Kuasa mata, siapa mampu menyangkalnya? Pada sepasang mata tersirat seribu rahsia malah mata jualah yang sering menyatukan dua jiwa. Kuasa itulah membuatkan ramai ingin tampil dengan sepasang mata yang mempersona. Justeru itu tidak hairanlah kanta lekap menjadi pilihan. Kanta lekap bewarna kelabu, biru, hijau dan coklat apakah warna pembayang mata yang sesuai untuk kanta lekap tersebut.
Pembayang mata terdapat dalam pelbagai jenis sama ada jenis debu, krim, cecair atau pun pensil. Apa yang pasti mencari warna pembayang mata yang sesuai bukanlah senang bagi pemakai-pemakai kanta lekap ini. Manakala warna pembayang mata pula akan berubah dari masa kesemasa mengikut musim dan trend terkini.
Selain warna kulit, warna rambut, warna anak mata juga memain peranan penting untuk di suai padankan dengan warna pembayang mata anda.
Kanta lekap biru sesuai untuk yang berkulit cerah. Rona pembayang mata pula paling sesuai untuk digayakan terdiri dari rona jingga, merah jambu, biru, coklat, unggu, putih, karemel, keemasan, perak dan toffee. Kemudian mantapkan lagi dengan pembayang pipi rona pic dan oleskan gincu rona lembut yang disudahi dengan pengilat bibir rona putih kristal. Bagi gadis bermata biru hindari penggunaan warna pembayang mata dari warna hijau dan merah.
Kanta Lekap Coklat
Kanta lekap bewarna coklat sering menjadi pilihan bagi menampakkan mata yang semulajadi Selain hitam di Malaysia ada juga yang memiliki mata bewarna coklat ternyata amat bertuah kerana boleh digayakan dengan semua warna pembayang mata. Namun pilihan terbaik adalah dari warna beige, toffee, coklat, putih dan coklat gelap. Serlahkan lagi bentukmata dengan melukis garisan mata menggunakan penggaris mata jenis cecair rona hitam atau coklat.
Kanta Lekap Hijau
Bagi yang memang gemar tampil unik dan pelik, bermata hijau pasti memberikan kelainan yang dicari. Pilihan pembayang mata paling sesuai adalah dari rona pic dan merah jambu. Selain itu rona copper, hijau dan kuning, unggu, plum dan jingga aprikot juga sesuai untuk anda. Harus di ingati hindarilah pembayang mata bewarna biru bagi si pemakai kanta lekap warna hijau ini.
Selain itu, jangan lupa fokus pada mata anda dengan penggaris mata warna coklat dan maskara hitam. Bagi mencapai dimensi yang dicari, lengkapkan rias anda dengan gincu rona lebih gelap atau merah.
Kanta Lekap Kelabu
Kanta lekap kelabu turut menjadi pilihan bagi individu yang ingin tampil dengan mata galak semulajadi. Kebiasaannya komponen warna sejuk paling baik untuk padanan si mata kelabu. Antara warna pembayang mata sesuai untuk anda adalah warna merah jambu, turquoise, biru, plum dan unggu. Jika anda berkulit cerah,rona sheer green juga boleh digayakan tetapi jauhi warna ini jika anda berkulit gelap kerana ia tidak akan menonjol. Warna coklat juga adalah warna yang patut dijauhi jika anda memilih kanta lekap bewarna kelabu ini.
****hehehhe aku mmg suke pakai mata kaler2
11 Gtau jek:
zami pilih teeet...
wakakaka.
entah.
awe pilih biru ngan hijau..heheheh, eh akak jual ke?
hahhaha akak bukan penjual tp pembeli
huhuhu..kak kalu power tinggi leh pakai ke?
bleh...akak belah kanan 575, kiri 550 tp dh dpt khidmat nasihat pakar akak guna 550 arrr tuk kirikanan
wah yeke..bgus ek..awe 600..huhu..dulu awe pkr nanti kanta tebal..huhu
wahh..tinggi gak power mata sis ek..sy dulu pakai lens color grey..ok gak..tp la ni...dh malas...pakai spek jerk...
akak benonya malas pakai spek...lgpun spek mahal. ni pun x berganti dh setahun lebih. tgu papa balik next mths arr leh pow
tau tak pe kak..mahal, tp pakai lens..leceh lah kak
Lela pakai lens colour aper pulak..
ekekekek kaler biru ngan grey
Post a Comment