Showing posts with label Dubai. Show all posts
Showing posts with label Dubai. Show all posts

Riang Ria Gembira Bersama Di Global Village

Bila dah nak masuk musim sejuk ni
Terbina la segala bangunan di Global Village, Dubai
Memacam ada kat sini dari makanan, pakaian, tempat hiburan ala fun fair 
Ramai ooo datang lagi malam lagi la ramai
Najlaa dan Najwaa kat pintu masuk sementara tunggu papa g beli tiket
Sorang AED15, onteng kinteng Najwaa je free
Masuk-masuk je nampak bas beso
Chakkkk
Amboiii kakak...ni kalau pakai dress kompom feeling princess
Tomyam sedappp
Tiap kali pegi Global Village mmg nak pekena tomyam thai ni
Pak arab mak arab pun suka tau
Anak-anak layan eskem turki
Video kena main dgn tukang eskem ada kat fb heheheh
Lepak santai sambil minum Karak Tea
Nampak tu KLCC ada kat Dubai
Ohhh rindu Malaysia
Eiffel Tower pun adooo
Seronok Najlaa nampak perkataan Malaysia
Masuk gak la nak tengok apa yang dijual
Mm sama je mcm dulu kit kilat keta, biskut oat apa tah jenamanya tu x perasan
Seb baik ada satu kiosk jual barangan kraftangan Malaysia cam wau bulan, batik, congkak
Baru la Truly Malaysia kan

Lainkali dah betul sejuk nak pegi lagi heheeheh

Aidil Adha Di Perantauan

Eid Mubarak
Untuk kesekian kalinya Hari Raya Qurban di perantauan
Takpe la kan lagipun Hari Raya Aidilfitri kan tiap tahun kat Malaysia

Ni je juadah kami
Gigih gugel hahahaha almaklum la 
Nasi Hujan Panas Ribut Petir hehehe seb baik jadi
Ayam masak merah, pajeri nenas, papadom, kek marble
Sedap gak lauk cenggini
Kombinasi mantap haahahaha angkat bakul
Hajat hati nak ke embassy
Tapi nak buat camne anak2 bangun kul 8 pagi
Dah lepas makan juadah terhebat air tangan sendiri tetiba darling kata jom jalan Dubai
Ehhh boleh saja
Singgah jap National Mosque, Sheikh Zayed Mosque
Tapi tak dapat nak masuk pun
Pintu pagar tutup, siap ada askar lagi jaga
Ku tengok ramai gak orang datang makanya ambil aje gambo kat luar
Lengkali la kita pegi
Boleh la kan dari takde gambo
Ke Dubai tu memang tujuan JJCM
Mula tu kami ke Maraheb tp tutup untuk lak
Gugel la kat mana lagi ada yemeni cuisine
Makanya menjelajah la ke Turath Almandi kat Jumeirah Beach
Haishhhh pesal lak mata mandang ke lain tu
Teruja kakak dengan air biru
Dah 3 tempat kami g makan yemeni cuisine
Lengkali aku up pasal makanan yaman ek
Selesai makan kita putar-putar keliling kota hehehehe
Memang xde g mall pun
Lepas pusing-pusing kembali la ke Abu Dhabi
Singgah jap kat Yas Island
Dah sampai Abu Dhabi pun ni, Sarayat Beach kot tempat ni
Ingat nak ke tempat yg ada layang-layang beso tu tapi tutup lak ada ntah nk buat apa
Lagipun tatau celah mana nk masuk situ
Hahahahaa bergambo aje la kejap
Ada la pengunjung yg wat bbq, tengah mancing, terjun tiruk
Kami posing je lalalalalaa
Subhanallah
Cantik sangat


KidZania Dubai

Mari bergembira!!
Minggu depan dah mula sekolah
Jadinya meh la kita bersosial dulu
KidZania Dubai Mall
Harga kemain mahal
Dewasa 17 tahun ke atas AED95
Kanak-kanak 4-16 tahun AED140
Najwaa free huhuhuhu pasal bawah 2 tahun
Yang umo 2-3 tahun AED95
Lengkali la najwaa dah pandai memain bawak KL punya je hahaha
Fuhhhh Najlaa je kidzania KL dah 2x pegi
Hmmmm
Seperti biasa g bank amik duit dulu
Kami gi isi perut dulu pastu baru le aktiviti bermula
Najlaa ke Chocolate Factory
Kat sini lebih kurang 20 minit la 
Chocolatier
Buat coklat sendiri
Huhuhuhu kagum la tu
Ni lak kat kilang biskut
Haishhh asik jadi minah kilang aje
Mulanya najlaa nak jadi bomba
Adehhh dolu masa kat KL dua kali pegi
Dua kali gak dia jadi bomba
Kali ni kasi tuko
Menguli doh
Gelek..gelek..jangan tak gelek
Lepas gelek...terap...pastu bako
Tadaaaaaa
Siap dah biskut Britannia
Kalau dah gegirl kannnn
Kena la ada jewelleries
Buat gelang je pun hahahhaa
Kat sini lak as Trainee Perfumer
Fokus!!
Tatau le ntah hape yg Najlaa mix dalam botol
Kihkihkih siap dapat sijil
Seb baik wangi campuran perfume
Ni la antara yang sempat dibuat
Coklat dengan biskut dah selamat dalam perut
So xde la gambonya yek
Banyak lagi benonya keje/aktiviti 
tapi mmg x sempat dan x kuasa le nak beratur
Alahai ini pun dah cukup buat najlaa senyum sampai telinga
Bukan setakat papa banje g kidzania
Sempena besday si adik onteng-kinteng Najwaa
Papa belikan hadiah untuk adik, tempias tetap kena kat kakak
Nanti la yek hakak update


Mencari Rempah Di Diera, Dubai

Hohohoho jenjalan cuci mata tengah panas
Fuhhhh
Lagipun dah nak balik kan tujuan mmg nak cari rempah-ratus yg bff kirim
Souq ni kat kawasan Diera, Dubai
Ni kiranya old souq la
Terubat la rindu kat Souq Wakif, Qatar
Memang dah lama hajat nak meronda kat souq
Kat sini ada Herbs Market, Utensils Market, Matress Market 
tu le signboard yg aku nampak
Almaklum x abis menjelajah
Macam jenis, rupa bentuk dan kaler rempah-rempah ni
Aku x meronda sangat pasal panas x boleh tahan
Makanya masuk satu kedai beli segala jenis barang terus
Darling kata nanti la kalau nk ronda masa musim sejuk
Kemain cantik lagi susun lapis rempah ni
Huhuuu ni khas buat tatapan bff Mamamya
Tengok aje la gambo dulu yek, ramadhan baru aku balik
Saffron, habatussauda, loomy powder & biji skali wakakakakaa
Sila la gugel camne nak buat nanti je
Tapi tokey kedai gtau loomy biji tu masak dalam lauk atau nasi utk bg aroma
Beli gak teh ni hah...comel lak bunjut2 cenggini
Tak puas rasanya xpe la tunggu la musim sejuk nanti satu souq aku jelajah



 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in