Petua Mudah Untuk Hidup Bahagia


Sangat simple tapi sangat berkesan. Semua orang tahu, tapi tak ramai yang dapat amalkan.



Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?


Petuanya ialah, INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara ;

  • INGAT (1)

Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.

  • LUPA (1)

Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.

  • INGAT (2)

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.

  • LUPA (2)

Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia.

Kalau dapat amal petua "INGAT 2, LUPA 2" ni, insyaAllah saya jamin, anda akan dapat hidup lebih bahagia. InsyaAllah, sama-samalah kita amalkan. ;)

11 Gtau jek:

Ena said...

huhu..

sangat bermakna entry lela nie..

Lelord said...

hehehehe ingat-mengingati...

suriajingga said...

aku kan cuba amal petua ini....

Unknown said...

tq for sharing...

Lelord said...

Bain : aminn tuk sumer

Lelord said...

SuriaNingga : che'su sila amalkan ..nanti aku wat n3 pasal doa lak hehehe yg ni ko leh amalkan gak

Lelord said...

Mamamya : U're most welcome

baincardin said...

Thank you. :)

Hizami Li said...

moga rumahtangga berkekalan ke akhir hayat ye kak.
;)

Lelord said...

Bain : sama2

Hizami : macehhh...amin

mama hanim said...

info yg bagus..tq2..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in