Salam semua rerakan maya
Kembali bersiaran
Kali ni mencuba buat nugget lak
Alkisahnya pasal nak bagi Najwaa makan
Anakanda kedua sangat jarang makan nasi
Najwaa lebih suka makan roti, kek dan biskut
Emaknya takut lak anak tak dapat macam2 zat
Makanya menggodek la buat nugget siap boh carrot lagi
Tadaaaa hasilnya lepas goreng
Tak berapa cantik
Tapi ayat nak ambil hati si emak
Najlaa cakap "mama nugget ni lagi sedap dari yg beli"
Kembang kuncup di situ hahahahahaa
Tapi apakan daya onteng kinteng memandang sepi je hasil keras tangan si emak
Nak resepi tak????
Homemade Chicken Nugget
Bahan-bahan:
500g daging ayam kisar
Lobak di sagat halus
3 sudu besar mayonise
3 sudu besar tepung gandum
100g bread crumb
Garam
Serbuk lada sulah
Bahan untuk salut nugget
Telur dikocok dengan garfu
Bread crumb
Cara-cara:
Gaul rata semua bahan di atas
Doh memang lembik sedikit tapi masih boleh dibentuk
Selepas dah bentuk doh ikut suka celup dalam telur kemudian golek atas bread crumb
Dan
Zerrrrr goreng
Ni antara nugget yg siap bentuk untuk di frozen kan
