Bila Mula Makanan Pejal Sembelit Pulak

Haluuuu
Entri sebelum ni berkenaan Si Onteng Omell yang dah mula solid food
Aku ikut la 4 day rules dengan puri epal+kurma
Cenggitu la yg maklumat yg aku google
Semuanya berjalan lancar
Lepas 4 hari menu tukar ke Puri Avokado lak
Hari pertama tu najwaa makan sket je
Mungkin sebab dah lain lak rasa kot
Aku dalam kepala dah plan pas puri avokado bleh la try pisang, pear, prun ke kan

Tapi...alahaiii najwaa menangis meneran
Kesian aku tengoknya terangkat punggung
Dah sapukan minyak, urutan kat perut masih tak berjaya
Panik dah mama dia
Bila teran nampak la stool cuma xleh kuo
Terpaksa la aku pull out
Uwaaa ciannya anak aku
Walaupun aku tolong dengan cara tu tapi stool masih ada la kan kan dalam
Bila masuk hari ke-3 aku x sanggup dah
Seb baik darling last off day
Bergegas la ke Burjeel Hospital
Sebelum tu memang aku dah google
Kebanyakan bayi yg dah mula dengan makanan pejal akan sembelit
Seb baik tahap najwaa ni kira biasa
Yang aku google anak anak sampai gigil meneran
Bila jumpa paed dia tya ada bagi makan pisang tak
Gtau le yg memang lom bagi lagi
Rupanya kan pisang akan buat najis lagi keras
Ada baby yg ok dengan pisang
Fuhhh seb baik
Doc suggest jus prun
Dapat le sebotol syrup 5ml yek kena bagi 
Ubat ni aku bagi guna sudu lagi senang dari nak guna syringe huhuhu
Seb baik la manis najwaa xde la menolak
Pastu g cari jus prun tp ada epal prun boleh la dari xde
Jus ni lak nak bg guna botol najwaa tanak plak
Agaknya dah set dalam botol adalah susu kot wakakaka
Takpe la dikk mama bagi guna sudu gak

Alhamdulillah dah boleh la poopoo cuma sket beso jari aje la tiap kali melabur
Takde la meneran nangis2
Lepas minum ubat ngab jus ni masih meneran cuma x seteruk kelmarin la

Harapnya kembali normal lepas ni 
Pastu kita guna menu lain lak hehehee

Dah 6 Bulan Najwaa...Jom Makan

Teruja??? Sudah semestinya
Mama yg eksaited ni
Memandangkan dah 6 bulan kan jadinya meh la kita makan dik Najwaa
Rajin la aku gugel sana sini pasal solid food
Almaklum kakak Najlaa dulu stay dgn nenek kat kampung so nenek bg nestum ngan bubur je

Menu pertama...epal
Awal2 tu bagi najwaa puri epal sahaja
Tapi maybe lepas kukus tu masam sket najlaa menolak
Takpe kita cuba lak campurkan dengan susu sket
Aiseh dia "meluek" kan la pulak
Stressss
Hahahhaha stress la sangat
Epal kukus aku masukkan dalam safety food feeder
Aritu masukkan anggur dalam feeder ni najwaa x berapa suka pasal masam2 manis buah anggurnya
Takpe kita tambahkan kurma lak
Makanya jadi la puri epal kurma
Sedapppp
Masuk dalam ice cube tray je
Saya sukaaa saya sukaaa kata najwaa
Selama 4 hari berturut2 makan puri epal kurma dengan jayanya
Tadaaaa g beli avokado ngan pisang
Teruja katanya muahahahaha
Dan jadi la pulak puri avokado
Ni hari pertama tp sket aje la najwaa makan
Mungkin dah tukar menu kan
Takpe pelan2 dik
Bersusun bib untuk 4 hari lepas fuhhh
Hehehehe selit lak gambo jus avocado
Kan beli 2 biji, sebiji wat puri lagi sebiji jadi la jus

Kuih Tepung Gomak

Begini la keadaannya kalau tekak teragak
Kalau tak senang je main order
Tapi dah merantau ni pepandai ko le
Maka menggoogle la tuan tanah
Macam-macam resepi ada pilih je
Resepi piliham aku di blog RESEPI RAIDAH
Sumer bahan ada tapi aku main agak2 je berat bahan
Bukan le takde penimbang tapi kang banyak lak buat pastu x jadi dah membazir
Walaupun agak2 je dapat la 10 keping
Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan
Huhuhuhu abuk-abuk aku agak kasar
Zerrrr je kat blender kering tak sempat halus Najwaa dah bumyi
Yessss lengkali bleh la buat
Pasni ntah ape lak tekak ni berkenan nak makan

Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:
1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:
1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:
1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:
500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in