Showing posts with label Nak Tau?. Show all posts
Showing posts with label Nak Tau?. Show all posts

Eh Pesal Tangan Aku Ni??

Tu nampak tak tanda2 kat tgn aku tu
Ekekekkeek tanda2 penuaankah?

Tatau la pasal cuaca ke mende kan
Kat tgn ni cam menggelupas..pastu cam ala2 luka2
Pedihhh

Najlaa kat kaki..tanda2 camni gak le
Lain tempat xde..cuci pakai dettol udah
Sebamed pun dah..
Hmmm ntah le
Harap 2 melarat arr

Lupe lak aku nak intebiu kengkawan kat sini
Kot la dorang mengalami masa'elah yg sama
Ke aku jek..adehhhh

Tapi ni dah hampir baik la..ade la dekat seminggu kot
Ni gambo tangan ni aku baru snap
Ritu cam lagi teruk

Muka pun camtu gak..huhuhu xyah le amik gambo muka kan
Menggelupas..time cuci muka pedisss
Pakai moisturizer pedih gak

So jalan penyelesaian tuk wajah adalah cuci ngan air jek

Diet@Senaman Mana Satu Pilihan Anda?

Di antara gimnasium dengan kurangkan makanan, yang mana pilihan anda untuk mendapatkan hasil badan yang sihat, langsing dan menarik? Usah pening kepala, sebenarnya, dalam hal ini terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu pola pemakanan, senaman dan rehat yang cukup. Namun, masih ramai wanita yang merasakan senaman adalah perkara yang cukup berat untuk dilakukan. Alasannya, tidak mempunyai masa atau mungkin anda malas untuk bersenam.

Sebab itulah, senaman bukan dianggap cara terbaik sehinggakan ramai pakar kesihatan lebih menyarankan untuk anda berdiet atau mengubah pola pemakanan. Jadi, bagaimanakah anda mengatasi masalah kesihatan sama ada diet atau senaman?

1. Menurunkan Berat Badan
Lebih Baik: DIET

- Menurut Timothy Church dari Pennington Biomedical Research Center, Louisiana State University mengatakan lebih mudah mengurangkan kalori daripada menghabiskan satu jam di gimnasium untuk membakar 500 kalori setiap hari.

- Penelitian lain juga telah membuktikan pengurangan kalori adalah jalan pintas untuk menjadi lebih langsing. Walau bagaimanapun, kombinasi diet dan senaman tetap penting untuk menjaga berat badan dengan lebih sihat.

2. Tingkatkan Tenaga
Lebih Baik: SENAMAN

- Menurut Patrick O’Connor, pakar psikologi di University Of Georgia mengatakan senaman atau olahraga akan menguatkan fikiran. Malah, kajian daripada 70 pelajar turut menyokong fakta bahawa mereka yang berlatih secara konsisten dan teratur akan mengalami peningkatan tenaga.

3. Kurang Risiko Penyakit Jantung
Lebih Baik: DIET

- Menurut William Harris, Pengarah Pusat Penelitian Kesihatan Kardiovaskular di University Of South Dakota mengatakan satu jenis gizi (Omega 3) dapat menurunkan risiko penyakit jantung.

- Selain itu, Omega 3 yang terdapat dalam ikan dapat menurunkan risiko penyakit jantung sehingga 64%. Namun, senaman juga tetap membantu menguatkan sistem kardiovaskular.

4. Mencegah Diabetes
Lebih Baik: SENAMAN

- Berat badan yang ideal dan sihat dengan cara mengubah pola pemakanan dan bersenam adalah pertahanan yang kuat terhadap penyakit ini. Tidak dinafikan juga, aktiviti fizikal turut memainkan peranan kerana otot-otot yang sudah aktif akan menyerap glukosa dalam darah untuk dijadikan bahan bakar. Seterusnya, ia membantu menjaga kadar gula darah menjadi stabil.


5. Mencegah Kanser
Lebih Baik: DIET & SENAMAN

- Sentiasa menerapkan pola pemakanan yang cenderung kepada sayuran dan buah-buahan serta aktiviti fizikal yang teratur boleh mencegah daripada penyakit kanser. Malahan, banyak kajian membuktikan bahawa semakin konsisten anda melakukan senaman, semakin tinggi tahap keselamatan anda terhadap kanser.

sumber

Korang nak Duit RM101 Tak?


