Naan Cheese Tandoori Chicken

Eh eh sejak akhir-akhir ni meroti saja kan
Kali ni buat roti naan cheese
Nampak kat FB Kak Tahrunnisah Jali yang dok jauh kat Saudi tu
Makanya gigih la buat walaupun x cantik sangat bulatnya
Bahan-bahan untuk doh
Doh yang dah dibulat-bulatkan
Taburkan cheese kemudian bulatkan dan leperkan perlahan-lahan
Ni nak kata proses apa ek? Nk kata goreng xde minyak ekekeeke
Nak kata bakar xde lak tempayan beso tu
Boh atas pan dan tutup, tapu kena la balik-balikkan doh
Ni la hasilnya
Kari tu leftover...kari daging je pun
Tandoori sedappp masam pedas semua rasa cukup

Kat bawah ni resepi dari Kak Tahrunnisah Jali
Yg ku buat cuma roti naan cheese dengan tandoori je


Resepi Roti Naan Cheese!!

Roti Naan
300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt (natural)*
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung

cheese mozarella yang diparut..

Caranya
1.  Campurkan yis +1 sudu besar gula dr resepi diatas bakinya nanti 
     masukkan dlm tepung dan sedikit saja air suam..kacau biarkan selama 5 
     minit.  *jika yis aktif ..campuran tersebut akan mengembang seperti dlm 
     gambar
2.  Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder 
     dan minyak jagung ..aduk hingga menjadi seperti serbuk roti
3.  Masukkan campuran yis tadi ke dlm adunan tepung..aduk sebati 
     kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga 
     adunan tak melekat ditangan...uli sehingga adunan licin 10-15 minit
4.  Biarkan adunan naik sekali ganda...(tutup adunan dengan kain 
     lembap..dlm 45mnit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c 
     atau kawasan yang agak2 panas utk mempercepatkan proses kenaikan 
     doh)
5.  Adunan dah naik... bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan 
     sedikit tepung..Bulatkan2 seperti dlm gambar sehingga habis.  biarkan 
     seketika dlm 10 minit tutup ngan kain..
6.  Amik sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan 
     masukkan mozarella parut ditengah2 doh dan tutup semula (mcm buat 
     pau)
7.  Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan2 supaya 
     cheese tadi tak terkeluar
8.  Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak ye. Api jgn kuat sederhana 
     sahaja atau perlahan
9.  Letak roti tadi atas non stick pan...tutup kejap ngan penutup ..balik2 kan 
     roti tadi...bila ia menggelembung leperkan ia..
10.  Siap angkat..boleh dihidang ngan kari pekat, atau keema daging, 
     chicken tandoori dan timun yogurt

** Jika yogurt takde tak mengapa abaikan...tak isi takpe takdosa...cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye..
** susu segar tu jgn curah sampai habis nanti terlembik pula..masukkan sedikit demi sedikit ..adunan ni tak keras dan tak lembik ..ertikata lain tak lekat ditangan.
** jika anda suka letak madu..siap masak layang2kan madu atas roti naan tadi...

