Hari Ni Menu Urap Pegaga & Sotong Bakar

Ekekekkekee tajuk entri cam nak bg tau satu donia menu ahkak
Hmmmm urap pegaga...
Korang tau ke?
G aje search ape tu urap pegaga
Hehehhee jumpa kat Shoprite pegaga ni
Beli la 2 cekak baru QR1.50...sekilo QR10
 Rasa la pahit2 sket tp x ketara sangat
Tetiba terpikir camne la dorang minum jus pegaga tu ek
Ntah ape la rasanya
Ni lak sotong bakar bersambal ikut suka namanya
Mula2 bakar dalam oven je
Pas dah wrap ngan foil tu masuk je dlm oven
Adehhh sotong kan banyak air...eiii tak suka
Inisiatif lain adalah bakar je atas pan
Lapik daun pisang hehehehee

Tu aje menu rini...ehh sotong goreng kunyit tuk najlaa
Sekian

Buah Binjai vs Buah Belinjau

Hehehehhee cerr tengok tajuk n3 di atas
Ada beza kan..kan...
Korang tau ke camne bentuk buah binjai yg aku dok heboh citer pasal sambal belacan binjai?

Info : Binjai adalah pohon buah sejenis mangga dengan bau yang harum menusuk dan rasa yang masam manis. Buah ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti bin-yaa, lam-yaa (Th.), belenu (Mly.beluno (Sabah), baluno, bauno, bayuno (beberapa bahasa di Filipina), binglu(Sd.), dan wani (Bl.). Nama ilmiahnya adalah Mangifera caesia. SUMBER

Buah belinjau lak yg buat kerepek
Grrrrr aku xleh telan kepek ni...pahit
Ni le rupa buah belinjau

Info : Pokok Belinjau jarang ditanam secara intensif. Kayunya dapat digunakan sebagai bahan papan. Daun yang muda, "bunga" (baik jantan mahupun betina) dan bijinya (baik yang muda mahupun yang sudah masak) boleh digunakan sebagai sayur (misalnya sebagai sayur ulam). Biji belinjau boleh dikisar menjadi tepung dan digoreng menjadi emping atau ditumbuk dan dijadikan kerepek binjai. Rasanya kerepeknya pahit sedikit dijadikan sebagai makanan ringan.
Sebagai sumber makanan, biji belinjau mengandungi kadar urea yang agak tinggi dan oleh itu, tidak sesuai dimakan pada jumlah yang banyak terutama bagi mereka yang menghadapi masaalah gaut. SUMBER


Belum digoreng
Selepas digoreng

Yang Ringkas & Sedap

Haluuuuu
Bertemu kembali
Dapo kembali berasap

Sebelum mandi bakar belacan dulu
Hehehhee karang rambut2 bau belacan kang
Yeahhh menu ringkas arini ayam goreng rempah
 sambal belacan bincai
bilis goreng kicap...potong aje cili api, bawang beso tumis jap curah kicap huhuhu
 Adehhhh naik bape kilo la ni
Makan siap bertambah

Kaler Green Cam Frog

Uwaaaaaa kemain jujur dan tulus
Adehhh ni gara-gara pakai lens kaler ijo la ni
Dak kenit sound...grrrrrrrrrrrrrrrrr
Mata mama kaler green cam frog la
Tak cantik!!!!
Hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Seb baik najlaa cakap cenggitu
Kalau la darling yg cakap mau makan ati
Esoknya bila najlaa bangun tido...aku dah pakai spek
Dah tak kaler green la mama...cantik ekekkekekee

Kahkahkah berdekah beso papa dengar apa yg kuo dari mulut anak dara ni
 Ekekekkeke Princess Najlaa & Queen Lelord


Eisya Nak Cakap Dengan Kakak Jaja

Hohohoho dak gebu eisya dah pandai nak rindu-rinduan ngan dak kenit
Masa depan mata kemain lagi dorang bercakaran
Berebut menan la...
Jeles-menjeles la...
Berebut nenek la
Adehhhhh

Ni asik dok sebut panggil kakak aje
Skype aje la jawabnya
 Alolololo gebu....
Rindu ngan kakak jaja ek
Cian dak gebu
Ritu 23 September 2011 Eisya ngan Enab antara 15 finalis
Kena catwalk!
Ada Q&A skali
Tapi xde rejeki menang....dapat no.5 so consolation prize aje
Hamper dan langganan majalah ok la tu kan

1001 KHASIAT KACANG

Lagi pasal kacang....entri sebelumnya kat SINI

Mungkin tidak ramai daripada kita yang menyangka kacang yang selalu kita makan. Sewaktu bersantai tersembunyi beberapa khasiat dan merupakan penawar kepada beberapa jenis penyakit. Ia boleh didapati dengan mudah di pasaraya dan dijual di pasar-pasar malam. Kacang bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Ia selalu dijadikan makanan pengunyah sewaktu berehat bersama keluarga di hadapan tv. Dan yang lebih utama harganya yang murah.

