Roti Beruang Untuk Najlaa

Ehh rajin pulak sekarang ni buat roti
Anak-anak suka layankan aje
Lagipun kat sini bukan ada bun macam kat Malaysian nun
Gigih la buat bentuk bear ni
Najlaa dan Najwaa teruja
Ni roti gula untuk anak tekakku
Bento najlaa hari ni ada 4 ekor bear
Najlaa makan 2 je rasanya
2 lagi mesti ada kawan yang nak rasa

Resepi Roti Bear
2 cawan tepung
3/4 cawan air suam atau susu suam
2st yis
2sb gula
4st mentega
1 biji kuning telur
2sb Serbuk koko

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 8 bebola kecil setiap satu doh 35g dan bulat-bulatkan, 16 bebola kecil setiap satu 2g untuk telinga bear di atas dulang pembakar, untuk lekatkan telingan sapukan susu pekat. Biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Kemudian gliss dengan butter. Pipekan coklat yang dicairkan untuk melukis mata, hidung dan mulut

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

5 Gtau jek:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ghajin sgt mamanajla&najwa ni

Lelord said...

Wakakakaka walaupun herot berot roti aku kak, janji bebudak ni gumbira

norhidana said...

waaaa kalu dana pun jakun n teruja kak....

Malinda said...

cantik nye roti beruang dia...gebu berkilat2 lagi....sayang nak makan sebab cantik...hahaha

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in