Mama Hari Ni Hari Mesia

Masih belum terlambatkan untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-55
Bangun pagi je Najlaa dah cakap
"Mama, hari ni hari Mesia, cikgu cakap x sekolah"
Dan pagi-pagi dah terpacak depan tv dengan perarakan hari merdeka kat TV
Tahniah kepada wira dan wirawati yang memperjuangkan kemerdekaan negara
Hari ni mmg dok tengok tv je
1957: Hati Malaya, Darah Satria, Apa Dosa Ku, Bukit Lalang dan banyak lagi

Ke Sekolah Akhirnya

Adoiiii cuti raya blog pun bersawang
Almaklum la on9 dengan enpon je kan
Malas nak bukak lappy cucuk broadband bagai

Eh Najlaa dah g skolah
Tumpangkan aje kat Tadika Perpaduan
Lagipun dekat je belakang umah
Sekolah turun-temurun hehehe
Dulu aku skolah kat sini gak
Semua makcik ngan pakcik najlaa sekolah yg sama

Almaklum duduk Malaysia lama ni
So PapaNajlaa kata stay aje kat kampung
At least nenek leh ajar cucu ngaji
Kalau aku yg ajar kang kejap je..
Ngantuk la, penat la..macam-macam alasan
Hari Selasa baru ni saja la g tadika nak tanya boleh ke tumpangkan
Bila cikgu kata boleh terus la Najlaa sekolah
Pukul 12 tengahari aku amik la
Nampak sangat excited..macam2 dia cerita
Malamnya lak follow nenek marhaban
Balik marhaban terus amik beg skolah nak belajar
Huhuhu dah dekat 11.00 malam terus aku cakap tido aje esok nak g skool

Hari ke-2 masih bersemangat bangun pagi pun senang je
Tapi masa aku amik balik skolah nampak je muka mama dia yg comel terus "hujan lebat"
Adehhh pesal lak ni???!!!
Sambil jalan balik Najlaa ckp "esok tanak g skool"
Huwaaaaa parah ni
Aku pun tanya la..napa ada kawan kacau ke?
Sambil leleh airmata..."kawan bagi pensil, jaja tanak"
Huhuhuhu aku cakap la kalau tanak cakap la dgn kawan tu saya dah ada pensil
Balik umah pun muncung je
Tukar baju terus tido hehehe

Petang kuo g Carrefour g belikan tabung
Kat skolah rupanya budak2 ni menabung buat dari bahan terpakai
Mula bulan April ritu..so najlaa aku belikan aje la tabung
Buat homework yg cikgu bagi...so nampak gayanya mmg akan ke sekolah semula

Pagi ni tadi takyah kejut pun bangun sendiri je
Breakfast dengan susu n cocoa crunch
Pikul beg, pegang tabung g skolah
Sampai skolah cikgu tanya pasal "hujan lebat" semalam
Bila aku gtau ada kawan bagi pensil najlaa taknak
Cikgu kata dah agak dah..Raudhah tu mmg macam kaknam kata cikgu
Semalam pun asik dok "adik..adik.."panggil najlaa kata cikgu
Hehehheee


Cuti-Cuti Melaka

Yuhuuuu Salam Aidilfitri uols
Beraya sakan ke?
Hampir seminggu kat Batu Pahat tiba la masanya balik Melaka jengah rumah
Dah alang-alang cuti raya kan angkut aje la mak, kakak ngan abg ipar skali
Biasa la kan dah kat Melaka mana je lagi nak pegi
Bawak aje la naik Menara Taming Sari
Dolu masa Najlaa umo setahun lebih penah la pegi
Masa tu dia bukan tau ape pun kan
So dh beso sket ni bawak la naik lagi sekali
Posing la dulu kan sebelum menda alah ni berpusing
Zoom aje la mana yg sempat wakakkakaa
Pastu meronda aje la kat belakang Dataran Pahlawan
Adoiii kemain panas lagi





Nak sejukkan badan masuk aje dalam Dataran Pahlawan
Borong la segala maknenek dodol, bepang, kuih deram
Dah puas merayap tentu lapo kan
Melantak jap ayam penyet API dalam Tesco
Muahahahah x sempat nak snap gambo makanan
Laju je kitorang makan..lapo

