Tadaaaaaa...
Dah lama dh nampak Banana Muffin kat blog Kak yatie
Pastu lak kat umah mmg de pisang
So wat aje lah walaupun benonya kurang satu mende
IAITU
Baking powder
muahahhaha dan aku dah memandai masukkan ibu roti
pastu boh skali kismis
tapi sedappppp



Bahan-Bahan
- 3 atau 4 biji pisang saiz besar (kak yati guna 4, aku guna 3 biji pisang montel..)
- 1/2 cawan gula halus
- 1 biji telur- dipukul sedikit
- 1/3 cawan mentega/margerine cair
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 teaspoon baking soda
- 1 teaspoon baking powder (huhuhu kat umah xde)
- 1/2 teaspoon garam
- Satukan pisang yang dilecek bersama gula, mentega cair dan telur. Ketepikan.
- Dalam bekas yang lain satukan tepung gandum dengan soda bikarbonat, baking powder dan garam. Saya ayakkan bahan ini bersama.
- Kemudian satukan bahan basah tadi ke dalam bahan kering.
- Gaul sebati guna senduk kayu atau whisk je.
- Cedukkan ke dalam loyang muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 350 F (175 c) selama 20 minit.(Saya bakar 180 C selama 25 minit).