Ade sesapa nak RM101?
Meh KLIK

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkTogzqzBRnaHYcKhVpJY5qb3NV2JowAZC4NO577HMqqefOKV9Rsa5XRB4ZBuYo0pCAmZXrcECtcBTSe11FpaOtzY-XgaQgjzDdY4UB_XTRUk8pXGk254_pVKaBm7fqvN9BYMUcLeiJLrP/s1600/malaysia-note-100-ringgit-front.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTOsY_Ux7O71mzbiReVDCiF5eNhbCvGZuyeyMjv43M8UZxDg0etLsQXq6wbwL-ZNgq3eo1RYFATdOx98Exve_unBhz3kAdQkFqaiQxMkx5Q83lH6FQaYA_nWP26w2NCway9yGoWUAD_Z8G/s400/MalaysiaPNew-1Ringgit-(2000)_f.jpg
Jangan lupe gtau dari mana tau yek

Rahsia Pelukan




Tahukah anda fakta tentang pelukan??
Untuk hidup lebih lama kamu memerlukan 4 pelukan sehari,
Manakala jika kamu inginkan kesihatan berpanjangan,
Peluklah keluargamu 8 kali sehari.
Mahu awet muda dan bahagia setiap masa?
Kamu perlukan 12 kali pelukan setiap hari...

Seorang suami yg memeluk isterinya untuk sekurang2nya 10 saat setiap pagi akan panjang umurny 5 tahun! Demikian kata pakar Dato' Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah. Fakta ini berdasarkn kajian oleh seorg pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Jelasnya seseorg itu bleh panjang umo jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkn tubuh manusia mengeluarkn pelbagai hormon termasuk endorfin yg baik untuk keshatan. Hormon endorfin adalah bahan kimia semulajadi yg mengurangkn keresahan. Jelasnya pelukan dan gurau senda antara suami isteri juga sunnah Rasullullah S.A.W..

Katanya lagi, ada kajian di AS juga mendapati pelukan suami dapat kurangkan kolestrol dan meningkatkan kesihatan isteri.

Selain tu,hubungan seks dalam penuh rasa kasih syg juga dpt membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik..


Ciuman Kasih Ciuman Sayang



  • Suami yang menerima ciuman isterinya lebih yakin dan bersemangat dan kurang berhadapan dengan kecelakaan.
  • Suami yang menerima ciuman isteri sebelum meninggalkan rumah mempunyai peratusan keinginan pada wanita lain lebih rendah.
Dalam hubungan dan anak pula mempunyai kesan yang sama.
  • Anak yang menerima ciuman sayang ibu mempunyai kesan positif pada pelajaran di sekolah
  • Anak yang menerima ciuman sayang ibu lebih tinggi peratusan sabar dan kurang berkelahi.
Ciuman sayang baik daripada suami kepada isteri, ibu kepada anak atau sebaliknya mempunyai kesan positif baik dari segi kesihatan fizikal mahupun emosi.


Padanan Pembayang Mata Dan Kanta Lekap

Kuasa mata, siapa mampu menyangkalnya? Pada sepasang mata tersirat seribu rahsia malah mata jualah yang sering menyatukan dua jiwa. Kuasa itulah membuatkan ramai ingin tampil dengan sepasang mata yang mempersona. Justeru itu tidak hairanlah menjadi pilihan. bewarna kelabu, biru, hijau dan coklat apakah yang sesuai untuk tersebut.


terdapat dalam pelbagai jenis sama ada jenis debu, krim, cecair atau pun pensil. Apa yang pasti mencari yang sesuai bukanlah senang bagi pemakai-pemakai ini. Manakala pula akan berubah dari masa kesemasa mengikut musim dan trend terkini.


Selain warna kulit, warna rambut, warna anak mata juga memain peranan penting untuk di suai padankan dengan anda.


sesuai untuk yang berkulit cerah. Rona pula paling sesuai untuk digayakan terdiri dari rona jingga, merah jambu, biru, coklat, unggu, putih, karemel, keemasan, perak dan toffee. Kemudian mantapkan lagi dengan pembayang pipi rona pic dan oleskan gincu rona lembut yang disudahi dengan pengilat bibir rona putih kristal. Bagi gadis bermata biru hindari penggunaan dari warna hijau dan merah.


Coklat

bewarna coklat sering menjadi pilihan bagi menampakkan mata yang semulajadi Selain hitam di Malaysia ada juga yang memiliki mata bewarna coklat ternyata amat bertuah kerana boleh digayakan dengan semua . Namun pilihan terbaik adalah dari warna beige, toffee, coklat, putih dan coklat gelap. Serlahkan lagi bentukmata dengan melukis garisan mata menggunakan penggaris mata jenis cecair rona hitam atau coklat.