Gambo tuan tanah je yg sempat snap ekekekee
Memandangkan umah BFF dah dekat je terus aje la redah
Hambekkkk ko...Mamamya baru je berurut so x dapat la nak laga2 pipi
Baby Harraz lak g kinik nak check kuning
Pas lepak jap baby pun balik hehehee
Sempat la nyusup masuk bilik tengok Mamamya berurut 
Adoii bestnya la badan kena uli
Perjalanan diteruskan ke Klebang yg permai
G skodeng kapal selam lak


 Muahahaha bongkah kapal selam ni lama dah ada kat Klebang tu
Tapi x sempat lak nak pegi kan

Mengidam Raya

Hmmm raya-raya ni dah x lalu nak melantak ketupat dan yg sewaktu dengannya
Memalam hari kitorang g mekdi
Layan GCB je
Budak berdua ni kasi je happy meal senang
Ramai giler manusia kat mekdi
Ni sumer mesti kes x leh nak telan makanan raya dah
Ni sumer adalah kejadian raya ke-3
Arini dah raya ke-4
G aje serang hendap kat Nasi Beriani Md Shah, Bt Pahat
Cadangnya nak melantak nasi beriani gam Taman Soga 
tp x bukak la pulak
Esok nak balik Melaka hehhehe dah seminggu tinggalkan umah
Boleh la nanti g melawat BFF yg baru melahirkan 2nd Komando Jr
Rupa budak kekenyangan makan nasi beriani
Malam ni aktiviti kami adalah BBQ hehehhee
Sok hapdet!!

Tayangan Perdana Raya

Hehehehee biasa la dah xde mende nak stori kan
Aku tepek aje la baju raya Najlaa
Smocking gown aku tempah 3 helai je cukup la tu kan


Kasut raya pun belikan la jugak
Dah selalu sgt rasanya dengan crocs kang orang bercakap lak
Hahahahaa ada ke org nak bercakap ek pasal anak ahkak ber-Crocs whateverrrr
Kali ni tukau lak Clarks aje


Baju kurung xkan xde kan
Adaaaa tp x siap lagi tailor ni mmg nak kena lahar dengan aku
Anto baju dari bulan Feb lagi
Mentang la dia tau aku dok jauh
Pagi td adik aku g survey kang dia anto tu pasal aku x tepek gambo
Seb baik nyonya ni punya jahitan kemas dari zaman baju nikah mmg dia yg jahitkan
Takpe la aku tunggu je kalau x sampai gak xde berbaju kurung la jawabnya
Adios
- Posted using BlogPress from my iPhone

Cantik Di Hati

"Jika ada orang yang bicara di belakang kita, itu tanda bahawa kita sudah di depan mereka.
Jika ada orang yang bicara merendahkan kita, itu tanda bahawa kita sudah berada yang lebih tinggi dari mereka.
Jika ada orang yang mengusik kehidupan kita padahal kita tidak mengusik kehidupan mereka, itu tanda bahawa kehidupan kita lebih baik daripada kehidupan mereka."

Smart Collection Perfumes 18ml France

Tadaaaaa
Cerrr tengok comel tak
Kalau dah nama miniature mesti la comel kan
Ini untuk dibawa pulang ke tanah air
Yeaaaaa tak sabo nak balik Malaysia
Flight 13hb yahoooo
Ada sesapa nak kirim ke? Hehhehee




