terserlah kedutan, tompok usia dan juga kekeringan. Mahukah anda biarkan kulit wajah tua sebelum waktunya sedangkan masih lagi berada di awal usia? Jadi, menjaga kesihatan dan kecantikan kulit ketika di usia muda begitu penting dan jangan sesekali memandang remeh.


Siapa kata penjagaan penuaan wajah tidak sesuai dipraktikkan di awal usia belasan dan 20-an? Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat. Anda tidak perlu membelanjakan begitu banyak wang untuk mencegahnya. Manfaatkan saja perkara yang ada disekeliling anda mengikut kemampuan seperti menggunakan produk-produk organik dan semula jadi yang menyediakan pelbagai cara untuk anda ingin menjadi seorang gadis yang cantik. Ikuti tip berikut:


1. Vitamin C begitu penting. Anda boleh mendapatinya daripada strawberi, betik, brokoli dan juga oren bagi menentang kedutan dan kekeringan. Vitamin ini membantu melembabkan kulit dan membersihkan radikal bebas kesan daripada sinar ultra violet. Kulit anda memerlukan vitamin C untuk menghasilkan kolagen bagi me ngurangkan kedutan. Oleh sebab itulah banyak kosmetik mengandungi vitamin C tetapi bukankah lebih baik jika anda makan dan bukannya menyuntik kerana ia lebih bersifat semulajadi.


2. Cahaya matahari berbahaya pada sekitar jam 11 pagi hingga tiga petang, jadi berhati-hatilah pada waktu itu. Jika anda ingin kelihatan berfesyen, pakailah topi untuk menutup wajah dan jangan lupa pakai sekali cermin mata hitam untuk melindungi mata daripada silau cahaya matahari. Jika tidak, pakai sahaja payung.


3. Anda pasti tahu bahaya makanan yang baik semestinya memberikan kesihatan kepada tubuh badan. Makanan sepertisayur-sayuran, bijiran, buah-buahan dan sebagainya mampu menjadikan ia diet yang sihat dan meningkatkan penampilan dari sudut kesihatan kulit, kuku, gigi dan juga rambut. Makanan berkhasiat ini bukan sahaja berfungsi dari sudut dalaman sahaja, malah anda boleh menggunakan bahan-bahan tersebut untuk kegunaan luar seperti menjadikan ia sebagai masker dan skrub sendiri di rumah.


4. Memang sukar untuk melindungi kulit daripada sentuhan cahaya matahari sebaik sahaja kaki anda melangkah keluar dari rumah. Tetapi anda masih ada cara untuk mengurangkan kesan daripada sinar UV yang berbahaya itu dengan memakai krim atau losen pelindung cahaya matahari pada keseluruhan badan. Walaupun anda mengenakan baju yang bertutup, tidak bermakna kulit anda terlindung.


5. Apabila memilih minuman, pilihlah teh hijau berbanding kopi dan yang lain-lain kerana ia membantu mengawal tekanan darah tinggi serta membantu mengawal paras gula dalam darah. The hijau juga dapat membantu mencegah dalam sesetengah penyakit barah selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan, menurunkan kadar kolestrol dan menggalakkan pembakaran lemak.


6. Lycopene biasanya ditemui dalam makanan seperti lobak merah, tembikai dan tomato. Ia adalah bahan yang membantu memelihara kelembutan kulit anda. Kajian telah membuktikan bahawa lycopene memperbaiki tekstur kulit. Jadi, kulit anda akan bertambah sihat dan cantik dengan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar sekali gus meningkatkan konsentrasi kulit.


7. Setiap kali anda memasak atau ingin makan, masukkan sedikit bahan-bahan anti-stress seperti halia, kunyit dan kulit kayu manis. Apakah pentingnyabahan-bahan ini pada kecantikan diri anda? Apabila anda berasa stress tidak kira disebabkan faktor persekitaran ataupun pekerjaan, urat saraf anda akan menjadi tegang dan menghasilkan garis halus pada wajah.

Cantik Di Hati

"Biarlah kita mengalah pada permulaan dan akan menang pada akhirnya daripada kita menang pada awalnya tetapi hakikatnya kita ialah orang yang kalah."

Kerabu Si Jantung Hati

Semalam beli sebijik jantung pisang
Hari ni google je la kan cari resepi
Selepas puas skodeng jatuh chenta dengan resepi CMG
Lagipun semua bahan mmg ada kan
Ayuhhhhhhh ke dapo

Kerabu Jantung Pisang
Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang nipah - huhuhu tatau le jantung brand 
ape kat doha ni
1 biji bawang besar, hiris halus - aku guna 4 biji bawang merah
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 ekor ikan kembong, goreng embal2, ambil isinya,...

hehee aku rebus je sekor ikan kembung
4- 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar kerisik
2 helai daun limau purut, dihiris halus
3 biji cili merah*
1 inci belacan, dibakar*
1 camca teh garam*
1 1/2 camca teh gula*
2 batang serai, hiris halus*(*ditumbuk lumat2)

Cara membuatnya :-)
  1. Jantung pisang dikupas sehingga jumpa bahagian yang bewarna cerah dan lembut, belah 4 dan celur hingga lembut dalam air bercampur sedikit garam dan 1 keping asam gelugor. Bila lembut, toskan dan biar sejuk. Perah2 sikit biar betul2 kering dan hiris kecil2. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, campur hirisan bunga kantan, bawang, kerisik, daun limau purut dan isi ikan. Masukkan bahan2 tumbuk lumat dan gaul rata. Masukkan hirisan jantung pisang dan juga jus limau kasturi, gaul dan sesuaikan rasa. Hidangkan segera....


Mee Kari SukaHati

Hohohoohohho tajuk tak agak2 kan
Dah lama nak makan mee
Tokey mee kat handasaa tengah alahan uols
Ibu mengandung ekekkee

Makanya warga handasaa perlu mencari alternatif lain la kan
Dan akhirnya.....
Korang mesti terer dah kan buat mee kari
Google jek macam2 resepi ada
Mee Kari aku x cukup bahan so takyah le boh resepi

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in