Showing posts with label Kerabu Jantung Pisang. Show all posts
Showing posts with label Kerabu Jantung Pisang. Show all posts

Lebihan Yang Dijadikan Puding Roti

Roti adalah makanan yang kena sentiasa ada kat umah aku
Najlaa suka roti cicah air milo
Aku suka makan roti bakar
Darling suka dengan roti kukus
Disebabkan ada balance beberapa keping
Siat-siat aje la jadikan puding roti
Resepi seperti biasa google wakakakkaa
 Huhuhu meleleh sos kastad
Secara jujurnya pestaim makan menda alah ni
Jakun betul kan
 Lauk untuk buka pose ke-12 ni Kerapu Sambal Bercili (sukati la kan namanya tu)
Mula nak buat kerapu 3 rasa
Tapi bukak esbok tomato lak xde, nenas pun xde huhu jem nenas ada la
Tapi menu sambal bercili ni best gak
Hiris-hiris je serai pastu tumis
Masukkan lak cili boh tumis sampai garing
Masukkan jus lemon sket
Gula merah dan garam secukup rasa
Kalau agak kering tambahkan air
Hiris cili api masukkan dalam sambal
Pastu siram je atas ikan yg dh digoreng garing
Tabur je daun ketumbar sebagai hiasan
Sayur takde...malas masak
Buat je kerabu jantung
Resepi kat SINI

Kerabu Si Jantung Hati

Semalam beli sebijik jantung pisang
Hari ni google je la kan cari resepi
Selepas puas skodeng jatuh chenta dengan resepi CMG
Lagipun semua bahan mmg ada kan
Ayuhhhhhhh ke dapo

Kerabu Jantung Pisang
Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang nipah - huhuhu tatau le jantung brand 
ape kat doha ni
1 biji bawang besar, hiris halus - aku guna 4 biji bawang merah
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 ekor ikan kembong, goreng embal2, ambil isinya,...

hehee aku rebus je sekor ikan kembung
4- 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar kerisik
2 helai daun limau purut, dihiris halus
3 biji cili merah*
1 inci belacan, dibakar*
1 camca teh garam*
1 1/2 camca teh gula*
2 batang serai, hiris halus*(*ditumbuk lumat2)

Cara membuatnya :-)
  1. Jantung pisang dikupas sehingga jumpa bahagian yang bewarna cerah dan lembut, belah 4 dan celur hingga lembut dalam air bercampur sedikit garam dan 1 keping asam gelugor. Bila lembut, toskan dan biar sejuk. Perah2 sikit biar betul2 kering dan hiris kecil2. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, campur hirisan bunga kantan, bawang, kerisik, daun limau purut dan isi ikan. Masukkan bahan2 tumbuk lumat dan gaul rata. Masukkan hirisan jantung pisang dan juga jus limau kasturi, gaul dan sesuaikan rasa. Hidangkan segera....


 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in