RESEPI AYAM TANDOORI MAMAK HAJI 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 6 atau 8 ketul ayam yang disingkirkan lemak-lemak yang berlebihan.
- 1/2 cawan atau 125 gm yoghurt asli / Greek-Style. (nestle cawan kecil).
- 2 sudu besar rempah tandoori.
- 2 sudu besar pes halia bawang putih dilurkan kesemua ketulan ayam.
- 2 sudu besar jus limau nipis.
- 1 sudu garam masala. *saya tak letak sbb takde
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1 sudu kecil
- 2 sudu besar daun ketumbar segar yang dicincang halus.
- 2 sudu besar minyak masak. Minyak ini bukan untuk apa..tak bagi melekat bila goreng dengan minyak sedikit.
- 1/2 sudu kecil serbuk pewarna oren merah ..kalar kesukaan mamak. kalau tak ada tambah serbuk kunyit sedikit. (saya tak letak)
- 1 biji bawang labu bersaiz besar dihiris bulat.
- Garam dan perasa makanan (aji) secukup rasa. Tak mahu aji guna gula sikit.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Penyediaan Pes Tandoori- 4 sudu besar air stok ayam atau air biasa dengan adun serbuk tandoori, garam masala, serbuk jintan putih, lada putih dan minyak. Masak di atas dapur dengan api kecil dan Jadikan pes.
2. Masukan yoghurt, daun ketumbar dan pes tandoori (telah sediakan) dan garam secukup rasa kalau nak warna tandoori ayam anada berwarna merah menyala masukkan pewarna kalau tak apa. Gaul sebati adunan ini.
3. Ketulan ayam bahagian tebal daging, kelar sedikit dan tekan sedikit dan masukkan pes campuran garam + serbuk cili dan jus limau nipis. Ini untuk daging yang tebal cepat masak dan juga bahagian dalam daging itu berasa.
4. Masukkan semua ketulan ayam dalam pes tandoori yang telah sediakan. Tentukan ketulan ayam disaluti dengan baik.
5. Peram selama lebih dari sejam atau yang terbaik se malaman di peti sejuk bahagian dingin.
6. Panaskan kuali leper tak melekat kalau ada..kalau tak ada kuali biasa pun boleh..masukkan sedikit minyak masak dalam 1/4 bahagian ketulan ayam dan goreng dengan api dapur yang sederhana. jangan hangus kita cuma nak keluarkan air ayam yang berlebihan. Goreng dalam 50% masak.
7. Sementara itu panaskan oven dalam suhu 180 C bersama chargrill plate (plate bakar). Sapukan minyak selaput nipis di permukaan chargrill. Susun hirisan bawang yang dipotong bulat di atas. Hirisan bawang ini bukan saja memberi haruman kepada ayam tetapi ia menentukkan pengudaraan baik di bawah ketulan ayam dengan permukaan plate chargrill itu. Kadangkala permukaan ketulan ayam akan berair sangat dan bila sejat isi ayam akan melekat. kalu bakar ayam penuh buat begini.
8. Masa pembakaran awal ada lah 30-40 minit, selepas itu terbalikan ketulan ayam dengan sapukan pes yang berlebihan itu di permukaan ketulan ayam. Bakar kembali dalam 40 minit lagi dan sapukan minyak sekali kala pada ketulan ayam supaya permukaannya tidak kering. Tunggu hingga ketulan daging ayam bertukar kepada warna keemasan, ambil seketul cuba potong dan pastikan ia masak dengan sempurna.

RESEPI TIMUN YOGURT
2 Batang timun diracik halus
2 cawan plain yogurt
sedikit garam
sedikit dry mint

Caranya
Campurkan kesemuanya dlm satu bekas

Resepi KEEMA DAGING

1/2 kg daging dipotong kecil dibersihkan
sedikit halia
3 biji bawang putih dicincang halus
2 biji bawang besar saiz sederhana dicincang halus
2 sudu kecik serbuk ketumbar (ditumbuk)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar cili kisar
1 btg kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1@2 biji tomato dipotong dadu
kacang pis
sedikit minyak utk menumis
2 sudu yogurt plain
1 sudu besar garam masala

Caranya

1. Panaskan minyak..masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia..biar ia naik bau dan masukkan cili kisar
2.  masukkan rempah 4 beradik (kayu manis, lawang, cengkih,pelaga) kemudian masukkan rempah serbuk ketumbar dan jintan putih dan garam masala
3.  Kemudian masukkan daging dan sedikit air..masak hingga empuk
4.  Masukkan sedikit air lagi jgn terlalu cair sangat ye..sbb ia tak guna santan..masukkan tomato , kacang pis , yogurt dan perasakan dgn garam..

Awak Kat Mana???

Heheheheee bertemu kembali
Kali ni kami ke Muzeum Kereta
Ohhh ternganga mulut tengok koleksi HH Sheikh Hamad Bin Hamdan Al Nahyan

Earth on Wheels!!!
Ni adalah caravan ye kengkawan
Sepuluh bilik di dalamnya...tapi xleh masuk pun dok berposing kat luar je
Seperti biasa selfie wefie dulu dengan Najlaa
Jakun tak?
Eh kompom jakun tengok truck gergasi ni
Tayar je kemain beso apatah lagi body
Seremmmm
Dodge Power Wagon ni yang besarnya 8 kali dari size Dodge biasa
Ada 4 bilik tido, dapo, balkoni tapi tak dapat masuk pun hehehe tengok dari luo je
Nampak ni tayar Dodge Power Wagon
Gedabak
Kereta pertama yang ada enjin
Replika Mercedes tahun 1885
Shoujaa 2000
Rasanya ni Electric Car
Banyak lagi kereta-kereta kat dalam ni
Heheheee snap mana yang berkenan je la
Rainbow car
Dan kerana itu gak beliau digelar Sheikh Rainbow
Semua kaler pelangi ada kat kereta Mercedes ni
7 biji tiap hari tukar kaler lain2
Bertuahnya la kan
Banyak betul koleksi Mercedes
Amboiii Najlaa kemain
Posing sana sini

