Showing posts with label Malas. Show all posts
Showing posts with label Malas. Show all posts

Gantung Periuk Lagi Ke??

Setelah 4 hari aku menggantung periuk...ekekeke darling kan offday 4 ari
So dapo xde la berasap pasal manjang asik kuo jek
Dah kuo tentu2 kena makan kat luo kan
Arini mula arr bersilat seperti biasa
Kalau x masak kang lapo lak perut aku ngan dak kenit

Najlaa kan baru jek baik demam..tp saki baki tu ade lagi
Jadi aku buat aje la sup...dengan merajinkan diri mencelurkan rice noodles ni hah
Ala2 kuew tiaw la tp nipis jek
Boleh la kan...
Aku boh arr skali ayam, sawi, bola2 pastu ntah ape nama nya ni yg cam tauhu goreng
Jepun slalu makan ni hahahaha

Ni tengok la dak kenit makan ni
Kiri kanan tangan basah
Pasal pe? mencelupkan tangan mencari segala harta dlm mangkuk
Bukan ade ape pun dlm mangkuk najlaa aku masukkan skali taugeh ngan ayam

Ni makanan tengahari kami..malam kang darling balik
Aku hidangkan lak ikan kerisi masak taucu
Adeh skang baru kul 5.00petang
Darling sampaiumah kul 8 lebih kang
Lapo nasik dah ni

Satu Kisah Tentang "MALAS"


Al-kisah…pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku,


Katanya : “Saya adalah yang paling malas”


Raja pun bertanya : “Apa tahap malas awak?”


Lalu jawab lelaki tersebut :“Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.


Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.


Tuanku pun bertanya kepadanya : “Sampai mana pulak tahap malas kamu?”


Maka jawabnya : “Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.


Maka raja pun terdiam? Ada juga orang yang macam ni, katanya dalam hati.


Tiba-tiba, tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

“Saya adalah yang paling malas tuanku”.


Raja pun bertanya, : “Haa bagaimana pula tahap kemalasan kamu?”


Budak itu pun menjawab dengan selambanya: “NAK CITER PUN MALAS DAA…”

kwang… kwang… kwang


Selamat terus menjalani ibadah puasa…..Jangan malas-malas yer. :)


Point penting :
MALAS pembantut kejayaan! Jadi, jangan jadi pemalas kalau nak berjaya.

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in