Meragam Nak Tumbuh Gigi

Perkembangan terbaru Najwaa usai 5 bulan usia adalah baring semula lepas meniarap
Hahahaha sebulan gak le baru berjaya
Masa umo 4 bulan meniarap je
Dan dikala itu memasak sambil berlari la mak dia bila meniarap x reti golek semula menjerit minta bantuan
2hb Feb 2014 tarikh kena catat berjaya golek semula
Skang mmg tengah mabuk bergolek jangan x lama lg menjerit dok bawah meja sudaaa
Kejadian 3hb Feb 2014, tengah bizi masak Najlaa jerit gtau adik dah jauh berguling

Sejak dua tiga ari ni Najwaa mmg kijenya mengamuk je
Lagi la time nak beradu
Memang menguji kesabaran
Ada gak le kena lepuk montot tu
Rupanya nak tumbuh gigi
Patut la...
Cian anak mama kena marah hahahha
Seb baik le bawah umah mmg ada supermarket
Papa belikan la teether
Kalau tak asik nak gigik tempat gantung music2 tu...keras nakk oiii
Hehehehe macam comel jer
Najlaa dulu tumbuh gigi masa umo 4 bulan masa tu CNY 2008
Najwaa lak umo 5 bulan selepas beberapa hari CNY

Gigih Kerana Keropok Lekor

Biasa la kan bila dah duduk jauh ni
Tekak pun macam-macam la permintaannya
Seumur hidup mmg x penah la aku gentel kopok lekor
Beli aje senang
Dek kerana tekak ni gigih dan gagah la aku buat

Resepi aku google je 
Ikut aje bahan2 cuma x ikut exactly berat sumer
Aku men agak-agak je
Guna ikan kembung, tepung sagu xde pakai je tepung ubi huhuhu lebih kurang aje kan
Ambil isi ikan blend bersama bawang putih, kendian masuk dalam bekas boh garam, boh tepung gaul la guna tangan sampai x melekat
Kiranya x lembik x keras la
Aku sapu kat tangan minyak sket pastu baru golekkan doh...saiz ikut suka
Rebus dalam air mendidih boh minyak sket supaya doh x melekat antara satu sama lain
Bila dah timbul doh tadi maknanya dah masak
Angkat dan toskan
Rupa paras lepas digolek-gelek panjang
Macam2 saiz ada lalalalalala
Nampak tu dah timbul kopok lekor aku
Lepas rebus sejukkan jap baru la potong serong dan goreng
Yeaaaaa berbangga aku pasal berjaya buat kopok lekor
Rasa??
Takde la sesedap tokey kopok lekor kan
Tapi kalau najlaa boleh makan maknanya sedap la kot hahahahaa
Sos pun buat sendiri cuma x cukup gelap tapi cenggini pun sedap gak
Lepas ni bleh la try guna tenggiri lak
Huhuhuhu berangan dulu



 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in