Hilangkan tekanan darah tinggi
Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat sejak awal akan menimbulkan komplikasi terhadap pengidapnya dan boleh membawa maut. Cuba ikuti petua ini, mungkin ia boleh mengatasi masalah tekanan darah tinggi anda. Cara-caranya ialah gunakan 60 gram daun kacang serta rantingnya sekali. Rebus dengan air dan minumlah air rebusan tersebut. Satu lagi kaedah rawatan ialah ambil beberapa biji kacang dan rendamkan ia dengan cuka makan. Setiap pagi amalkan memakan 10 biji sehari.

Insomnia
Tidak mahu lagi terkebil-kebil di malam hari sedangkan suami di sebelah berdengkur Keletihan? Penyakit insomnia boleh menimbulkan kesan-kesan lain seperti kemurungan dan tekanan terutama sekali apabila berada di tempat kerja. Cara-cara merawatnya ialah dengan menggunakan 60 gram daun kacang bersama-sama rantingnya. Masukkan sedikit air kemudian hancurkan kesemuanya sehingga sebati. Makan 100ml sehari bahan-bahan yang telah dilumatkan tadi.

Mengurangkan penyakit bronkaitis kronik
Gunakan 60 gram kulit kacang yang menyaluti biji kacang. Kemudian campurkan dengan air dan rendamlah selama 10 jam dan kemudian toskan supaya anda mendapat airnya sahaja sebanyak 100ml. Tambahkan sedikit gula dan minumlah dua kali sehari.

Hilangkan batuk akibat asma dan kahak disertai darah
Pesakit asma mudah diserang batuk-batuk yang boleh mengakibatkan kesukaran bernafas. Untuk menghilangkan penyakit tersebut, ambil 30 gram kulit kacang dan 15 gram bunga lili. Kemudian direndam di dalam air semalaman. Minumlah air rendaman tersebut sehingga penyakit anda sembuh.

Atasi masalah cacing kerawit
Masalah kecacingan pada kanak-kanak yang tidak dirawat boleh mengakibatkan mereka kehilangan zat dan nutrien makanan yang sepatutnya diserap oleh tubuh mereka. Untuk merawatnya dapatkan minyak kacang yang segar. Untuk kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah, minumlah minyak tersebut dengan sukatan sebanyak 60ml. Manakala bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas gunakan sukatan sebanyak 80ml.

Hilangkan cirit-birit
Gunakan 60 gram biji kacang, dan 30 gram kurma cina. Hancurkan bersama sedikit air dan tambahkan sedikit gula dan bolehlah dimakan sehingga penyakit anda sembuh.

Atasi masalah kekurangan susu badan
Bagi kaum ibu yang sedang menyusukan bayinya. Mungkin sesetengah daripada kita mengalami masalah kekurangan susu badan. Untuk mengatasi masalah tersebut, ibu-ibu bolehlah amalkan meminum susu dan air soya. Di samping itu anda boleh juga mengamalkan cara ini. Ambil 100 gram biji kacang yang telah dibuang kulitnya dan ayam kampung. Masakkan dan tambahkan sedikit garam dan bolehlah dimakan bersama-sama nasi ataupun begitu sahaja.