Memaknakan Budaya Balik Kampung Di Aidilfitri


Menjelang 1 Syawal, ibarat satu kewajipan untuk umat Islam di negara ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Kala inilah mereka berpeluang bertemu ibu dan ayah serta sanak-saudara yang masih ada. Budaya sebegini sudah diterima pakai sejak dari dahulu lagi, malah ia semakin dinikmati bukan sahaja oleh umat Islam malah bangsa lain turut melakukannya.
Persoalannya adakah budaya balik kampung itu dapat menghidupkan roh Aidilfitri sebagaimana yang dituntut oleh agama? Atau kepulangan anak cucu itu sekadar memenuhi tuntutan bercuti panjang di Hari Raya.
Mencari makna di sebalik budaya pulang berhari raya perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam, agar kepulangan itu bukan sekadar pulang kosong tanpa pengertian. Bagi mengupas isu yang diketengahkan ini MW berkesempatan menemu bual Prof. Madya Hj Mohd Nor Mamat dari Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa pandangan dari orang ramai.
Jadi ikutan bangsa lain Menurut Prof. Madya Hj Mohd Nor, di kalangan umat Islam di Malaysia, budaya pulang ke kampung bermula dengan sambutan Aidilfi tri yang lama-kelamaan menjadi ikutan oleh bangsa lain. Ia menjadikan acara pulang ke kampung semasa cuti perayaan seperti satu budaya di negara ini.
Secara menyeluruhnya, ia bukanlah satu tuntutan agama kerana Islam tidak mengatakan perlu balik ke kampung apabila tiba Hari Raya. Tetapi Islam itu sendiri menyuruh umatnya mengamalkan konsep ziarah-menziarahi.
Ketika di zaman Rasulullah S.A.W, baginda keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid melalui jalan yang lain dan akan pulang ke rumahnya dengan menggunakan jalan yang lain.
Semasa dalam perjalanan pulang itulah baginda akan menziarahi rumah-rumah yang ada di sepanjang perjalanannya itu. Baginda tidak mengunjungi kediaman semasa perjalanan pergi ke masjid kerana mahu segera sampai ke sana, jadi semasa bertemu orang ramai di sepanjang jalan itulah baginda akan bertegur sapa. Amalan Rasulullah S.A.W yang pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan berlainan ini adalah sebahagian dari sunahnya.
Dalam konteks sekarang ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di bandar malah ada sebahagiannya telah membawa ibu bapa berhijrah untuk menetap di bandar bersama mereka. Berkemungkinan trend pulang berhari raya di kampung akan berubah dan sambutannya berpindah di bandar. Namun, trend ini tidak akan berlaku dalam tempoh masa terdekat, ia mungkin akan memakan masa dari 5 ke 10 tahun lagi. Walau bagaimanapun, trend balik kampung ini masih kekal.
Budaya balik kampung di kalangan umat Islam ini juga disebabkan adanya faktor yang menarik untuk mereka pulang misalnya adanya ibu bapa yang masih menetap di kampung-kampung ataupun sesetengahnya menetap di bandar tetapi masih mempunyai rumah induk untuk mereka diami ketika berkumpul bersama adik-beradik atau ahli keluarga.
Menurutnya lagi, seharusnya roh Aidilfitri itu sentiasa subur di kalangan umat Islam. Budaya balik kampung perlu selaras dengan tuntutan agama yang menuntut anak-anak bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa, adik beradik malah sanak saudara yang berada di kampung.
Seandainya di kampung itu sendiri tiada elemen yang dapat memanggil kepulangan individu misalnya ketiadaan ibu bapa, tiada rumah induk dan sebagainya, budaya balik kampung boleh terhakis sedikit demi sedikit.
Tiadanya elemen yang menarik inilah membuatkan sesetengahnya membuat keputusan untuk melancong di Hari Raya. Sudahnya cuti Aidilfi tri itu tidak lagi memberi makna sebaliknya sekadar cuti biasa sahaja.
Isi Dengan Aktiviti Bermanfaat
Bagi menghidupkan pengisian budaya pulang ke kampung ini kata Prof. Madya Hj Mohd Nor disarankan agar masyarakat bandar yang pulang perlu membuat perancangan atau program khusus yang dapat mengumpulkan adik-beradik dan sanak saudara.
Kesibukan kerja membuatkan adik beradik sukar untuk berkumpul dengan adanya cuti panjang itu mereka boleh memilih satu tarikh di Hari Raya untuk menganjurkan satu program perjumpaan adik-beradik. Dalam program itu perlulah diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika di bandar, program sebegini dinamakan Hari Keluarga. Tidak salah program seumpama itu dianjurkan semasa Hari Raya dengan cara yang lebih profesional.
Jika dahulu, masyarakat kampung akan berjalan beramai-ramai menziarahi dari satu rumah ke satu rumah. Sekarang ini ia tidak lagi menjadi amalan yang wajib. Program perkumpulan adik-beradik dilihat dapat meneruskan tradisi itu. Walaupun caranya berbeza ia tetap mempunyai objektif yang sama.
Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membawa anak-anak menziarahi saudara mara di kampung. Dengan itu, silaturahim tidak akan terputus dan anak-anak dapat berjumpa dengan saudara mara mereka. Jadi tali persaudaraan akan terus dijalinkan. Seharusnya roh Aidilfi tri itu tidak dihilangkan dari dalam diri setiap umat Islam.
PANDANGAN ORANG RAMAI
Cara Gembirakan Hati Ibu Bapa
Bagi Mahani Sulaiman, acara balik kampung amat digalakkan terutamanya untuk bertemu dengan ibu bapa kerana kedua insan ini selalu mengharapkan kepulangan anak-anak mereka.
“Selagi ibu bapa masih ada, eloklah anak-anak sentiasa balik kampung bila berkesempatan. Gembirakanlah hati ibu bapa sementara mereka masih lagi hidup. Saya sebagai seorang ibu juga sentiasa mengharapkan anak-anak akan balik kampung bila tiba hari raya.
“Saya akan sedih kalau anak-anak saya tidak balik ke kampung kerana biasanya pada hari tersebut saya akan masak banyak makanan yang menjadi kesukaan mereka. Saya sendiri, sewaktu ibu bapa masih ada, akan pulang ke kampung pada hari raya.
“ Tetapi sekarang ini apabila mereka telah tidak ada, saya hanya balik ke kampung mentua yang terletak di Perak. Saya jarang balik ke kampung saya sendiri kerana perasaan seronok itu tidak ada apabila orang tua sudah tiada.
“Kadang-kadang ada sesetengah anak enggan balik kerana tidak ada duit. Tapi sebenarnya ibu bapa bukan mahukan duit anak-anak tetapi hendak berjumpa dengan anak-anak bagi melepaskan rindu.”
“Apabila balik kampung juga, kita dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga dan sanak saudara. Biasanya sewaktu balik kampung ini juga, saya akan mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan ahli-ahli baru dalam keluarga kepada sanak-saudara. Selain itu saya juga akan pastikan anak dan cucu mengenali sanak saudara mereka.”

