Bocor La Pulak

Adehhh seb baik la bocor lokasi kejadian kat umah mak
Kalau le dlm perjalanan ke mana-mana 
kompom panik gelabah dan yg sewaktu dengannya
Nak tuko sendiri mmg x la kan
Adik aku le yg setelkan malam tadi
Ni pun lom bawak g kedai lagi tayar yg pancit ke bocor tu
Sok la kot adehhh camne nak balik umah Melaka ni
pic google je ni

Basikal Baru

 Balik umah nenek baru ni kena la belikan beskal baru untuk najlaa
Karang ada lak berebut
Auntie nenab dah gtau siap2 balik BP eisya bawak beskal
Gigih la mama g kedai beskal beli sebijik
 
Najlaa yg pilih kaler pepel ni
Mama kenan kaler merah
seb baik xde pink kalau x kompom tu yg najlaa pilih dulu
Eisya tu eksen je lebih bukan reti kayuh pun huhuhu
Kakak Najlaa bulih kayuh cuma dia cam takut2 je
Beskal baru ni beso sket kalau nak compare dgn beskal pink kat Qatar nun
Takpe pelan-pelan kayuh

Air Penawar

Bersiaran dari Bt Pahat yang permai
Balik kg jap
Lagipun nak g mintak air tawar untuk Najlaa
Cam lemah semangat aje si Najlaa ni
Sket2 nak menangis
Sensitip lak tu huhuhu
Pastu kan papa dah jauh kat Qatar nun
Karang demam rindu lak kalau dekat boleh je pegi balik camtu

Ni pun dah dekat 2 minggu najlaa demam, batuk x baik
Dah 2 klinik pakar kanak-kanak aku bawak
Tak jugak kebah
Mana tau dah mintak air tawar ni kurang
Insyaallah

Kejut Suami

Kringggg..kringgg..kringgg
Ekekekeke tone enpon darling bukan camtu pun
Tu jek yg senang nak kasi bunyik 
Tugas yg sama macam 2 tahun lepas bermula
Kejutkan suami untuk pergi kije by phone hehehe 
9.00 pagi waktu Malaysia bersamaan dengan 4.00 pagi waktu Qatar

Stok Catalyst Baru Sampai

Hmmmm sebelum ni kalau stok sampai adalah untuk diri sendiri
Kali ni stok untuk kengkawan yg mengorder
Selepas puas hati jadi pengguna aku beralih arah jadi ejen 007 lak hehhee
Ni antara order kengkawan kat Qatar nun
Seb baik darling lom balik so barang2 ni dia yg akan bawak balik
Pasni kalau dorang nak order aku pos aje la ke middle east
Kalau ramai yg order dorang leh share duit pos
Kengkawan kat Malaysia kalau nak order 
Produk Catalyst & Dermafal Placenta jangan segan silu
PM aje aku kat FB 

Merempit Hujung Minggu

Masa yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin
Papa dh nak berangkat balik Qatar 24hb ni
Tinggal la mama ngan najlaa kat umah
Sob..sob..sob...
Bawak najlaa g Taman Rekreasi Air Keroh
Pastu nampak lak ada moto ngan keta control
Tak menahan tu mintak nak naik motor
Layankan je...seploh minit RM4 boleh la
Pandai gak najla kona-kona tapi 
gegel2 gak le idak le laju cam merempit tu

Tetamu Tak Diundang

Hohoohohoho sapakah yg datang x diundang ni
Kat belakang rumah ni mmg ada je merpati akan singgah
Pepagi tu tabur aje la roti ke laju je datangnya
Tengah asyik dok perati burung merpati mematuk roti
Tetiba ternampak lak ada yg berlari menghampiri
Ohohohohoho tu dia Cik Bunny rupanya
Tatau la sapa punya yang terlepas
Tapi rasanya jiran kat TPE ni xde yg bela arnab
Kalau kucing yg bulu cecantik tu ramai la
Cepat je aku jerit panggil najlaa ke belakang
Kemain lagi berteriak gumbira
Najlaa kata "mana rabbit makan roti mama"
"Ia makan carrot la...."
 Okey la aku pun g la cari kat esbok rasanya mmg ada carrot
Bukak pagar belakang aku gulingkan aje carrot
Nak pegang Cik Bunny ni aku cam geli2 je
Kucing pun aku geli nak pegang
 Bulu Cik Bunny ni bersih cuma tapak kaki je cam hitam
Hahahhaha meredah hutan gaknya
 Comelkan!!
Kalau aku berani kompom aku dh bagi najlaa main
Leh jadi pet hahhahaha