Hijau

Bagi yang memang gemar tampil unik dan pelik, bermata hijau pasti memberikan kelainan yang dicari. Pilihan paling sesuai adalah dari rona pic dan merah jambu. Selain itu rona copper, hijau dan kuning, unggu, plum dan jingga aprikot juga sesuai untuk anda. Harus di ingati hindarilah bewarna biru bagi si pemakai warna hijau ini.

Selain itu, jangan lupa fokus pada mata anda dengan penggaris mata warna coklat dan maskara hitam. Bagi mencapai dimensi yang dicari, lengkapkan rias anda dengan gincu rona lebih gelap atau merah.


Kelabu

kelabu turut menjadi pilihan bagi individu yang ingin tampil dengan mata galak semulajadi. Kebiasaannya komponen warna sejuk paling baik untuk padanan si mata kelabu. Antara warna untuk anda adalah warna merah jambu, turquoise, biru, plum dan unggu. Jika anda berkulit cerah,rona sheer green juga boleh digayakan tetapi jauhi warna ini jika anda berkulit gelap kerana ia tidak akan menonjol. Warna coklat juga adalah warna yang patut dijauhi jika anda memilih bewarna kelabu ini.

****hehehhe aku mmg suke pakai mata kaler2

TIP MEMILIH CERMIN MATA YANG SESUAI



BUKAN semua orang mempunyai penglihatan yang baik. Masalah seperti rabun bukanlah asing bagi wanita mahupun lelaki. Di mana-mana sahaja, anda boleh melihat mereka mengenakan cermin mata.

Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.

Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan 'efek helah' untuk 'menghodohkan' wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.

Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan 'bantuan penglihatan' ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.

Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.

Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.



Muka bulat

Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.

GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.

Muka petak

Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.

Kepala bujur

Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.

Muka segi tiga

Jika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.

Muka bentuk hati


Jika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.

Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.

Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.

Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya 'berapa kuasa cermin mata anda?'

Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.

Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.

Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro.

Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.


Dak Kenit Suke Ni...


Mmmmm saje nak kongsi ngan korang...

Ni la dia air yg najlaa suke minum selain susu Neslac Gold


DUTCH LADY YES! : A NUTRITION FRUITY MILK DRINK – GOOD DIET AND ENERGY FOR KIDS. BANTU TUMBESARAN DAN KECERGASAN KANAK -KANAK

Hasil kajian terperinci ke atas pengguna, Dutch Lady Malaysia mendapati bahawa kanak-kanak sekarang dibesarkan dengan susunan jadual yang penuh. Selalunya, selepas sekolah, mereka terpaksa mengikuti kelas tusyen, kelas bimbingan agama serta berbagai lagi kurikulum untuk perkembangan jati diri seperti kelas muzik, kelas seni dan bahasa serta pelbagai lagi.

Ini membuatkan mereka berasa amat penat serta tertekan dengan desakan untuk terus menunjukkan prestasi hebat. Untuk terus kekal bertenaga untuk mengamati pembelajaran serta bermain, kanak-kanak perlu kekal aktif dan segar sepanjang hari.

Dengan itu, Dutch Lady Malaysia memperkenalkan Yes!, iaitu minuman susu berperisa buah-buahan yang diperkuat dengan Kalsium, Zat Besi, Vitamin B1 & B2. Yes! dipek dalam botol 90ml ini boleh disaji di mana sahaja – di rumah mahupun di sekolah, semasa bersukan, di kelas tusyen mahupun sewaktu kelas muzik.

Yes! boleh diperolehi dalam empat perisa buah-buahan yang menyegarkan lagi lazat iaitu Anggur, Strawberi, Oren dan Tutti Fruitti.

- Minuman berkultur sangat popular di kalangan kanak-kanak masa kini

- Bagi kanak-kanak di bawah usia setahun, minuman berkultur hanya boleh diberi jika kanak-kanak itu mengalami masalah muntah, cirit-birit, atau sembelit yang teruk sahaja.

- Bagi kanak-kanak berusia setahun ke atas pengambilan jus berkultur mampu memperbaiki proses penghadaman.

- Vitagen perlu diminum setiap hari untuk mengekalkan keseimbangan yang baik di antara bakteria yang baik dan bakteria yang bahaya. Apabila keseimbangan ini tidak diganggu, kita akan berasa sihat dan segar. Vitagen juga membekalkan flora usus kita dengan bekalan tetap laktobasilus.Laktobasilus di dalam Vitagen bersama dengan bakteria yang baik di dalam usus kita akan menindas bakteria yang bahaya daripada merosakan kesihatan kita

- Setiap botol Vitagen mengandungi lebih daripada 10 bilion bakteria baik. Ia mengandungi jus buah-buahan sebenar dan dikulturkan di dalam susu yang berkualiti tanpa bahan pengawet.

- Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.


Khasiat Seleri

Ni nak gtau pasal khasiat seleri...maklum le td aku wat sup ayam+seleri+kobis bunga
Dak kenit mmg suke makan sup. Ishh x berapa menarik lak kaler sup ni
kalau boh carrot or tomato cantik kot hehehe




Seleri sejenis sayur berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitaminA, B-komplek dan C dan magnesium. Ia dikenali sebagai Apium graveolens yang berasal daripada keluarga dulce umbelliferae. Seleri merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat tekanan darah tinggi. Ia boleh dimasak sup atau sayur untuk dihidangkan sebagai hidangan sampingan.

Seleri juga bertindak melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah penyakit keputihan. Ia juga dapat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geligata. Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya. Proses itu bertindak membersihkan kulit dan amat berkesan untuk mengatasi masalah alahan, termasuk alahan terhadap kucing.


Ehhh ni ade tambahan pasal seleri/sadri aka daun sup....

Daun Saderi tergolong dalam kategori ulam yang pada kebiasaan dimakan dengan nasi mengikut sajian masyarakat Melayu. la merupakan sumber makanan yang boleh meningkatkan rangsangan seksual kerana daun saderi mengandungi sebatian androstron, iaitu sejenis hormon tanpa bau yang biasanya terhasil melalui peluh lelaki. Hormon ini dikatakan mampu membuat wanita terangsang.

Idea Untuk Sarapan Sihat Dan Mudah

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Itu fakta yang mungkin entah ke berapa ratus kali atau ribu kali yang anda telah dengar. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?

Hmmm … kalau anda hendak tahu, sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.

Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.

Jadi, apakah hidangan yang sesuai untuk dijadikan sarapan pagi? Cuba semak tip berikut, selain daripada enak, ia juga menyihatkan dan mudah untuk disediakan. Cubalah!

1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dua minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan.Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.


Tentang Kopi Lak...


Di negara-negara beriklim sejuk, meminum kopi menjadi amalan lazim bagi penduduknya. Di Finland misalnya, aktiviti minum kopi setiap hari dilakukan sekerap 3 jam sekali di waktu pejabat. Di Kanada, kopi menjadi satu minuman penting dalam rutin harian warganya. Tidak mengira tempat dan waktu, di mana-mana sahaja kelihatan orang membawa cawan kopi atau minuman seumpamanya.

Tidak hairanlah, kedai-kedai kopi pelbagai jenama muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia. Dan kopi seolah-olah menjadi fenomena baru warga dunia zaman kini. Sebut sahaja Coffee Beans,Starbucks, Old Town White Coffee, Kluang Station, Kedai Kopi Pak Ali, Kedai Kopi Ah Seng semuanya menjual pelbagai jenis minuman berkafein ini.

Macam-macam tentang kopi...

1. Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.

2. Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.

3. Kafein boleh meningkatkan rasa ghairah seks. Kajian yang dijalankan ke atas tikus di makmal membuktikan fakta ini. Dan sekali lagi, ia berkesan untuk mereka yang bukan peminat kopi tegar.

4. Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya.

5. Kafein boleh membunuh. Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!





Khasiat Minum Teh

Ni nak share ngan korang pasal khasiat minum teh. Korang suke ke minum teh. Hmmm aku penggemar teh tp teh es la ekekekek. Sedap weiii...



Teh sememang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia dan terutamanya untuk orang Melayu begitu juga dengan orang Cina. Tahukah anda, secawan teh mengandungi 30-40 mg kafein. Teh juga dikatakan bukan sahaja mampu menghilangkan sakit kepala dan sukar tidur malah tubuh badan juga akan menjadi lebih cergas dan segar.

Kelebihan minum teh

1. Kafien yang terkandung dalam teh lebih rendah berbanding kopi

2. Teh dapat membantu melancarkan pengaliran darah. Mereka yang meminum teh (teh o) paling kurang 2 kali sehari mempunyai risiko yang kurang untuk diserang penyakit jantung.

3. Teh dapat menguatkan tulang. Mereka yang mengamalkan meminum teh lebih dari 10 tahun akan mempunyai tulang yang lebih kuat. Tak perlu susu Anlene lagi.

4. Teh dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.

5. Teh tidak mempunyai sebarang kalori kecuali teh yang ditambah dengan gula atau susu. Jalan terbaik tambahkan madu lebah ;)

6. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisme badan dan mampu untuk membakar kalori sehingga 70-80


 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in