Sapa Nak Bedak Arab

{Sticky Post}
Sapa nak bedak free meh join

Nasi Ulam Utara

Hadoyaiii gara-gara nampak status dan gambo kat fb Che'Su
Aku dah teringin nak merasa nasi ulam
Memang x penah makan
Nasi kerabu tau arr
Katanya hanya kat Utara je yg pemes dgn nasi ulam
Dan laju2 google tengok resepi dan gambo2
Gambo di atas hasil google'an
Kalau lawan kan dengan asam rebus keladi lagi masyuk
Dorang la yg kata
Dan makanan2 di atas menyebabkan tahap mengidam melebihi org peknen
Balik Mesia mmg kena cuba buat ni

Menurut kengkawan utara aku
Nasi ni digaul dengan kerisik, isi ikan, udang kering sangai
Pastu segala ulaman dihiris
Daun gajus, putat, mengkudu, kaduk , kunyit, selom, 
daun sekentut, pegaga, ulam raja
Adusss sedapnya la
Memang kena cuba buat ni
Sedap x sedap blkg kira hahahaaa

Packing Tudung Fareeda

Huhuhuhu dah nak balik cuti raya kan
Jadi bz la nak kemas ape yg patut
Muahahhahaa menda pertama yg aku nak packing adalah
seperti gambo di bawah
Ni sumer harus di letakkan dalam cabin
Takkan masuk kargo kan
Habis kemek tudung
Cam nak nangis pikio celah bedah mana nk letak ni
Al-maklum awning tudung kena jaga ekekkee
Seb baik sebahagian beso tudung ni dah aku anto pulang ritu
Hmmm balik mesia nak cari bekas cenggini la
Leh simpan Fareeda
Nak travel pun senang
Lalalalalaa

Cantik Di Hati

"Dunia ini umpama lautan yang luas. 
Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya... 
andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 
Jika anda berhasrat untuk berjaya, 
jangan hanya memandang ke tangga 
tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in