Cantik Di Hati

"Di sebalik nikmat ada bala
di sebalik bala ada nikmat
Oleh itu bila ditimpa bala usah resah
kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat
dan jika dilanda nikmat usah lupa dan leka
kerana dari sinilah berpunca bala."

Beg Tangan Jangan Silap Pilih

Ramai wanita menganggap beg tangan adalah aksesori yang tidak perlu diberi perhatian jika dibandingkan dengan pakaian dan solekan. Walhal ia turut memainkan peranan penting kerana kesilapan memilih beg tangan mampu menjejaskan penampilan diri.
Dengan kata lain, ia sama pentingnya dengan pakaian yang anda pakai. Bagi mengelakkan kesilapan memilih beg, perhatikan tip-tip di bawah ini :
Fikir Tentang Kegunaan 
Sebelum memilih dan membeli beg tangan, anda harus memikirkan apakah kegunaan beg tersebut. Adakah sebagai aksesori ataupun sebagai tempat menyimpan barang-barang tertentu. Jika hanya sekadar aksesori, sebaiknya pilih beg tangan yang berukuran kecil dengan rekaan yang menarik dan cantik bergaya.
Ukuran dan gaya beg tangan yang dipakai akan menjadi perhatian selain penting untuk kesesuaian menyimpan barangan yang dibawa. Tetapi jika untuk menyimpan barangan seperti alat solek, duit dan barang keperluan lain yang penting pilihlah beg yang berukuran besar dengan rekaan ringkas dan selesa untuk digunakan.
Sesuaikan Dengan Gaya Pakaian Pastikan juga setiap beg tangan yang menjadi pilihan sesuai dengan gaya pakaian yang dipakai. Contohnya, bagi yang gemar gaya elegan, pilihlah beg dengan ukuran sederhana dengan warna-warna natural dan diperbuat dari kulit. Pakaian yang sempurna ditambah dengan aksesori yang sesuai membuatkan penampilan kian menyerlah.
Selain itu, anda juga perlu memilih warna dominan pada koleksi pakaian sebelum membeli beg tangan kerana ia akan digunakan setiap hari kecuali anda punya banyak beg. Sebaiknya pilih beg tangan yang sesuai dengan warna baju dan kasut. Jika pakaian anda tidak memiliki satu warna khusus yang mendominasi, pilihan beg tangan yang warna-warni juga sesuaikan digayakan.
Perlu Beli Setahun Sekali
Penting untuk anda ketahui adalah beg tangan juga mempunyai tarikh luput atau dengan kata lain boleh ketinggalan zaman. Justeru, untuk tampil dengan gaya trendy, beli beg tangan model terbaru sekurang-kurangnya setahun sekali.
Tidak kira apa pun gaya anda, percayalah bahawa anda pasti akan menemui beg tangan yang sesuai dengan selera dan cita rasa anda.
Pilih Yang Kecil
Perlu juga diketahui, semakin kecil beg tangan tersebut, semakin elok terutama jika digayakan sebagai aksesori. Sebagai contoh, pilihan beg tangan kecil (terutama yang berwarna hitam) dengan sedikit perhiasan di permukaannya membantu si pemakainya terlihat lebih elegan dan mewah.
Pilihan Ikut Bentuk Tubuh
Selama ini ramai yang berfikir pemilihan beg tangan sekadar berasaskan reka bentuk dan warna tapi tahukah anda, pilihan beg tangan perlu juga mengambil kira bentuk tubuh.
Bagi anda yang memiliki tubuh yang besar dari pinggang ke bawah, kaedah terbaik untuk menutupinya adalah dengan memilih beg kecil dengan tali yang pendek.
Ia sesuai digayakan dengan diletakkan di bawah lengan supaya setiap mata memandang ke bahagian atas tubuh anda.
Jika anda memiliki bentuk tubuh yang besar di bahagian atas, pilih beg tangan yang lebih besar dengan tali panjang. Untuk tubuh kurus dan ramping, jenis beg floopy besar akan menambahkan sentuhan untuk penampilan anda. Bahkan, ia juga akan membantu menambahkan suatu dimensi baru pada penampilan diri.
Jika anda memiliki bentuk tubuh langsing yang sempurna, anda sangat beruntung untuk tidak pening kepala dalam membuat keputusan memandangkan banyak pilihan tersedia untuk tubuh sebegini.
Beg Untuk Lelaki
Tidak hanya wanita yang perlu menitikberatkan soal pemilihan beg tangan, bahkan lelaki juga perlu berbuat demikian. Keutamaan untuk pemilihan beg untuk kaum lelaki adalah tujuan penggunaan beg tersebut.
Dompet untuk kegunaan kaum lelaki juga boleh dipilih mengikut gaya kesukaan baik untuk gaya sporty, saggy atau elegan.
Jika anda tidak pandai memilih, jalan paling selamat adalah memilih beg rona hitam ukuran sederhana dengan satu tali yang disandang di bahu kerana gaya sebegini sesuai untuk semua jenis keperluan dan juga gaya.