Tambahkan tenaga akibat muntah berlebihan
Gunakan 60 gram biji kacang dan 30 gram kurma cina. Masukkan sedikit air serta tambahkan sedikit minyak kacang dan garam.
Tak Perlu Bimbang Makan Kacang

Kacang Pistachio

Korang mesti kenalkan kacang pistachio
Selalunya orang sebut kacang pandai
Tapi selalunya korang tengok kacang pistachio yg dah siap dipanggang
Meh nak tunjuk fresh pistachio
Ni beli kat shoprite ehehhee
 Kulit dia skali pandang cam kuncup bunga ros lak
Kulit luar ni lembut je leh kupas cenggitu jek
 Pastu baru la jumpa kacang ngan kulit keras yg tersengih 
Pastu kopek aje cam biasa kulit keras tu
Terus ngappp
Isi kacang rangup sama je mcm kacang yg dh dipanggang
Skali makan rasa cam kacang rebus
Kadang2 rasa cam makan isi kelapa pun ada gak

Khasiat Kacang Pistachio
Merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno, kacang pistachio kaya dengan zat besi, folat, kalium, asam pantotenat, niasin, riboflavin dan zing. Pengambilan 50 biji kacang pistachio akan membekalkan sepuluh peratus keperluan serat, vitamin B6, tiamin, magnesium dan fosforus. 

Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yg dapat menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser. Selain itu, pistachio juga merupakan sumber unggul utk menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.

Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.

Lagi info pasal Pistachio


update

Mitos: Semua lemak adalah jahat 
Fakta: Sebenarnya, lemak merupakan nutrisi penting bagi tubuh. Lemak membantu penyerapan nutrisi, mentransmisi saraf, memproduksi energi. Namun, beberapa lemak juga dikenal sebagai lemak yang buruk bila dikonsumsi dalam jumlah berlebih, menyebabkan peningkatan berat badan dan penyakit jantung. Di sisi lain lemak baik meningkatkan kesehatan secara positif. Kuncinya adalah dengan mengganti lemak jahat dengan lemak baik dalam diet untuk tetap sehat. 
Lemak baik: Lemak tunggal tak jenuh seperti kacang tanah, walnut, almond, kacang pistachios, alpukat, canola dan minyak zaitun menurunkan total kadar kolesterol dan LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik). Demikian pula lemak ganda tak jenuh seperti jagung, kedelai, minyak bunga matahari juga dapat menurunkan total kadar kolesterol dan kolesterol LDL. 
Lemak Jahat: Lemak jenuh seperti daging, susu, telur, makanan laut, minyak kelapa dan minyak sawit yang dikonsumsi berlebihan dapat meningkatkan total kolesterol darah dan kolesterol LDL. 



BBQ Angry Birds Raya

Hohohoohho masih dalam bulan raya kan
So masih leh lagi la wat n3

Pesal tetiba lak tajuk pasal angry bird ek?
Sebelum ni mmg dh ada citer pasal kegilaan kepada minatang tu kat SINI
Ni sumer gara2 nampak entri AyuCR
Dua orang kuat...abg ipo ngan adik ipo
Darling xde masa ni pasal dia dh balik melaka
Aku ngan najlaa je lepak kat BP
Sebelum bertukor rupa
Menu masa ni ada ayam, daging, ikan pari
Dalam mangkuk yang nampak cam buah pelam tu bukan pelam yek
Tapi buah lai yg aku gaul ngan asam boi merah
Pehhh mabeles.....
Kazen najlaa gak 2 beradik ni Aiman ngan Bella
Kemain riang gumbira lagi
Najlaa, Aiman, Eisya dan Bella
Eisya ngan menan angry birds...ketuk je ada munyik
Pas makan sessi main munger api lak
Hohohohoholick Angry Birds Raya
Mahap kualiti gambo yg x seberapa

Kekenyangan

Yuhuuuuuuuuuu
Salam jumaat semua
Korang tengah wat pe?
Aku sambil2 nonton sambil fb..jengah jap blog
Nak BW pun malas al-maklum dah kenyang
Mata makin layu
Menu arini sambal ketam, asam pedas tenggiri,
ayam bakar cicah soh nando's
Pehhhh hebat kan!!!
Kata 1 Hari 1 Resepi
Hahahahahhaha silalah percaya.....
Bukan aku yang masak yek
Malam tadi g open house Intan blok depan umah je
Majlis mula dari kul 4pm-11pm
Aku g malam arr pas darling balik kije
Dah makan sembang2 la
Darling balik awal sket pasal sok kija kena kumpul tenaga kan
Takkan asik nak boboi boy kuasa tiga kan..kan...
Huhuhuhu dah kul 11 malam kena la balik
Aisehhh Intan bekalkan aku ngan Aton
Seplastik asam pedas, seplastik ketam dan sekor ayam
Rezeki.....macehhh Intan
Ni gambo tuan umah aku cilok kat FB tengah menyiang ketam

Abaikan muka boolat dan berkilat itu

Beri Arahan Pun Ada Tekniknya...

