Diet@Senaman Mana Satu Pilihan Anda?

Di antara gimnasium dengan kurangkan makanan, yang mana pilihan anda untuk mendapatkan hasil badan yang sihat, langsing dan menarik? Usah pening kepala, sebenarnya, dalam hal ini terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu pola pemakanan, senaman dan rehat yang cukup. Namun, masih ramai wanita yang merasakan senaman adalah perkara yang cukup berat untuk dilakukan. Alasannya, tidak mempunyai masa atau mungkin anda malas untuk bersenam.

Sebab itulah, senaman bukan dianggap cara terbaik sehinggakan ramai pakar kesihatan lebih menyarankan untuk anda berdiet atau mengubah pola pemakanan. Jadi, bagaimanakah anda mengatasi masalah kesihatan sama ada diet atau senaman?

1. Menurunkan Berat Badan
Lebih Baik: DIET

- Menurut Timothy Church dari Pennington Biomedical Research Center, Louisiana State University mengatakan lebih mudah mengurangkan kalori daripada menghabiskan satu jam di gimnasium untuk membakar 500 kalori setiap hari.

- Penelitian lain juga telah membuktikan pengurangan kalori adalah jalan pintas untuk menjadi lebih langsing. Walau bagaimanapun, kombinasi diet dan senaman tetap penting untuk menjaga berat badan dengan lebih sihat.

2. Tingkatkan Tenaga
Lebih Baik: SENAMAN

- Menurut Patrick O’Connor, pakar psikologi di University Of Georgia mengatakan senaman atau olahraga akan menguatkan fikiran. Malah, kajian daripada 70 pelajar turut menyokong fakta bahawa mereka yang berlatih secara konsisten dan teratur akan mengalami peningkatan tenaga.

3. Kurang Risiko Penyakit Jantung
Lebih Baik: DIET

- Menurut William Harris, Pengarah Pusat Penelitian Kesihatan Kardiovaskular di University Of South Dakota mengatakan satu jenis gizi (Omega 3) dapat menurunkan risiko penyakit jantung.

- Selain itu, Omega 3 yang terdapat dalam ikan dapat menurunkan risiko penyakit jantung sehingga 64%. Namun, senaman juga tetap membantu menguatkan sistem kardiovaskular.

4. Mencegah Diabetes
Lebih Baik: SENAMAN

- Berat badan yang ideal dan sihat dengan cara mengubah pola pemakanan dan bersenam adalah pertahanan yang kuat terhadap penyakit ini. Tidak dinafikan juga, aktiviti fizikal turut memainkan peranan kerana otot-otot yang sudah aktif akan menyerap glukosa dalam darah untuk dijadikan bahan bakar. Seterusnya, ia membantu menjaga kadar gula darah menjadi stabil.


5. Mencegah Kanser
Lebih Baik: DIET & SENAMAN

- Sentiasa menerapkan pola pemakanan yang cenderung kepada sayuran dan buah-buahan serta aktiviti fizikal yang teratur boleh mencegah daripada penyakit kanser. Malahan, banyak kajian membuktikan bahawa semakin konsisten anda melakukan senaman, semakin tinggi tahap keselamatan anda terhadap kanser.

sumber

Al-kisahnya Laser Ijo

Hahahhaha adoyai
Macam-macam hal
Al-kisahnya si laser ijo ni

Patutla Markus komplen semalam
Rupanya mmg ada laser hijau ganggu dia
X caya tengok gambo ni
Ni mesti pengadil jepun punya keje

kredit to Khir Ariffin

Cabaran Tanpa Puting

Lama dah benonya nak buang puting dak kenit
Ntah bulan bape ritu dh ade percubaan
Gtau kat najlaa puting ade ulat gonggok
Jawapan najlaa adalah"mama basuh...ni ade ulat gonggok"

Pastu pas macam2 aku gtau ok la dia buang puting dlm bakul smpah
Seharian x isap puting
Petanda baik tu
Malam nak tido pun ok
Tapi pas 2 jam lelap nmpak kegelisahan
Pusing sana sini
Merengek2 dalam tido
Badan lak dah start panas
Papa dia lak soh bg balik puting
Cian kat anak katanya
Seb bek aku ada puting spare
Pasal najlaa buang puting dalam bakul sampah diapers
Makanya sambung balik menghisap "peng"

2-3 ari ni papa dia cakap nanti mulut cam itik asik isap puting
Pastu mama lak mengapi2kan lagi
Aku kata mana ade princess isap puting
Princess nak g skool
Kalau jd mulut itik nanti x cantik
Hahahahhahhaa

Dan akhirnya
Semalam pagi najlaa buang lagi puting dia dlm bakul sampah biasa jek
Kan dh hampir 2 bulan diapers free...
Malam tadi nak tido pun mmg xde dia bunyi2 nak puting
Ada la dlm 3 jam tido dia terjaga n tgn meraba2 cari puting
Selalunya pas tido puting terlucut
Nanti tangan dia mmg pandai cari sndiri celah mana

Pastu aku tya nak susu ke?
Laju jek jawab nak
Pas minum susu terus zzzZZzzzzzz
Yeah berjaya gak cabaran tanpa puting

Ni pic selingan yek

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in