Pening Kepala Pakai Helmet

Haluuuuuuuuu ada yg rindu ke?
Ni hah kerana helmet pening pala ahkak
Helmet yg penuh ni siap tutup muka lagi
Adehhh ketat betul rasa macam terkepit tinge
Bukan pasal helmet busuk ke hapa
Tapi almaklum le jarang naik motor la katakan
Penah le pakai helmet turtle yg separuh tu
Ekekeke beberapa tahun duluuuuuuuuuuu
Masa lom kawin pun guna scooter abah
Masa zaman kat Uitm dulu pun leh kira bape kali naik motor
Opsss dengan gopren okey naik motor
Pastu bila dah kawin lak x selalu pun merempit
Masih boleh kira ngan jari
Ni tadi darling g amik motor kat umah MIL
Pasal najlaa kata nak naik motor
Huhuhu merempit la kami g pasar malam
Kemain seronok najlaa
Hehhee bukan helmet ni tau
Ni Najlaa punya

Oblong Burger Station Kg 8

Penah ke korang makan oblong?
Aku dh penah makan oblong kat Kg 8 ni last year
Dekat je ngan umah lama kitorang
Pastu ritu ada nampak Mamamya wat entri

Kali ni aku lak yek wat entri
Dah alang-alang ada kat Melaka ni kan g la jalan-jalan cari makan
1st time cuba Oblong Kambing
Sedap...almaklum aku ni kan x makan kambing 
Huhuhu kecuali kambing kat middle east nun
Tapi kali ni aku berjaya makan kambing yg ada kat Msia
Nyummm Oblong Kambing Special untuk tekak aku
Uishhhh yg meleleh tu buat x sabar aku nak menerkam makan
 
Ni darling punya...Salone Ayam
Ayam yg di grilled yek kengkawan
Lazat gak menu ni
 
Menu santapan Najlaa adalah Hotdog ayam
Najlaa yg beria nak hotdog x abis pun makan
Muahahahha hebat la kalau najlaa makan habis
Pasal oblong kambing pun aku xleh nak habiskan
Perut kecik la katakan :P

Untuk kengkawan yg nak merasa kelazatan Oblong ni sila la
Memang aku rekomen korang rasa
Puas hati punya...mmg sedap oooo


Inspirasi Cantik

Apabila usia menjangkau 30-an, 
keanjalan dan kelembapan kulit semakin berkurangan
Oleh itu, penggunaan krim pelembab sangat diperlukan
Carilah pelembab yang bersesuaian dengan kulit muka anda
Perlu diingatkan yang krim berjenama popular dan mahal 
tidak semestinya bersesuaian dengan semua jenis kulit

Sapa Nak FM Kebaya Nyonya?

