Showing posts with label Puding Kastad Berkuah Koktel. Show all posts
Showing posts with label Puding Kastad Berkuah Koktel. Show all posts

Salam Ramadhan Dari Doha #1

Hai..hai...hai..
Baru ada masa nak hapdet
Alhamdulillah berpuasa di hari pertama berjalan dengan lancar
Pagi tadi selepas bersahur dan solat subuh terus zzzzzzzzzzz
Hehehehee

Bangun tido melepek jap
Malasnya la nak buat kije umah
Nak BW pun malas
Dugaan berpuasa hampir 15 jam
Najlaa lak mintak macam2 makanan huhuhu

Menu aku berbuka puasa seperti dalam list yg dah dibuat
Hahahahha ntah leh bertahan ke tak menu list tu
Kadang lain yg dirancang lain jadinya

Huhuhuhu di bulan puasa yg mulia ini
Kerapu Bersos Asam Jawa aku kurang rasa sket
Seb baik ada lagi baki sambal kicap goreng pisang masa sahur tu

Kangkung belacan ni sedap wakakakaa

Puding ni saja je tak bubuh isi koktel banyak-banyak
Karang dah aku longgokkan koktel tak nampak lak
bentuk bunga kat puding tu
Hahhahaha pas snap pic baru leh boh koktel

Sahur ni nak makan kuew tiow kerang
Lalalalalalaaa

Ni resepi ikan amik kat blog Kak Ummi Kuantan
KERAPU BERSOS ASAM JAWA
Sumber: 
Leen Cetusan Selera

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor Ikan Kerapu
  • 1-2 labu Bawang Besar **
  • 4-5 ulas Bawang Putih **
  • Setengah / Sebiji Lada Benggala 3 warna - hijau, merah dan kuning - bergantung saiz **
  • (tapi leen belasah semua sebiji)
  • 7-8 biji Cili Padi ** (kalau nak pedas tambah lagi yaa)
** - Bahan dicincang kasar.
  • 1/2 biji Gula Melaka (leen guna 2 sudu makan Gula merah)
  • 125ml Air Asam jawa (pekat ke tak bergantung ler, jgn pekat sangat,sederhana saja)
  • Tepung jagung secukupnya (untuk goreng ikan dan memekatkan kuah)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
  1. Ikan salut dgn garam dan tepung jagung goreng garing....angkat ketepikan.
  2. Tumis bahan yang dicincang kasar tadi hingga naik bau (Leen goreng separuh saja dulu dari semua jumlah bahan cincang)
  3. Masukkan air asam jawa, gula melaka/merah, perasakan garam.
  4. Bila dah didih dan cukup semua rasa, (Leen masuk lagi separuh bahan cincang supaya tak semua layu), dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Tuang atas ikan tadi. Sedia dihidang...

Cuba Buat Ini Lak...

Memandangkan dah nak start pose
Dengan ini aku pun cuba2 la buat mende yg sedap tuk dimakan
Doha kan dah sedia panas
Uishhh x sabo nak tunggu musim sejuk September ni

Aku mmg x penah buat yek puding ni...
Sangat mencabar tau utk mencari susu yg sesuai kat sini
Bukan tu aje nak cari bekas nak boh puding pun payah..
Aku nak la cari mould yg syanteekk2 tu
Tapi.....
Kalau kat mesia dh tentu leh guna susu Ideal...
Bekas lak macam2 paten ade
Nih aku bg korang tgk susu yg de kat sini
Rainbow tu yg dorang slalu wat nak minum ngan teh
Boh susu ni sket jek, ni susu cair pastu tambah gula
Erk aku x suke pasal smelly...susu unta kot
So kalau nak buat teh aku guna yg Nestle tu pekat....
Sedapp arr sket

Ok berbalik kepada bahan2 Puding kastad ni
Aku guna seperti di picca tu
Resepi amik kat Blog Kak Ummi

Dan terhasillah Puding Kastad Koktel

Ekekekeke mould puding tu benonya bekas beli jelly ritu
Ade 2 jek...seb bek aku x buang
Recycle...
Yang lain aku masuk dlm Marinex cookware

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in