Sebagai ibu bapa, agak sulit menangani anak-anak yang susah mendengar kata. Lazimnya, apa yang diarahkan sukar dilaksanakan mengikut kemahuan ibu bapa. Malah sikap bertangguh atau membiarkan arahan yang diberi begitu sahaja menjadi amalan segelintir anak-anak ini.

Tentunya senario yang berlaku memeningkan kepala malah jika tidak diatasi segera mungkin menjadi nanah yang memakan kebahagiaan sesebuah keluarga. Usah gusar kerana masih ada jalan penyelesaiannya.


Berfikirlah Sebelum Bercakap
Katakan anda berjanji untuk bersiar-siar dengan anak tetapi hakikatnya anda telah lewat lima belas minit kerana bersiap. Tidak cukup dengan itu, anda minta bantuannya supaya mengemas ruang tamu serta bilik yang sedikit bersepah. Sekiranya tidak diselesaikan maka aktiviti yang dirancang akan dibatalkan sama sekali. Situasi ini tentunya mewujudkan rasa tidak puas hati anak terhadap anda sekali gus melahirkan anak-anak yang berfikiran ‘selective hearing’. Sebaiknya, ambil masa satu kedua minit untuk berfikir sebelum arahan dikeluarkan dan jangan lupa pastikan arahan tersebut jelas dan mudah difahami oleh anak-anak ini.

Belajar Kawal Emosi
Secara logiknya, ibu bapa yang marah akan meninggikan suara. Akibatnya, si anak akan berikan sepenuh perhatian terhadap apa yang anda katakan. Hakikatnya bukan itu yang terjadi. Anak-anak mungkin diam ketika anda sedang beremosi tetapi mereka kurang mendengar butir bicara yang ada luahkan ketika itu. Lazimnya, anak-anak ini akan beri tumpuan kepada emosi dan bukannya perkataan yang diucapkan. Oleh itu, berbicaralah dengan tenang, jelas dan khusus bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Lantaran itu, berfikirlah sebelum bertindak dan tentukan apa yang anda inginkan. Jadikan kata-kata atau arahan yang anda berikan sebagai penyampaian yang berkesan buat mereka.

Dekati Anak Untuk Respon Yang Lebih
Memang mudah untuk menjerit dari dua ruang yang jauh di dalam rumah, tetapi ia kurang efektif untuk dipraktikkan. Si anak akan berikan respon yang lebih baik sekiranya ibu bapa datang bersemuka dengan mereka. Apabila anak-anak ini berada di hadapan mata, anda dapat lihat adakah si anak beri perhatian atau tidak terhadap apa yang dikatakan. Tidak dinafikan bersemuka dengan anak menuntut waktu yang lebih tetapi bila dilakukan berulang kali, hasilnya pasti berbaloi.

Berusaha Untuk Berubah
Membaca artikel ini tidak mampu mengubah keadaan sekiranya anda tidak bertindak dan berusaha untuk mengubahnya. Ingatkan diri sendiri tentang keinginan dan tujuan sebenar selaian memberi masa kepada diri untuk menguasai tips-tips yang telah diberi. Bukan mudah menjadi ibu bapa yang baik tetapi dengan inisiatif yang telah dipraktikkan, insyaallah segala yang dirancang mampu berjalan dengan lancar. Yakin dan percayalah pada kebolehan diri anda bagi melahirkan anak-anak yang berjaya.

sumber:MW

Abang Beca

.♩.¸¸♬´¯`♬.Abang beca..abang beca di tengah jalan
Cari muatan untuk mencari makan
Putar-putar putar-putar kami mengayun
Pergi jauh keringat pun lalu jatuh.♩.¸¸♬´¯`♬.

Huhuhu dua hari sblm terbang darling bawak kami naik beca
Sumer gara-gara dak kenit request...macam princess katanya
Hahhahahhahaa cinderella kan dok kat pumpkin yg dh cantik
So dapat naik beca najlaa feeling2 cam princess la
Layankan aje la
Cahaya kewanitaan.....ekekekkekee

Ramai gak yg naik beca malam tu

Gumoknya la aku
Hati senang kannnnnnnnnnnnnnnn
Ni hah ka;lau korang rasa nak dengau lagu play aje la ek


 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in