Kalau korang nak FM Kebaya Nyonya ni
Meh terjah blog BFF
5 yang bertuah akan dapat FM
Cepat sebelum terlambat

Awak Suka Saya Tak?

Hehehehe akhirnya
Lama gilos mencari ASST ni...leh baca kat SINI
Benonya adik aku dh tolong poskan ke Qatar
Agaknya parcel dengan kapal terbang aku naik berselisih kot
Dah sampai Malaysia baru parcel mendarat ke Qatar

*** 9 hari abah pulang ke Rahmatullah, mudah-mudahan abah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman....Al-fatihah

Biskut Cornflakes

Baru berkesempatan bersiaran
Tajuk entri tu x bermakna aku rajin beno nak buat biskut cornflakes yek
Tu ada yang mengidam nak makan
Ops! Jangan salah sangka lak bukan aku yg ngidam
Tak sempat nak ngidam dah keguguran... 
Mood :(


- Posted using BlogPress from my iPhone

Alhamdulillah Semuanya Lancar

Assalamualaikum
Ramai yg tau kan aku balik Malaysia 4hb
Walaupun hanya dapat tengok tubuh kaku abah berselirat dengan pelbagai wayar dan tiub
Aku puas sekurang-kurang masih sempat jumpa
Semua orang mmg terkejut pasal abah bukannya pernah keluar masuk wad
Kalau sakit pun setakat pening sakit kepala
Tetiba dikhabarkan ada serangan jantung
Semua anak-anak balik
Adik-beradik abah, anak-anak saudara abah pun datang di hospital
Kawan-kawan abah pun sama
Tapi dah memang tertulis
Abah pergi di malam jumaat

Selepas doktor beritahu jantung berdenyut perlahan
Kami bergegas ke hospital
Mereka dah cuba yg terbaik
Kami redha
Mak pun nampak tabah
Uruskan semua kemudian bawah abah balik malam tu juga
Bacaan yaasin bergema di malam hari

Pagi jumaat abah dimandikan di rumah
Sebelum bawa ke masjid kami buat solat jenazah
Aku turut serta
Selepas solat jumaat sekali lagi solat jenazah
Dan kami iringi abah ke tanah perkuburan
Bersemadilah abah di sana
Mudah2an abah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Tahlil selepas isyak berjalan lancar
Insyaallah untuk hari ke 2,3,7 & 100
Al-fatihah


Balik Kecemasan

Salam semua
Semuanya berlaku sekelip mata
Kelam kabut gak alhamdulillah dapat beli tiket balik Malaysia
Abah dalam icu serangan jantung, paru-paru berair dan efek buah pinggang
Flight dengan segera 4 April 1.20 pagi waktu Qatar
Selamat mendarat 2.00 petang waktu Malaysia
Kondisi masih sama x stabil
Tekanan darah mendadak naik kemudian mendadak turun
Poor signal kalau ikut pada mesin
Masih bergantung harapan
Redha dengan ketentuan-Nya
Kalian doakan yg terbaik untuk abah

Alololo Comelnya Anak Ben Ashaari

Uiiii gebunya pipi
Mau tak dengan berat 4.02kg
Tahniah buat Ben Ashaari dan Zila
Bermula la tugas baru buat kalian berdua
Pasni leh arr Ben g gym sesama Ben Jr
IMAG2342-1
Nak tau lebih lanjut g SINI

Cantik Di Hati

"Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah,
 senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati 
dan senyuman itu tidaklah menyakitkan
 tetapi menjadi penawar hati yang sakit."

Pemenang Pencarian Model Tudung Fareeda Ke Blog MamaNajlaa

Terkejut ahkak...
Nun nampak tak nama tu
Si cantik jelita menyinggah rupanya
Meh la terjah blog Suhaili Mohamad
Aduhhh jatuh chenta lagi
Agak2 dapat ke tak tudung yg berkenan di hati

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in