Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Kerabu Kolagen Rumpai Laut

Tadaaaaa
Kerabu kolagen uols
Sedap betul
Memandangkan skang ni bisnes Ibu Kolagen Rumpai Laut
Makanya mencuba la untuk dijadikan menu sihat dan berkhasiat
Rendam aje sampai kembang ibu kolagen ni
Pastu hiris kasar
Bahan kerabu lain korang mesti terer buatkan
Sama je cam buat kerabu yg korang selalu buat tu
Kat umah memang ada tanam ulam raja so campurkan sekali dgn taugeh
Bunga kantan yg dihiris bersama bawang merah dan cili api
Udang kering ditumbuk halus 
Kelapa parut disangai
Perahan limau dan garam pelengkap rasa

Kerabu Si Jantung Hati

Semalam beli sebijik jantung pisang
Hari ni google je la kan cari resepi
Selepas puas skodeng jatuh chenta dengan resepi CMG
Lagipun semua bahan mmg ada kan
Ayuhhhhhhh ke dapo

Kerabu Jantung Pisang
Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang nipah - huhuhu tatau le jantung brand 
ape kat doha ni
1 biji bawang besar, hiris halus - aku guna 4 biji bawang merah
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 ekor ikan kembong, goreng embal2, ambil isinya,...

hehee aku rebus je sekor ikan kembung
4- 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar kerisik
2 helai daun limau purut, dihiris halus
3 biji cili merah*
1 inci belacan, dibakar*
1 camca teh garam*
1 1/2 camca teh gula*
2 batang serai, hiris halus*(*ditumbuk lumat2)

Cara membuatnya :-)
  1. Jantung pisang dikupas sehingga jumpa bahagian yang bewarna cerah dan lembut, belah 4 dan celur hingga lembut dalam air bercampur sedikit garam dan 1 keping asam gelugor. Bila lembut, toskan dan biar sejuk. Perah2 sikit biar betul2 kering dan hiris kecil2. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, campur hirisan bunga kantan, bawang, kerisik, daun limau purut dan isi ikan. Masukkan bahan2 tumbuk lumat dan gaul rata. Masukkan hirisan jantung pisang dan juga jus limau kasturi, gaul dan sesuaikan rasa. Hidangkan segera....


Selesaiiiii


Hmmmm
Memandangkan dlm esbok ade sket lagi kacang botol
So aku amik keputusan buat kerabu jek
Hehehehhe
Layanzzzz...sedap nih


Dan lawannya adalah kembung bakar cicah air asam
Pehhhh meleleh
Nyummmm



 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in