السلام عليكم
Bahang raya dah makin terasa uols
Sambil menghitung hari nak balik raya ni
Makin bertambah malas nak masak muahahhaha
Dan kerana tu la menu iftar ke-17 hanya Tauhu Bunga
Tengok Ketuk-ketuk Ramadhan la terus teruja nak buat
Ingatkan x kenyang ropanya....
Adehh tersandar gak
Resepi ni menggunakan tauhu pong @ tauhu pok
Alahh yg orang guna dalam mee kari tu ha
Gunting aje bucu tu kuokan isinya
Pastu terbalikkan aje smpai nmpak cam berkelopak
Masukkan inti padat-padat
Kalau terbalikan kompom inti tak jatuh pasal melekat
Kan ada boh telur
Resepi ada kat bawah
Kemudian masa nak goreng tu masukkan bahagian kelopak dulu
Bio kelopak tu cantik dalam minyak masa menggoreng
Resepi Tauhu Bunga
20 keping Tauhu pong/pok
1 mangkuk kecil isi ayam cincang
1 sudu besar udang kering (tumbuk)...kalau ada udang basah lg best rasanya ni
Sebiji telur
4 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
Daun sup
Garam
Serbuk lada sulah
Cara-cara
1. Gunting bucu tauhu pong
2. Keluarkan isi tauhu kemudian perlahan-lahan terbalikkan. Jadikan bahagian dalam keluar, yang luar ke dalam. Ketepikan
3. Masukkan isi ayam, udang kering, bawang merah, bawang putih dalam bekas berisi isi tauhu tadi. Gaul sebati
4. Masukkan telur gaul rata dan sebati. Daun sup, garam dan lada sulah secukup rasa
5. Masukkan inti ke dalam tauhu padat-padat kemudian goreng hingga masak dan kulit tauhu kekuningan.
Bahan Sos
Lada merah
Cili api
Sos tomato
Sos cili
Garam
Cuka
Cara-cara
Tumbuk lumat lada merah dan cili api, kemudian campurkan dgn sos tomato dan sos cili.
Sedikit garam dan cuka gaul rata.

