Memandangkan xde idea nak buat sarapan pagi buat kekasih hati
Check-in aje la dapor
Kali ni cuba wat Japanese Style Sweet Bun selongkar blog AnaWahid
Kalau dah ada nama sweet mesti la manis gula kan
Pastu ada gak boh nutella kat dlm doh untuk najlaa
Kemain huduh rupanya
Masih x lulus lagi ni
Takpe sila jangan berputus asa lengakali cuba lagi
Nampak tu satu cam merekah la pulak
Bahan-bahan
375 g tepung roti (high protein flour)
100 g tepung gandum
35 g susu tepung
1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
80 g gula halus
3/4 camca teh garam
2 1/2 camca teh instant yeast
150 ml air suam (kurang lebih) -
40 g mentega
4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan
Cara-cara
UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda.
KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya.
****entri autopublish roti masih panas @11.00pm :31/1/2012 waktu doha
13 Gtau jek:
akak, dah terer meroti nampaknya! ni yg tetiba rasa jeles ni... gebus pulak tu...
gebunyer yunk...nak buat gak..nak salin resipi ni eh
rajin sungguh mama najla ni tau.. jeles je tgk.. hembus sikit aura rajin tu kasi ena ni.. maleh bebenor rasanya.. hehe
@Izan Ishak izan lom terer lg...ni kali ke-3 tp kali ke-2 buat x jadi hehehe
@akak comot hehehe sila2 miza..nanti update ek
@Ena ena kat sini xde jual roti2 manis ni, ada gak org mesia yg jual tp jauh sgt dari umah lela, tu yg cuba2 buat
Perghhhhh!!
Cantek warna dia..
Kuning keemasan.. ;)
wah..ini dah superb ni...bukan senang nak buat bun kot...
@Salina@IbuAqil x edit pun ibu...credit to cahaya lampu dapur hehhehe, tp sgt puas hati dengan kaler roti utk najlaa & yg tocang tu, perasan mcm kat kedai
pandainye bake roti...
ada umah kosong x kt sebelah leh jd jiran hehehehe
rupa x penting tp rasa tu yg penting.. :-)
sedapnya..
uyun tak pandai buat roti..
tau beli kat kedai jer..
hehe..
takpo, janji sedap..teringin gak nak wat roti sendiri, tapi belum ada BM..
Tulun saya boleh, klik like kat http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150485833724677&set=a.10150463338364677.370360.232667634676&type=3&theater
Post a Comment