Showing posts with label Kuih Lompang. Show all posts
Showing posts with label Kuih Lompang. Show all posts

Pertama Kali Dengan Kuih Lompang

Makanan lagi
Ya ampuunnnnnn
Rasanya entri seterusnya pun berkisar makanan jugak
Jangan maraaaa eeee

Last week nampak Ayu CitarasaRinduan upload kuih lompang kat FB
Nampak tu bersusun je kuih lompang Ayu
Hehehhehe aku pun ada semalam petang la buat
Puas skodeng resepi..kat HazelMyR, blog Kak Yatie, Blog CMG
Ada jugak resepi yang menggunakan air kapur
Tapi ketiga-tiga link kat atas nun mmg x guna yek
Aku guna resepi Kak Yatie
Ni 1st time aku makan kuih lompang 
Tak penah seumur hidup makan
Kalau g pasar malam mmg la penah nampak tp xde rasa nak membeli pun
Setakat kuih kaswi tu aku tau la rasa camne
Tadi pas dh golekkan dgn kelapa parut aku pun rasa
Hmmm camni ke rasanya
Tunggu juri tetap bangun tido nak g kije aku sajikan kuih lompang utk minum petang
Katanya mmg cenggini la rasa kuih ni
Hahhahaa x penah makan ke darling tanya
Ekekekee

Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan Tepung Beras
  • 1/2 cawan Tepung Sagu/tpng ubi
  • 1 cawan Gula
  • 1 sk esen rose
  • 4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung dan 2 cawan masak dgn gula)
  • Daun Pandan

Cara-cara

  1. Satukan tepung beras & tepung sagu dalam mangkuk.
  2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air dan ketepikan dahulu.
  3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.(sejukkan sebentar/suam)
  4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
  5. Masukkan sedikit esen rose. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
  7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
  8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.



 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in