Ni kat luar
Tayar dah macam keta bajak
Hahahahaa tau tak keta bajak apa
Alahhh backhoe

Hah yang ni bukan keta pameran
Ni keta kami
Lengkali kami citer lagi apa yg menarik kat siniAbu Dhabi dan kawasan sekitar yek
Daaaaaaaaa


Hari Sukan Negara

Semua turun padangkan 10.10.2015
Kami kat Abu Dhabi pun turun gak
Memeriahkan suasana
Seawal 7pagi kami berkumpul di Dolphin Park
Dimulakan dengan kata-kata aluan Duta Besar Malaysia
Pic credit to Embassy Of Malaysia 
Warm up dulu ye
Eh kemain lagi onteng-kinteng Najwaa
Buat la apa pun dik mama ok je
Hari ni memang bebas
Sakan anak-anak
Gambo beramai-ramai sebelum berlepas
Semua memang sporting
Pic credit to Embassy Of Malaysia 
Sebelum mulakan jalan gedik santai 3km sepanjang Corniche wefie dulu dengan Najlaa
Najwaa darling yang uruskan
Hahahahaa mengada lak tanak berjalan soh papa dukung atas
Selesai berjalan berlari sejauh 3km
Kami sambung dengan senamrobik dan zumba
Hahahaha part ni najwaa memang suka
Tergedik-gedik terkinja-terkinja cuba buat gak
Kakak Najlaa pun enjoy sesi ni
Aku? Hahahaha gelak saja
Lepas senamrobik ada sepak raga n futsal geng lelaki
Pic credit to Embassy Of Malaysia 
Tapi Najwaa join gak hahahaha
Ayuhhh dik sahut cabaran KJ
Aktiviti bebas kanak-kanak
Seperti biasa la kalau dh kat playground
Memacam aksi ada
Sempat posing dengan rakan senegara
Kak Salina mama Adelyne classmate Najlaa
Huhuhhhu baru je kenal
Yang ni lak Ida Ibrahim tokey Abaya
Feel free to terjah IdaIbrahim CoLtd
Nampak tak ada dolphin
Hahahahaa
Ni acara penutup
Habissssss
Jom semua sihat, takyah nak berlari sangat
Jalan santai pun kuarkan peluh apa

Raikan Cinta...Eh Bukan Raikan Hari Jadi Je

Alhamdulillah 1 Oktober 2015, genap usia Najlaa 8 tahun


Ya Allah Ya Karim...
Kurniakanlah kepada anak-anak kami akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat. 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....
Jadikanlah anak-anak kami, anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang berbakti pada orang tuanya, mencintai Rasul dan taat kepada-Mu.

Ya Allah Yang Maha Pencipta....
Kurniakanlah kepada anak-anak kami kesihatan , kecerdasan, dan pertumbuhan yang sempurna.

Ya Allah Yang Maha Pelindung.....
Lindungilah anak-anak kami dari segala macam penyakit dan musibah.

Ya Allah Ya Razaaq....
Bukakanlah pintu-pintu rezeki bagi anak-anak kami, baik rezeki yang sudah kami duga maupun rezeki yang tak kami duga.

Ya Allah Ya Qadir....
Panjangkan usia anak-anak kami dan jadikanlah anak-anak kami manusia yang penuh kegunaan bagi sebanyak-banyak umat dikemudian hari kelak....
Aaamiiin...


Memandangkan papa kat site sapa lak nak g tempah kek
Macam tahun lepas sambut kat sekolah
Kek kena tempah 2/3 hari almaklum beso kan untuk santapan dalam 30 orang
Makanya untuk tahun ni sambut anak-beranak je kat umah
Beli je yg ready-made kat bakery
Sebelum tu g makan-makan dulu kat KFC
Kat sini sos cili memang takde
Segala fast food serve dgn sos tomato
Hahahaha sebemban aku bwk sos cili life  KFC Malaysia
Ni je gambo berempat yg macam ok
Macam apa je susah betul nak snap
Haishhh la Najwaa heboh nak pegang api lilin
Happy Najlaa
Najwaa pun hepi...senyap dapat makan kek
Nak comot ke apa mama biarkan je
Janji senyap
Kek blackforest je
Seperti biasa kena la entrpremmmm

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in