Resepi Tauhu Bunga

السلام عليكم
Bahang raya dah makin terasa uols
Sambil menghitung hari nak balik raya ni
Makin bertambah malas nak masak muahahhaha
Dan kerana tu la menu iftar ke-17 hanya Tauhu Bunga
Tengok Ketuk-ketuk Ramadhan la terus teruja nak buat
Ingatkan x kenyang ropanya....
Adehh tersandar gak
Resepi ni menggunakan tauhu pong @ tauhu pok
Alahh yg orang guna dalam mee kari tu ha
Gunting aje bucu tu kuokan isinya
 Pastu terbalikkan aje smpai nmpak cam berkelopak
 Masukkan inti padat-padat
Kalau terbalikan kompom inti tak jatuh pasal melekat
Kan ada boh telur
Resepi ada kat bawah
 Kemudian masa nak goreng tu masukkan bahagian kelopak dulu
Bio kelopak tu cantik dalam minyak masa menggoreng

Resepi Tauhu Bunga
20 keping Tauhu pong/pok
1 mangkuk kecil isi ayam cincang
1 sudu besar udang kering (tumbuk)...kalau ada udang basah lg best rasanya ni
Sebiji telur
4 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
Daun sup
Garam
Serbuk lada sulah

Cara-cara
1. Gunting bucu tauhu pong
2. Keluarkan isi tauhu kemudian perlahan-lahan terbalikkan. Jadikan bahagian dalam keluar, yang luar ke dalam. Ketepikan
3. Masukkan isi ayam, udang kering, bawang merah, bawang putih dalam bekas berisi isi tauhu tadi. Gaul sebati
4. Masukkan telur gaul rata dan sebati. Daun sup, garam dan lada sulah secukup rasa
5. Masukkan inti ke dalam tauhu padat-padat kemudian goreng hingga masak dan kulit tauhu kekuningan.

Bahan Sos
Lada merah
Cili api
Sos tomato
Sos cili
Garam
Cuka

Cara-cara
Tumbuk lumat lada merah dan cili api, kemudian campurkan dgn sos tomato dan sos cili.
Sedikit garam dan cuka gaul rata.




10 Gtau jek:

Mama Hanim said...

x penah buat lagi.. boleh try la pasni bila aura rajin muncul kembali..hehe..

xpe menu simple pun, janji kenyang n sedap kan..

norhidana said...

sedapnyer... kene try nih almaklum lah pencinta tauhu

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

kreatifnye tauhu blh wat cmtu..nk try la nnti:)

Anum said...

sedapnya
nak cuba buat la

Mamamya said...

aku pun makin malas nak masak...arini rasa nak tapau ayam penyet je kat restoran tmpat adik kmdo keje...

aritu tgk sheila rusly buat kat ketuk2 ramadhan mcm sedap jer...klu rajin weekend nnti kot baru nak buat.. (harap2 sempat lah sblm b'salin huhuhuuuuu)

Nini D.. said...

aku dah lama gilerrrr cari resepi nih....tq for sharing dear!

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

menarik untuk dicuba ni,
tp x tau la bila dpt cuba buatnye sbb byk sgt menu yg ada dlm list utk dicuba..hihi..

Chekgu Azrine said...

sayang anak2 saya tak makan tauhu..huhu..

Saleha said...

waaahh sungguh kretif, nanti nak cubalah. thanks share resepi

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Salam kunjungan =)

Cantik pulak tgk Taufu Bunga tu.. kreatif!

www.shahrulhairy.com

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in