Sticky Caramel Chicken Wings

Mood memasak memang ke Laut China Selatan dah ni
Tapi memandangkan nak menghabiskan stok masak gak le
Huhuhu yang tinggal memang kepak ayam aje
Setelah puas skodeng kat MyR jumpa la resepi Sticky Caramel Chicken Wings
Sedap weiii 
Aku tambah serbuk cili ngan serbuk blackpepper kat ayam tu
Pastu aku kupas kentang belah-belah je boh kunyit ngan garam...goreng

Bahan-bahan (24 keping)
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24) (aku punya 7 keping je)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan (aku ganti ngan sos tiram)
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu
chili powder- sendiri tambah
blackpepper- sendiri tambah

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

14 Gtau jek:

Nad @ MamaZakwan said...

kak lela,
saya amik resipi ek!

jap nak tanye...
2 keping kepak ayam potong 2 jadik 24 tu cemane maksud die?
tak paham la, huhu!
sori....

Lelord said...

@Nad @ MamaZakwan alamak 12 kepng benonya

Mamamya said...

sempat lagik ko nak masak2....baju dah siap packing ker???

aku tiap kali beli chicken wing mmg x penah masak lain....mmg resepi ni lah..sedap ratah gitu jerk..tp aku dapat resepi dr kak ayu s'pore.aku penah buat n3 kat blog...

mabelesss.....suka tabur bijan.

Citarasa Rinduan said...

wahhhhhhhhh
udah mau balik ker dear??

best2..

sue zainun said...

nampak sedappp...mmmm

Lelord said...

@Mamamya sempat lagi..karangciken wing terbang lak kalau x masak

Lelord said...

@Citarasa Rinduan hehehhe flight 17hb kul 10 mlm

Lelord said...

@sue zainun mmm sedap nyummm

ADEEYA said...

Mmm... Sedapnya nampak.. :)

norhidana said...

wah terliurnyer kak...
perkh... meleleh nengok
msti nk try

Affan Ruslan said...

Tengok je pun dah blh terliur. Kalau rajin blh mencuba gak ni.


ps: Jemput join giveaway mudah di blog saya ye :D

iboo said...

sedapnyer napok...doh la tgh lapar ni...aduiii...

kakyong said...

buleh try len kali ni.... sedap nyer..

shahdiana said...

resepi mesti cuba ni...

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in